Tenggiri Masam Goreng Pedas & Throwback Strawberry Picking

Tenggiri Masam Goreng Pedas & Throwback Strawberry Picking



ASSALAMUALAIKUM
Salam selasa untuk semua nya, semoga adinda-adinda kaknoor sihat sejahtera hendaknya ya.
Menu yang sangat simple hari ni kaknoor nak  kongsikan sebab banyak yang perlu dibereskan jadi makan pun agak simple-simple lah, tunggu hari tak sibuk insya allah akan di update menu yang agak complicated sikit, menu ni budak darjah satu pun boleh buat kan..




BAHAN NYA
1 potong tenggiri masam ( boleh beli kat supermarket)
segenggam cili padi ditumbuk
3 ulas bawang putih tumbuk
1 biji bawang besar hiris
sedikit air asam jawa
sedikit garam dan gula untuk perasa
sedikit minyak untuk menggoreng.


CARA NYA
Panaskan minyak dan gorenglah bawang besar sehingga wangi, masukan bahan tumbuk, masak sehingga agak kering, masukan air asam jawa, garam dan gula.  Dah cukup rasa angkat, tinggalkan lebihan minyak untuk menggoreng ikan tenggiri masam., gorenglah sehingga agak-agak garing, masukan bahan goreng tadi, gaul rata dan boleh lah dihidangkan dengan nasi putih.
Selamat melariskan nasi masing-masing ya, kalau masak ni lebihkan masak nasi tu ya..
hahaa...


Ini gambar throwback tahun 2012 masa graduation anak ke2 Maisarah di UK, ummi IMan cucu kaknoor, teringat macam nak gi lagi saja kan, best dapat petik strawberry fresh ni..



Dapat petik sebakul memang best kan..



Kalau dapat petik sendiri memang manis sangat, dah disana sampai tak larat nak makan, bukan apa baru ni akak cari strawberry teringin nak buat pavlova tapi belum lagi terjumpa yg cantik, ada tu yg agak lama dan lembik memang tak sedap kalau tak fresh, insya allah soon kalau dapat strawberry fresh memang nak buat pavlova, tunggu entri seterusnya mana tau ada rezeki..


7 comments:

  1. Memang memecah selera... ingatkan tadi ikan tenggiri masam goreng ngan strawberry... hahahha... cerita belayar. sat..sat.. cheq tgh keletihan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa timur barat di gabungkan ke sweetie tenggiri strawberry boleh try jugak tu

      Delete
  2. menu macam tu tak payah masak menu banyak2 dah..1 menu tu pon dah leh buat berselera makan 3 4 kali tmbah..kena pulak dengan nasi panas2 n sambal belacan..sedapnyeeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sngt ecah kalau nasi panas memang jlan ni berpinggan2 nasi ditambah kalau ada petaiii adoii

      Delete
  3. tenggiri masam? tenggiri apa tu kak noor?

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home