Muffin Pisang Coklat Oren Cantik & Pasti Nya Sedap

Muffin Pisang Coklat Oren Cantik & Pasti Nya Sedap



ASSALAMUALAIKUM 
Tak terasa hari ni dah 1 hb November, sepatutnya hari ni kaknoor menghadiri jemputan di KL iaitu di Karangkraf Masakton bersama dengan ramai lagi chef hebat, walaupun sebenarnya kaknoor taklah hebat sangat, tapi terimakasih banyak di atas undangan tu, sayang sekali atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan kaknoor tak dapat kesana, insya allah jika panjang umur tahun depan la.

Berbalik resepi hari ni yang simple dimple jom semak resepi kalau dah ada barang boleh lah try memang sedap dan lembut sangat..





Muffin Pisang Coklat Oren

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula
200 gm pisang lenyek
½ cawan minyak masak
2 biji telur
1/3 cawan susu segar
1 sudu kecil bikarbonat soda
1 ½ sudu kecil baking powder
Sedikit esen vanilla
Sedikit coklat chip oren dan badam slice

Cara membuatnya
1.    Pisang yang di lenyek di tambahkan sedikit garam.
2.    Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat ketepikan.
3.    Kemudian pukul telur sehingga berbuih masukan gula dan pukul sehingga kembang.
4.    Masukan pisang dan kacau sebati, masukan minyak dan tepung sedikit demi sedikit,titikkan esen vanilla, masukan susu segar dan coklat chip, kacau rata.
5.    Cedokkan adunan kedalam cawan kertas muffin ¾  sahaja.
6.    Taburkan dengan coklat chip dan bakar lah pada suhu 170’C selama 18-20 minit.






SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA
SAMPAI JUMPA LAGI INSYA ALLAH.

8 comments:

  1. Comelnya mufin coklat tu..tambah lagi dengan tambahan coklat cip oren di atasnya..tambah menarik kak..

    ReplyDelete
  2. sedapppp ni BB kalau makan panassss waduhhh cakap pun tak guna heee

    ReplyDelete
  3. Rajiiiinnn sungguh Kak Noor.... tiap kali datang sini mesti kenyang jamu mata dengan macam2 hasil air tangan dia... tak terkejar olehku segala macam masakannya tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak makan Mie tak rajin kalu lapo tau masa sdg sihat ni alhamdulillah anak2 nk makan apa pun bisa di buat insya allah

      Delete
  4. nak buat juga lah tapi tak ada coklat cip oren pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. pesen kaknoor ni bila tengok yg cantik2 mcm coklat oren ni beli dulu lepas tu balik umah dok perap, last2 godek2 bubuh saja kat mana suka Su hahaa

      Delete
  5. k.nor mmg rajin..laju jew pos kt blog..moga akk trus suksess yer..ummhh

    ReplyDelete
  6. alahai zila pun apa kurang nya kan, ..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home