Patin Masak Kuning With Pegaga Dan Terung

Patin Masak Kuning With Pegaga Dan Terung



ASSALAMUALAIKUM dan salam jumaat untuk semua nya.
Walau apa pun cuaca nya hari ni makan tetap kena makan, resepi simple hari ni, lagiiii masakan kampong yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek ujan, Patin Masak Kuning, pada yang suka memang the best in the world lah, tapi pada yang tak suka pandang-pandang saja lah ya.







Patin Masak Tempoyak
Bahan-bahan:

§  1 ekor ikan patin dibersih kan dan dipotong
§  1 batang serai diketuk
§  1 kuntum bunga kantan dibelah empat
      secukupnya daun pegaga dan terung ulam
§  1 senduk tempoyak
§  2-3 asam keeping
§  3 cawan air atau secukupnya
§  Garam dan sedikit gula

Bahan A
§  1 inci kunyit hidup
§  10 biji cili padi
§  3 biji cili hidup
§  1 inci halia

Cara membuat:

1.    Kesemua bahan A di blender kasar
2.    Masukan bahan A dalam periuk dan masukan setengah daripada air dan masak biar mendidih
3.    Masukan asam keping, garam dan air biarkan mendidih sekali lagi
4.    Sudah mendidih barulah dimasukan bunga kantan, terung, serai dan tempoyak
5.    Masukan ikan kacau perlahan-lahan supaya ikan tak mudah pecah dan hancur
6.  Akhir sekali boleh lah masukkan pegaga salutkan dengan ikan dan tutup api.
6.    Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas



Sebenarnya apa yang kita masak di rumah itu lah yang terbaik sebab kita tau prosesnya dan semestinya kita nak yang bersih-bersih sahaja untuk family kita makan kan, jadi pada adik-adik kaknoor rajin-rajin lah memasak ya walaupun sekadar goreng telur dan goreng ikan  lebih selamat dan berkat daripada di luar betul tak???


4 comments:

  1. salam..
    betul tu noor. semenjak ramai yg viralkan restoran yg pengendaliannya kotor..KY pun dah kurangkan makan di luar. Bak kata noor lah..lebih rela lagi goreng telur klo dah tak sempat. :)

    ReplyDelete
  2. mmg best in the world berlaukkan ikan patin, kalau malas sangat goreng pun sodappppp.

    ReplyDelete
  3. sedap makan dgn nasi panas...tambah2 tengah hujan sekarang ni.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kak Noor! Saya suka pucuk pegaga masak lemak cili padi dan terung goreng bercili. Tak kiralah terung telunjuk, terung panjang atau terung bulat. Musim-musim hujan ni kalau makan lauk2 cenggini, maunya bertambah dua tiga kali. Mak mertua lalu belakang pun tak nampak... tapi camna nak nampak kannnn... mak mertua tu jalan terjingkit2 dan senyap mengintai apa kita buat...hahahahha.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home