Pindang Ikan Kembung Cik Noyah

Pindang Ikan Kembung Cik Noyah


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi untuk semua nya.
Menu apa agak nya hari ni ya, di musim hujan ni menu apa pun memang lajak je kan, walaupun sesimple menu ikan pindang ni mesti tak dapat nak gostan kalau dah kena dengan nasi panas, sesekali biarlah menu kosong macam ni takde santan kerisik segala, di tambah epal sebiji insya ALLAH dengan izin ALLAH sihat lah tu kan..

IKUT cara kaknoor memang simple habis ni jom tengok resepi :)




BAHAN

2 ekor ikan kembong dibersihkan
1 batang serai di ketuk
3 ke 4 helai daun kesum
2 keping asam keping


BAHAN TUMBUK

1/2 inci halia
4 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
garam dan perasa secukup nya


CARA

Masukan bahan tumbuk dalam periuk bersama air secukupnya, tambahkan asam keping dan serai jugak garam dan perasa dan biarkan mendidih.  Dah cukup rasa masam pedas masin tu boleh lah masukan ikan dan daun kesum golek2kan je ikan sebab kalau lama2 nanti hancur pulak
Pindang kita dah siapppp boleh lah makan dengan nasi putih yang panas wow...

SEDAPPP.



Kalau dulu-dulu menu ni memang jadi kegemaran mak mak kita kan, tapi sekarang ni kita yang dah jadi mak mak jugak turut suka dengan menu ni, menu fav se isi keluarga mesti di coba pada yang belum pernah buat ya.
 


3 comments:

  1. Selamat berkenalan Kak Noor. Terima kasih sudi berkunjung ke blog saya.
    Nampak lauk pindang ni terus terliur.
    Dah lama betul tak makan lauk pindang :)

    From FAMF Tower

    ReplyDelete
  2. salam ukhwah jugak dari kaknoor farah ya, thanks jugak sudi berkunjung balas kesini, lauk orang tua2 ni kan

    ReplyDelete
  3. Kalau dah bubuh serai, daun kesum, jumpa pulak dengan kunyit hidupdidih dengan ikan kembung tuh ...mmmm memang tak sabar nak tunggu terhidang dengan nasi panas Kak Noor!!!!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home