Fritters Kentang & Carrot Menu Breakfast Hari ni..

Fritters Kentang & Carrot Menu Breakfast Hari ni..



Pagi yang dingin hari ni menambahkan rasa lapar yang amat sangat, godek-godek didapur jadi lah fritters kentang ni kebetulan ada sedikit udang hidup yang telah di buang kulit, lagi senang dan mudah, terus je masuk semua, goreng dan makan panas-panas, memang tak cukup sepiring tu.

Adik-adik semua dah sarapan ke? apa agaknya sarapan adik-adik bloggers hari ni ya...





BAHAN NYA
3 biji kentang di sagat halus
1 biji carrot kecil di sagat halus
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
2 tangkai daun bawang hiris
1 biji cili merah hiris
1 biji telur A
tambah sedikit udang hiris kecil
sedikit garam dan ciliflakes

CARA NYA
1.  Pecahkan telur dan pukul sekejab biar kembang, masukkan semua bahan dan gaul sebati.
2.  Kalau terlalu pekat tambah sedikit susu segar atau air pun ok.
3.  Ciliflakes dan cili tu kalau tak nak pun ok ikut selera sendiri.
4.  Panaskan kuali dengan minyak yang banyak, ambil sesudu masukkan dalam minyak yang panas dan gorenglah sehingga kekuningan dan ranggup.
5.  Buatlah sehingga habis dan sedia untuk dihidangkan.





Sedar tak sedar hari ni dah 31hb disember, esuk dah 1 jan 2015, cepat nya masa berlalu, mudahan mangsa banjir dimana saja akan terus tabah dengan ujian ALLAH NI, semoga tahun 2015 akan membawa sinar baru pada semua nya AAMEEN...


3 comments:

  1. Sedapnya Kak Noor.
    Kakak tengok gambar pun macam nak ngap aje rasa

    Moga 2015 memberi lebih kebaikan buat kita semua.

    ReplyDelete
  2. wow..terpukau tengok blog ni..penuh dgn makanan...mesti tuan blog..Kak Noor ni rajin sangat!suka..suka..nanti ada masa sura dtg lg ..godek2 blog ni...kot dpt idea nak masak apa..:)
    Salam perkenalan dari Sura..:)

    ReplyDelete
  3. aduh kak noor..ni ada kuah kacang sedap buat cicah...

    selamat tahun baru kak..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home