Buttermilk Chicken Yang Sedap

Buttermilk Chicken Yang Sedap



ASSALAMUALAIKUM
Hari ni di Brunei Darussalam pun dah mula hujan dari pagi tadi hingga kesaat ni masih hujan, supaya tak melaratlah hujan nya, kita hanya mampu berdoa, mudahan ALLAH makbulkan.

TADI ada tengok news kat tv sekarang ni banjir bukan lagi di pantai timur, tapi dah ke kedah perak dan rasa nya banyak negeri dah terjejas dengan banjir, macam-macam spekulasi dan whatsapp yang di terima berikutan banjir ni, apa pun hanya ALLAH yang dapat mengembalikan keadaan seperti sediakala, apa pun mengharapkan keadaan menjadi lebih baik lah selepas ni.




Menu biasa yang selalu di masak kat umah kaknoor seminggu sekali atau 2x, anak-anak suka sangat dengan buttermilk chicken ni, jom resepi pun mudah bangat ni.


BAHAN NYA

  • 1 keping dada ayam dibersihkan dipotong kecil gaulkan sedikit serbuk lada hitam dan perapkan dalam 10 minit
  • 1 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu butter
  • cili padi secukupnya dihiris atau diletak je sebiji-sebiji
  • daun kari pun suka hati nak letak banyak ke sikit
  • * optional capsicum merah,hijau dan kuning dihiris
  • * optional broccoli kalau ada boleh jugak diletak supaya lebih colourful 
  • garam dan gula secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
CARA NYA
  • Ayam yang diperap tadi dicelup dengan telur dan digoreng sampai 3/4 masak
  • Panaskan kuali masukan butter biar cair masukan susu cair dan kacau sehingga mendidih, pelankan api supaya susu tak mudah hangus
  • Bila dah mendidih masukan lah garam dan gula secukupnya ikut selera masing-masing, masukan ayam, cili padi & daun kari.
  • Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas



Hujan-hujan ni makan apa pun sedap ja kan, jom layan lah selagi masih punya selera ni.

6 comments:

  1. nampak sedap Kak Nor.. nanti saya cuba yaa.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba eny sila2 mmg sedap bgtau kaknoor nnt tau haha nk amik bau..

      Delete
  2. Hmm... bolehlah kakak cuba juga. Nampak senang pulak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi saya mmg yg senang2 saja kakzakie sbb biasa nya anak2 yg di uk diaorang tak mau susah2 hahaha jadi terpaksa senangkan resepi lagipun kita yg buat dia kan..

      Delete
  3. macam butterprawn jugak ye...bolehlah cuba. anak-anak ni berhantu ayam madu, sekali masak, boleh habis nasi dalam periuk

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/12/5-cara-mudah-bantu-mangsa-banjir.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. butterprawm guna telur Su tapi yg ni guna susu cair, tapi budak2 mmg suka pesen yg gini2

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home