Thai Green Curry Yang Wangi Dan Pasti Nya Sedap

Thai Green Curry Yang Wangi Dan Pasti Nya Sedap

ASSALAMUALAIKUM 
Terus ke resepi ya sebab dah lama teringin nak makan masak hijau ni,lagipun daun kemangi yang ditanam tu dah terlebih banyak sayang kalau tak di ambil, jadi semalam ambil lah sampai sebakul kot, itulah kaknoor lebihkan kemangi dan tak letak daun ketumbar, rupa nya lebih sedap kalau letak kemangi banyak lebih wangiiii...



RESEPI NI SEBENARNYA DAH ADA DALAM BUKU KAKNOOR YANG PERTAMA
KOMPILASI MENU TENGAHARI KELUARAN KARANGKRAF.
Boleh dapatkan di bookstore ya kalau sudi lah..



Green Curry
Bahan-bahan:

§  2 sudu besar jus limau nipis
§  3 sudu besar sos ikan
§  1 sudu kecil gula merah
§  2 cawan santan pekat
§  1 batang serai di ketuk

Bahan Kisar
§  1 batang serai
§  7 biji cili padi hijau *boleh tambah kalau nak lebih pedas
§  2 ulas bawang merah
§  5 ulas bawang putih
§  1 inci lengkuas
§  ½ cawan daun ketumbar * tak letak
§  ½ cawan daun kemangi * tambah 1/2 cawan lagi 
§  ½ sudu teh serbuk jintan puih
§  ½ sudu teh serbuk lada putih
§  ½ sudu teh serbuk ketumbar


Cara membuat:
1.    Dalam kuali besar masukan separuh daripada santan dan masak sehingga wangi dan pecah minyak dengan menggunakan api yang sederhana.
2.    Masukan separuh bahan kisar dan serai, kacau sehingga sebati.
3.    Buatlah sehingga habis santan dan bahan kisar yang di selang seli sehingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak.
4.    Masukan ayam dan sedikit air, sos ikan, gula merah dan kacau rata, boleh tambah garam kalau kurang rasa.
5.    Bila ayam sudah masak boleh lah masukan jus limau, kacau sekejab dan tutup api
6.    Taburkan dengan hirisan daun limau purut dan sedia 



Inilah pokok selasih kaknoor yang banyak tu ni pun sebagian saja sebab tak muat nak masuk semua heee, mesti ada yg geram kan..









ALHAMDULILLAH 
Kali ni kaknoor buat tambah daun kemangi jadi double lebih sedap dan wangi kata anak-anak, jadi esuk-esuk mesti lebihkan kemangi lah untuk lebioh power dan lebih wangi.




12 comments:

  1. Sedapnya kaknoor... terliur saya tengok kak..
    Mana nak dapat daun kemangi ni kak.. rasa nak tanam pulak..
    begitu juga dgn cili scot bonnet tu.. akak beli benih dimana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. di umah kaknoor banyak daun ni yatie, sayangnya kita jauhs ngt, tapi ada kot jual kat sana benihnya, scotch bonnet kaknoor ambil benih dari uk dulu masa gi sana

      Delete
  2. Salam...

    Biasa dengar green kari...tapi tak pernah buat pun...
    Nampak sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmuslam bunda, pada yg suka mmg sedap green curry ni sbb wangi dgn kemangi tu mmg best

      Delete
  3. wow..menariknya menu kak noor..wana x penah makan green curry thai ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukar selera sekali sekali BB daripada curry yg merah kepada kari hijau pulak kan

      Delete
  4. kalau saya... mampu tengok aje lah kak noor. Pedasssssss.................

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheqsu tak makan pedas ke, alolo makan pedas buat kita jadi happy tau heheee

      Delete
  5. Replies
    1. sabo je idzwa biar kaknoor je makan ek hehehee

      Delete
  6. Gerammm sungguh tengok poko2 sayur kak noor tu. Mesti sedappp green curry tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor suka wnagi daun kemangi tu kaknita bestttt terus berselera nak makan hehe

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home