Pulut Kuning & Rendang Ayam

Pulut Kuning & Rendang Ayam


ASSALAMUALAIKUM
HARI ni packing time, jadi makan pun agak simple-simple je, nasib ada anakanda yang tolong packingkan, memang bab memacking tersangat malassss kalau dapat upah orang tolong packing, memang nak sangat hahaha .

ESUK sebelum nyamuk bangun kaknoor dah berangkat dari rumah, insya allah kalau di izinkan ALLAH dapat berblog akan akak update, tapi jika masa tidak mengizinkan tunggulah seminggu lepas ni insya ALLAH kita jumpa lagi ya.



RESEPI PULUT KUNING

3 cawan pulut di rendam dalam air yang di letakkan sedikit serbuk kunyit kira-kira 2 jam 
2 cawan santan 
beberapa helai daun pandan
sedikit garam dan gula

CARA NYA

1.  Panaskan kukusan sehingga mendidih.
2.  Letakkan daun pandan sehingga menutupi dasar kukusan, dan masukkan pulut yang telah di tos kan.
3.  Kukus lah lebihkurang 20 minit dan angkat.
4.  Masukkan pulut dalam besen dan tuangkan santan, garam dan sedikit gula, gaul rata.
5.  Kukus semula pulut selama 20 minit lagi sehingga pulut lembut.
6.  Angkat dan pulut sedia di hidangkan bersama rendang ayam.



BAHAN RENDANG
1 ekor ayam sederhana besar di potong 12 potongan.
2 cawan santan
1 sudu besar kerisik
4 sudu besar cili kisar
garam dan sedikit gula
1/4 cawan minyak untuk menumis
2 helai daun kunyit

BAHAN MESIN
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai

CARA NYA

1.  Panaskan minyak, dan tumis bahan yang dimesin sehingga beraroma. masukkan cili kisar  dan masak sehingga  naik minyak.
2.  Masukan ayam dan  kacau sehingga air ayam kering tuangkan santan.
3.  Masaklah dengan api perlahan dan tambahkan garam dna gula.
4.  Bila dah santan agak kering tambahkan dengan kerisik dan daun kunyit.
5.  Terpulang selera samaada nak rendang yang kering atau yang agak berair.
6.  Dah secukup rasa boleh di tutup api dan hidangkan bersama pulut atau nasi putih.



SEISI rumah fav pulut ni jadi senang sangat tak payah banyak songeh, makan je pulut ni sampai ngantuksss , teruja tak tengok rendang tu?? hahahaha maktok sendiri dua kali tambah, sendiri yang cari pasal masak pulut ADOYAIIII.........


7 comments:

  1. simple ke ni kak nor..siap rendang ayam bagai...hehe..selamat bercuti kak noor..balik semenanjung ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye yanti balik kedah jab utk majlis kawin anak sedara..

      Delete
  2. Berapa lama di kampung kak Noor?

    ReplyDelete
  3. seminggu je sweetie sbb urusan banyak jugak kat brunei belum beres sabo je lah

    ReplyDelete
  4. akk selamat pergi n balik yer..org utara mmg pandai masak pulut kan kak..nampakkk rendang sedap btul..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home