Roti Sosej Cheese Breadcrumbs Rangup

Roti Sosej Cheese Breadcrumbs Rangup



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua nya.  Roti ni dah tersimpan lama dalam draft korek-korek rupa nya ada lagi yang belum di post, jadi sesuai di malam ni  kalau ada yang masih ada roti yang tak tau nak makan cara mana boleh lah di buat macam esuk pagi, mudah sesangat, boleh jugak di letak kan sos cili atau di makan begitu saja, selera masing-masing ya.






BAHAN
6 keping roti gardenia atau apa saja kegemaran sendiri
6 batang sosej
6 keping cheese slice
1 biji telur
1/2 cawan breadcrumbs
sedikit planta untuk menggoreng


CARA
Rebus sosej sehingga masak dan tos kan.
Kukus roti lebih kurang 2 ke 3 minit untuk melembutkan nya, kemudian di gelek supaya lebih nipis mudah untuk menggulung.
Ambil sekeping roti yang telah digelek nipis, letakan cheese slice di atas roti dan kemudian letakkan sosei dan gulung kemas, gamkan dengan sedikit telur.
Roti yang telah di gulung di salutkan dengan telur dan golekkan di atas breadcrumbs.
Buat lah sehingga habis roti dan sosej.
Roti ni boleh disimpan dalam frezer ke petiais ke untuk kegunaan pada masa2 tertentu.
Bila nak menggoreng panaskan sedikit planta dan gorenglah dengan api yang kecil sehingga masak dan ranggup.
ALHAMDULILLAH sedap dimakan macam tu ke, cicah sos ke, terpulang hati masing2

TEPUK dada tanya selera heheee....


Selamat mencuba jugak untuk anak-anak mama yang jauh di UK sana, kadang-kadang benda senang ni pun bagi anak-anak yang tak pernah buat memang payah, kecuali lah yang expert macam makcik-makcik yang lain kan., selamat mencuba anakanda Didi & Nabilah ya.


0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home