Nasi Lemak Kuning Kedah & The Gang Lima..

Nasi Lemak Kuning Kedah & The Gang Lima..



ASSALAMUALAIKUM 
Salam jumaat untuk semua ya, menu apa agak nya kenkawan hari ni ya, macam biasa disini hari cuti mesti menu berat dari pagi hingga ke petang, alang-alang masak jangan sedikit, mesti banyak supaya tak selalu ke dapur, masak sekali asyik ulang makan aje kan hahaha..







 Sambal Bilis
1 cawan ikan bilis yang sudah digoreng dan ditumbuk halus
3 sudu cili kering kisar
5 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
sedikit belacan
1 sudu air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Caranya
Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan tumbuk sehingga wangi masukan cili kisar
Kacau sehingga cili pecah minyak masukan air asam jawa, belacan, garam dan gula.
Dah secukup rasa masukan ikan bilis goreng tadi
Sedia untuk dihidangkan dengan nasi lemak tadi



 Nasi lemak kuning
3 cawan beras wangi di cuci bersih, masukkan dalam periuk bersama dengan 2 helai daun pandan, sedikit halia dan bawang merah yang dihiris, sedikit garam dan 3 1/2 cawan santan, masaklah macam biasa dalam rice cooker. Bila nasi sudah kering masukkan serbuk safron tutup semula periuk dan biarkan selama 10-15 minit.  Kemudian baru lah di kacau nasi tadi biarlah warna kuningnya sekata.

Pada yang tidak ada safron boleh gunakan kunyit serbuk untuk kuningkan nasi lemak ni tapi mesti masukkan serbuk kunyit bersama-sama dengan santan ya, kalau lambat letak nasi lemak kita akan berbau kunyit yang agak kuat.

Ikan goreng 
3 potong besar di bersihkan
sedikit serbuk jintan manis
sedikit serbuk jintan putih
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa.

Cara
Campurlah semua bahan-bahan ikan, perap lah agak-agak 1/2 jam, gorenglah sehingga garing dan masak dan sedia dihidangkan bersama dengan nasi.

Disini kaknoor tambah goreng ikan tahai bersama dengan sedikit bawang dan cili besar dan ulaman yang masih bersisa dalam petiais ditambah dengan telur mata. Memang lazat sekali, mau bertambah berkali-kali...



Selamat jamu mata ya, kalau jeles kena buat sendiri lah dan rasa kenikmatan nasi lemak kuning safron ni..

7 comments:

  1. sedapnya kak noor..pertama kali nampak nasi lemak kuning..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah yanty makan smpai tk hengat donya hehee

      Delete
  2. Replies
    1. anak-anak suka sngt dgn nasi lemak ni wati jd bila buat mesti banyak makan seharian

      Delete
  3. Salam Kak Noor,

    Ya ampun! Saya lapar balik bila tengok gambar ni walaupun baru je lepas lunch!

    ReplyDelete
  4. Ingat mee hun sup jea colour kuning..nasi lemak pun ada colour kuning yea kak noor...

    ReplyDelete
  5. hehehe orang kedah saja yang kenai dan masak nasi lemak kuning ni... kalau org luar mai kedah depa mesti heran awat nasi lemak warna kuning. dan lauk juga selalunya banyak dan tak terhad kepada sambal ikan bilis dan telur.. mak saya pun selalu buat, cuma versi mak saya dia tumis nasi tu dulu dan kuning tu dtg dr kunyit...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home