2 Menu Dalam 1 Resepi Pulut Serunding Pulak Lepas Lopes Semalam

2 Menu Dalam 1 Resepi Pulut Serunding Pulak Lepas Lopes Semalam


ASSALAMUALAIKUM dan salam sabtu untuk semua nya, resepi hari ni gara-gara lebihan lopes semalam, disebab hanya sorang je yang makan, memang terlebih pulut tu, kaknoor godek-godek buat sedikit serunding ayam, sebab anak-anak kalau yang masin dan pedas memang suka, sangat tak suka yang manis-manis, kebetulan pulak resepi pulut serunding atau pulut inti ni pun sama dengan cara buat lopes yang beza satu manis dan satu masin, bila dah jadi macam ni siap berbungkus dengan daun nyirik ni laju je habis pulut, tak kisah lah tu kan janji habissss je...

Resepi Serunding kaknoor sekodeng dari blog AlongRoz, thanks along ya kaknoor nak kongsi pulak resepi tu kat blog akak ya.



By: AlongRoz@Homekreation
BAHAN2:
1 ketul Dada Ayam
1 batang Serai - ketuk 
15 ulas Bwg Merah*
3 btg Serai*
Segenggam Cili Kering* (* blend) 
5 helai Daun Limau Purut**
1 helai Daun Kunyit** (** hiris halus) 
1 st Serbuk Kunyit
1 sb Serbuk Kari
1 mangkuk Santan Pekat 
1" Gula Kabung
Garam

CARA2:
1. Rebus dada ayam dgn serai yg di ketuk & garam sehingga empuk.
Angkat dada ayam & carik2 isi nya.
2. Tumis sesenduk minyak & tumis bhn2 blend* sehingga pecah minyak dan wangi.
Masukkan isi ayam, santan dan kesemua bhn2 yg lain.
Kacau dgn api sederhana perlahan sehingga betul2 kering seperti dlm gambar.
3. Hidangkan dengan nasi/pulut/ketupat. 

TIP: Untuk melapis pulut, boleh lah di blend sedikit atau di potong2 supaya senang di makan.Untuk makan sebagai cicah, Along lebih suka yg panjang2 sebab lebih mengasyikkan.



Dua hari berturut-turut makan pulut, mata pun layu je kan, tak kisahlah janji happy dan puas hati dapat makan makanan idaman hahaha best jugak pulut tu kan warna hijo lagiiii


5 comments:

  1. Leka dengan blog dan facebook, belum masak lagi ni. Datang jer blog kak Noor ni, terasa lapar la pulak. Nak masak la.....Terima kasih sudi berkunjung ke blog saya.

    ReplyDelete
  2. sama2 cempaka, kaknoor timakasih banyak coz u sudi singgah sini jamu mata ya

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum. Terima kasih jadi follower.
    Pulut serunding itu pasti sedap. Sesekali saya suka juga ke dapur.... bila tak ada orang di dapur. Tapi kalau nak sediakan pulut serunding, mesti perlukan masa yang panjang. Tak sempatlah nak pastikan 'tak ada orang di dapur'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaalikumuslam tuan, insya allah pastinya sedap tuan kalau sendiri yang buat ikut selera sendiri nak pedas masin kita yang mengolahnya kan

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home