Menu Pisang Gulung Yang Mudah

Menu Pisang Gulung Yang Mudah


Selamat petang untuk semua nya ya, petang ni sengaja nak simple kan menu minum petang ni, dah boring goreng-goreng pisang, boleh jugak try menu simple ni, tak payah guna minyak dan cheese segala kan, hanya kelapa dan peanut butter, ada sedikit kelainan rasa untuk yang tak suka goreng-goreng, boleh cuba sendiri baru tau kesedapan nya, lagi lama dalam peti ais lagi besttt.




BAHAN NYA
2 biji pisang madu masak mengkal / kepok mengkal
secukupnya peanut butter lembut atau kasar terpulang selera
secukupnya kelapa parut

CARA NYA
1.   Kupas pisang dan salutkan dengan peanut butter sehingga menutupi seluruh pisang.
2.   Golekkan di atas kelapa parut yang telah di campurkan sedikit garam.
3.   Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih.
4.   Keluarkan dan potong, pisang salut kita sedia untuk dimakan.

BOLEH JUGAK GANTIKAN DENGAN NUTELLA PADA YANG SUKA COKLAT DAN PROSES NYA MASIH SAMA, TERPULANG SELERA LAH...



Mudah dan cepat kan, kalau suka boleh potong nipis dan letak di atas roti bakar, atau makan begitu sahaja, terpulang lah kita yang buat dia kan...

6 comments:

  1. kak noor...ni betul2 menggoda la...kita terliur nampak pisang salut peanut butter tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buat utk breakfast esuk rahel yukkk mudah bah

      Delete
  2. ohmaigod. ini memang melelehkan air liurrrr kak noorrrrr..peanut butter + pisang..dua kegemaran utamaku

    Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita Aishah fav pisang n peanut butter ni

      Delete
  3. waalikmuslam mamasara, menu sedap dan sedap tkyah nk goreng2 kan hehe

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home