Ayam Penyet & Nasi Hujan Panas

Ayam Penyet & Nasi Hujan Panas



Assalamualaikum dan salam jumaat untuk semuanya.
Mesti waktu ni ramai yang dah masak dan makan, tapi untuk yang belum masak dan belum makan boleh lah try resepi ni, walaupun agak simple tapi menyengat jugak ni.  Cuma ayam nya agak terlebih perang, tapi sedap jugak macam gitu, malas nak cakap hitam hahahaa.......

Jom tengok resepi boleh try kalau dah cukup bahan..
Thanks AMIE diatas resepi yang sedap


Nasi Hujan Panas &  Ayam Penyet

Bahan-bahan:

3 cawan beras wangi
3 cawan air
½ cawan susu segar
1 inci halia hiris
1 biji bawang besar hiris
3 ulas bawang putih hiris
2 batang serai dititik
2 sudu planta
Garam secukup rasa
Sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih dan lawang
Sedikit saffron, pewarna merah dan hijau

Cara membuatnya
1.    Panaskan planta, tumislah bahan hiris sehingga wangi dan kekuningan.
2.    Masukan serai, rempah tumis dan beras kacau sehingga rata.
3.    Tambahkan dengan susu segar,  air dan garam kacau sebati dan masukan dalam rice cooker dan masaklah seperti biasa.
4.    Bila nasi dah tanak, letakkan sedikit saffron, dan pewarna, tutup tudung periuk lebihkurang 10 minit.
5.    Buka semula tudung periuk dan gaul rata dengan menggunakan garpu supaya beras tak patah.

Ayam Penyet

Bahan-bahannya
1 ekor ayam
4 cawan air

Bahan kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
1 inci halia
1 inci kunyit segar
2 inci lengkuas
2 batang serai

Cara membuatnya
1.    Ayam dibersihkan di potong 4
2.    Didihkan air dalam periuk dan masukan bahan kisar dan ayam.
3.    Tambahkan dengan garam dan gula merah.
4.    Biarkan mendidih lebihkurang 20 minit tutup api, dan tos kan ayam.
5.    Ketukan ayam biarkan penyet dengan lesung batu dan panggang lah sehingga masak.

Sambal Ulek

Bahan-bahannya
15 biji cilipadi
3 biji tomato
1 biji bawang besar
2 sudu ikan bilis
Minyak secukupnya
Garam dan gula

Cara membuatnya
1.    Goreng cili, tomato, bawang dan ikan bilis sehingga layu.
2.    Toskan, tumbuk sekadar pecah-pecah saja.
3.    Masukan garam dan gula.
4.    Sedia untuk dihidangkan bersama dengan nasi hujan panas, ayam penyet jugak ulaman pilihan sendiri.


garam / gula / perasa pilihan

Cara:
1. Goreng kesemua bahan di atas kecuali garam / gula / perasa pilihan.
2. Untuk hasil yang lebih memuaskan gunakan lesung 'ulek', tapi kalau tak ada memadailah gunakan lesung batu macam Amie gunakan.
3. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.

Boleh kurangkan cilipadi tu kalau nak kurang pedas, atau lebihkan kalau nak terlebih hot, selera masing-masing tapi bagi tuan umah ni lebih pedas lebih 



6 comments:

  1. kak noor entri kak noor ari jumaat..tapi tarikh kat atas khamis...blog yan pun alami masalah yang sama..pukul 4 petang baru masuk ari jumaat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks yanty nanti akak betul kan, masaalah teknikal ni kena cari mekanik dulu,akak kurang arif jugak ni

      Delete
  2. siap cari mekanik..hehe...kalau jumpa jalan penyeselaian bg tahu ok..

    ReplyDelete
  3. insya allah hari ni mekanik dtg yanty ahaha

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home