Gudeg / Young Jackfruit / Nangka Lemak Putih Ikan Tahai

Gudeg / Young Jackfruit / Nangka Lemak Putih Ikan Tahai

ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu untuk semua nya.
Dengan cuaca yang mendung petang ni makan apa pun laju jekan, apa lagi makan gudeg ni memang sedap, di ratah begitu saja pun ok jugak ni, tapi awas jangan terlalu banyak nanti kembung perut nya, pada yang tak tahan makan nangka tu sabo lah ya jemput sikit-sikit tu no hal lah..

Resepi kaknoor mudah je jom sekodeng yuk..




BAHAN NYA
300 gm nangka muda yang siap di bersihkan 
1/2 cawan isi ikan tahai yang telah dibuang sisik dan tulang
1 kotak kecil santan
1 batang serai diketuk
6 ulas bawang merah ditumbuk
1 inci halia di tumbuk
5 biji cili padi di tumbuk
1 biji cili merah di hiris
2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

CARA NYA
1.  Rebus nangka muda sehingga lembut dan tos kan. 
2.  Sedia kan periuk dan masukkan santan, serai, bahan tumbuk dan nangka muda, masaklah sehingga mendidih dengan api perlahan supaya tak pecah minyak santan tu.
3.  Masukkan ikan tahai dan asam keping, garam dan sedikit gula.
4.  Masaklah sehingga mendidih sekali lagi dan secukup rasa boleh lah di angkat.
5.  Sedap di hidangkan bersama dengan nasi putih dan sambal belacan jugak apa saja pilihan keluarga.

Pada yang tak ada ikan tahai/ ikan salai ni boleh lah guna ikan masin biasa seperti kurau ke sepat ke terpulang lah ya..cuma kalau guna ikan tahai ni wangi nya lebih sikit lah aroma salai tu.



Pada sesiapa yang belum follow semula kaknoor boleh lah rajinkan diri follow ya, biasa lah dah elok-elok 800 lebih follower tiba-tiba sedikit kesilapan teknik, terpaksa berbula dari 0 lagi, apa nak buat mungkin ada hikmah disebalik ini.
SABO JE CIK NOYAH/MAKTOK NI KAN...


2 comments:

  1. Oooo gudeg namanya ye Kak Noor... terfikir gak nak masak gudeg tapi kepala ni asyik dok ingat nangka muda dimasak sampai 8 jam tu, yang kita makan kat Yogyakarta tu he hehehhe...

    ReplyDelete
  2. yeke Mie? habis gas satu tong kalau 8 jam msak gudeg ni kan hahaa

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home