Pulut Kukus Sambal Menu Breakfast

Pulut Kukus Sambal Menu Breakfast

ASSALAMUALAIKUM semua rakan-rakan dan adinda kaknoor ya.
Malam ni kaknoor nak kongsikan menu pagi tadi pulut sambal, menu yang laris dalam rumah kaknoor,boleh di buat makan tengahari jugak pulut ni, jadi kalau kaknoor buat memang agak banyak supaya puas makan sehingga tengahari dan petang, orang malas lah kata kan..

Resepinya boleh tengok di bawah ya, simple dan mudah.






Bahan Utk Pulut
2 cawan beras pulut direndam semalaman
3 cawan santan
2 helai daun pandan
sedikit garam


Caranya
1.Didihkan air didalam kukusan.
2.Lapikkan daun pisang didalam kukusan dan masukkan pulut yang di rendam.
3.Kukus lah pulut lebihkurang 20 minit.
4.Keluarkan pulut masukkan dalam besen dan campurkan dengan santan,daun pandan dan garam, gaul sebati.
5.Kukus lah lagi sekali lebihkurang 15 minit sehingga pulut lembut.
6.Biarkan sejuk sekejab sebelum dibungkus dengan sambal.


Bahan Sambal Bilis
1 cawan ikan bilis goreng
3 sudu besar cili kering kisar
1 batang serai di ketuk
1 labu biji bawang besar hiris
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit asam jawa
Garam dan sedikit gula merah
Minyak masak  untuk menumis. 

Caranya
1.  Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga beraroma.
2. Masukan bawang merah dan putih yang telah ditumbuk bersama serai yang diketuk, kacau sehingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan goreng lagi sehingga pecah minyak.
4. Untuk mendapatkan cili yang pecah minyak kita mesti biarkan api dapor kecil.
5. Masukkan gula merah dan air asam jawa dan kacau sebati.
6. Akhir sekali masukkan garam dan masaklah sehingga sambal agak kering.
7. Tutup api dan gaul lah ikan bilis goreng bersama dengan sambal.
8. Untuk membuat pulut sambal ni, sediakan daun pisang yang telah di layur sedikit di atas api, letakkan pulut sebesar bola golf bulat-bulatkan, letakkan sambal bilis di atas nya dan lipat lah ikut kreativiti sendiri dan sedia untuk dihidangkan.




Pulut ni memang kegemaran anak sulung kaknoor, masa ni sedang membuat thesis untuk PhD, jadi apa saja yang di minta memang kaknoor tak terlepas pandang sebab dah bertahun-tahun dinegara orang memasak sendiri, jadi pulut yang sesimple ni pun takkan mama tak boleh buat kan, jadi layan saja lah..jom jamu selera hehe...


2 comments:

  1. slmt mlm kak noor..apa rasanya pulut mkn dgn sambal..rupa dari jauh dah macam nasi lemak..hehe..selalu makan dgn serunding atau kelapa manis jer..mesti cuba ni..nak minta sikit kak noor jauh duduknya..hehe

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba nanti. Kat rumah kakcik ada berkilo pulut belum berusik... :)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home