Red Velvet Cookies Dibawa Terbang

Red Velvet Cookies Dibawa Terbang

ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi untuk semua nya yang masih sudi berkunjung di sini, semoga semua nya sihat walafiat hendaknya, menu hari ni adalah resepi minggu lepas, akak buat cookies ni utk jadikan buah tangan pada anak-anak sedara dan cucu-cucu sedara yang ramai kat Kedah dan KL, cookies ni memang fav ramai lagipun tahan lama, memang banyak jugak kak noor angkut terbang ni hahahaa, alhamdulillah semua yang makan suka sangat sampai tak cukup dan menjilat jari..

Pada yang nak try tu boleh lah ikut resepi di bawah ni ya mudah je pun..






Bahan-bahan..

A
400 gm mentega
200 gm gula perang
180 gm gula kastor
1 sdk condensed milk*
20 gm pewarna merah
10 gm mocca hopyes*
1/4 sdk garam

B
2 biji telur A

C
475 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
2 sdk serbuk soda*
50 gm procake V. 45.5* - *satukan dan ayak*
200 gm serbuk badam - dibakar 5 minit

200 gm kacang gajus - dicincang kasar dan bakar 5 minit
200 gm coklat cip

Cara-caranya..




1. Dalam bekas mixer, satukan bahan-bahan A dan pukul sehingga mengembang.
2. Masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga rata.

3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan C dan gaul rata.

4. Sudukan adunan sebanyak 1 sudu kecil dan susun atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 100C dan bakar lagi selama 20 minit.
6. Keluarkan dan apabila sejuk 'drizzle' dengan coklat putih cair.
(ini i tak buat sebab tetiba vitamin R tak cukup hehehe)..

7. Adunan ini menghasilkan kurang lebih 300 biji.

Nota..
*Condensed milk - milk flavor - (kalau takde pun takde masalah)
*Mocca hopyes - mocca emulco/flavor
*Procake V. 45.5 - susu tepung
*Masa pembakaran boleh juga gunakan 170C dan bakar selama 20 minit.






JOM CUBA buat ni sebagai jajan seharian bila tengok tv pasti kejab je hilang ni.
SELAMAT mencuba pada yang belum try pasti nak cuba lagi pada yang dah cuba.



5 comments:

  1. asalamualaikum kak noor..selamat kembali...merah menyala biskut...yan tak dapat pun biskut kak noor.. :-)) :-)) :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam yanti, ala awat tak kasi alamat kalau tak boleh lah hantaq ni hehee

      Delete
  2. Kak Noor, saya baru perasan dalam blog list saya tak keluar nama BICARA KAK NOOR tapi yang keluar "utk anun test template"...ada silap tang mana pula ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya,masaalah apa pulak ni, ni anak kaknoor dah buat tk taulah sukses ke tidak nasa, kalau tk ok nnt kami try lagi ya

      Delete
  3. Sedapnya sis....krup krap krup krap.... nk cuba try la....

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home