Pisang Goreng Cheese Yang Lazat Terlaris Dipasaran

Pisang Goreng Cheese Yang Lazat Terlaris Dipasaran

ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi untuk semua nya ya, semoga sihat sejahtera hendaknya rakan-rakan blogger, atau sesiapa saja yang sudi singgah disini, pagi ni kak noor nak kongsikan resepi yang terhangat di pasaran masa ni iaitu pisang goreng cheese, resepi ni kaknoor intai dari blog MASAM MANIS, terimakasih ITA sudi kongsikan resepi ni, dan izinkan jugak kaknoor letak di blog kaknoor untuk panduan anak-anak dan rakan-rakan lain ya, memang sedap dan lazat lah pisang goreng ni, lemak manis masin semua nya ada kat sini, kena pandai control lah makan ala kadar je heheehee...




PISANG GORENG CHEESE
Resepi Oleh : Fiza

Pisang Goreng

Sesikat pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus kaknoor guna pisang tanduk di potong bulat kecil
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
5 sudu besar santan ganti kan dengan susu segar
sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
secubit garam
1 sudu besar margerin
1 biji telur 

Cairkan mentega
Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur
Kacau rata
Tuangkan margerin cair
Kacau sebati
Masukkan pisang
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng pisang hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya

Bahan Sos dan Topping

1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis
Keju Cheedar ~ di sagat halus
Choc Rise atau parutan coklat masakan


Dalam kuali yang bersih, cairkan butter.
Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju
Kacau rata
Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi
Gaul rata
Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai
Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan
Enak di makan ketika masih hangat.




SELAMAT mencuba pada yang belum pernah buat, dan yang dah buat mesti nak buat lagi dan lagi, enak di makan ketika panas, confirm tak cukup satu keping...

11 comments:

  1. sedapnyaaa... anak saya suka pisang goreng cheese ni.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini pun smaa lia kalau pisang goreng cheese ni kejab je hilang..hehe

      Delete
  2. mak tuan, sedapnya...terpaksa telan air liur berulang kali tgk gambar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mampu ke telan banyak kali snagt tu air liur tu hehee esuk cari cheese dan pisang mesti stop air liur tu

      Delete
  3. Replies
    1. terimakasih hasidah thanks sudi singgah mmg musim ni esuk lusa tak tau lagi apa yg akan lebih best dari cucur pisang cheese ni kan

      Delete
  4. menjilat jari dapat makan ni. sy tak buat sendiri, dpn rumah ada jual, sy beli aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best nya kalau depan umah ada jual senang tkyah kotor2 tangan beli je kan fazian

      Delete
  5. salam kenal kak..

    looks sooo yum.. boleh cuba lah nanti ni.. tapi bukan saya lah gamaknya.. org lain buat kan. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe yan siapa yg buat janji dpt makan kan hehe

      Delete
  6. Wah, mmg mgena sgt la ni.
    Ada stok pisang menunggu utk dgoreng..
    Kna salut rupanya, ingatkn just lalu mcm sos je cheesenya..
    Nanti nk cuba tgok, tq..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home