Pegedil Bakar Bukan Cream Puff Tau...

Pegedil Bakar Bukan Cream Puff Tau...

ASSALAMULAIAKUM dan selamat petang semua nya.
Resepi hari ni yang dah lama tak buat, pegedil bakar, biasa lah kaknoor masak ikut permintaan, sebab tinggal dua orang saja hero dan heroin anak-anak kaknoor jadi tak banyak permintaan, sampai dah tumbuh kentang tu, jadi suruh maid rebuskan kentang ni dah godek-godek jadi lah pegedil bakar ni.
Resepi nya sangat senang just campur-campur je masuk dalam piping bag dan picit je.





BAHAN

8 biji kentang kupas cuci bersih dan rebus lalu tumbuk
200 gram isi ayam atau daging kisar akak masak kejab dalam kuali
daun sup dan bawang dihiris kecil
garam dan lada sulah secukupnya

akak tambah sedikit bawang goreng
cili besar yang dihiris kecil
sedikit serbuk buah pala
tambah gula sikit pun sedapp

Utk buat versi ni akak tambah sedikit susu cair nak kasi lembut supaya senang nak tekan dalam acuan creampuff tu.

Semua bahan2  diatas disatukan dan masukan dalam piping bag yang ada nozel bunga atau bulat dan tekan lah di atas try yang sudah di letakan sedikit planta, dan bakar lah selama 10 ke 15 minit dengan suhu 200'C atau sehingga agak garing lah ..

Pegedil ni anak2 kak Noor ratah je tak makan dengan nasi pun sebab tu lah laju je habis walaupun buat berkilo2 kentang haha


ALHAMDULILLAH pegedil ni cantik dan sedap, lagipun tak payah nak goreng-goreng save minyak dan tenaga kita jugak dok berdiri kat dapor, yang ni terus masuk je ke oven dan tunggu.
Mudah kan masak di blog kak Noor ni haha...


14 comments:

  1. Tengok pun dah nampak sedap kak noor.. saya macam nak cuba jer.. nampak mudah bahan2nya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap yatie tak berminyak dan kira nya sihat sikitlah tu kan

      Delete
  2. nampak samar2 td memang sebiji cam cream puff.

    ReplyDelete
    Replies
    1. creampuff versi masin nasa kan boleh try nanti

      Delete
  3. first time tgk begedil bakar.....igtkan cream puff td....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sebijik creampuff kan adda boleh cicah sos kalau suka

      Delete
  4. wow..blog akak dah wajah baru..canteekkk.. :)
    kak noor ni memang kreatif..kan best kalau kita tinggal berjiran..memang rajin bb berkunjung ke rumah akak dengan pinggan kosong..haha..x malu betul bb :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun best kalau BB berjiran dgn kaknoor boleh selalu tempah kelupis dari BB hahaha kan akak pun bawa pinggan kosong jua ni

      Delete
  5. Kak noor ni mmg super la bab masak2...dah jd sumber ilham cheq da dlm idea masak2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukar-tukar pesyen sikit cheqda kalau tak pelanggan akan jemu makan yg sama pesen kan heheee

      Delete
  6. Nanti nak cubalah Kak Noor. Bila bakar tak delah oily sangat kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu farah save minyak dan sihat dimakan ni

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home