Cheesy Ball Yang Sukar Di Tolak

Cheesy Ball Yang Sukar Di Tolak




ASSALAMUALAIKUM 
Salam hari minggu untuk semua nya semoga kalian sihat walafiat.
Berbalik pada resepi hari minggu ni hanya yang simple dimple sebab lepas ni Insya Allah akan ke majlis kawin, kena awal lah persiapan nya kan, resepi nya mudah sangat.
Jom tengok resepi yuk!!!!







BAHAN NYA
350 gm ubi kentang di lenyek 
250 gm tepung gandum di ayak
2 biji telur * resepi asal 4 - 5 biji
serbuk lada sulah * kak noor tambah lada hitam cikit
cheese cheddar di potong dadu
serbuk roti secukupnya
sedikit garam

CARANYA
1.  Campurkan semua bahan-bahan kecuali  serbuk roti dan telur.
2.  Gaul sehingga sebati.
3.  Gentelkan ikut besar yang di ingini, jangan terlalu besar pulak,  masukan inti cheese,         dan tutup semula.
4.  Golekkan di atas serbuk roti dan telur, serbuk roti lagi sekali dan telur.
5.  Tujuannya supaya lebih tebal serbuk roti masa goreng tak mudah pecah.
6.  Buat lah sehingga habis adunan dan gorenglah sehingga kekuningan.
7.  Angkat dan tos kan boleh lah di hidangkan.




SELAMAT BERHARI MINGGU / LIBUR YA 

9 comments:

  1. OH TIDAAAAAAK...CHEESE BALL mudah jer buat rupanya..pernah beli yang kat kedai..tapi cheese nya sikit je..tak tahu pulak pakai kentang...lepas ni boleh cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka mmg mudah yanty sila buat tau dpt makan banyakkkk hahaaa

      Delete
  2. hmm..insyaAllah bole try, anak2 sure suka ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 kaknoor suka dan pasti anak2 syahida jugak suka punyaaa lah

      Delete
  3. Salam Kak Nor, saya datang follow, nampak sedap ni.. nanti boleh cuba.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih Eny boleh try resepi simple je pun kan

      Delete
  4. Nampak cam mudah jew ;) nanti nak beli kentang satu guni dan buat pelbagai resepi heheheheee
    kat sini kentang satu guni dalam RM4 jew ( nie guni kecik)

    ReplyDelete
  5. Assalam kak.. sy jamu mata kat sini.. kaknoor, ni 1st sy singgah.. aduhhhh.. jatuh hati terusss dengan resepi akak.. gambar2 cantik pulak tu.. nanti sy nak cuba.. rasa cam nak buat esok je.. anak2 mesti suka ni..

    ReplyDelete
  6. Ini memang saya tak akan tolak. Sedap makan buat hidangan minum petang :)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home