Salad Buah Yang Sedap & Sihat

Salad Buah Yang Sedap & Sihat



ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya.
Dalam kesibukan musim cuti sekolah kadangkala tiada masa untuk mengupdate blog ni.
Malam ni ada sedikit ruang terus tak lepas peluang, resepi simple je pun, dah penat makan segala yang berlemak, berminyak, bersantan dan macam-macam, malam ni kita santai dengan makanan sihat ni jom!! siapa suka makan buah ni, kalau buat macam ni anak-anak yang tak suka makan buah pun akan terpikat sebab dah di potong kecil dah mudah untuk menolan hahaha...




BAHAN NYA
1 biji epal hijau
1 biji epal merah
1 biji oren
1 biji pear
beberapa biji buah cherry
beberapa biji buah blueberry
sedikit madu
sedikit air garam


CARA NYA
1.  Epal hijau, merah, selepas dibersihkan di potong dadu dan direndam dengan air garam.
2.  Oren dan pear di kupas kulit dan di potong dadu.
3.  Cherry dan blueberry di bersihkan dan tos kan.
4.  Dalam mangkok besar masukkan semua buah-buahan, tambahkan dengan sedikit madu, ikut selera lah ya kalau nak manis lebihkan.
5.  Gaul rata dan tambahkan sedikit garam jika suka agak masin.
6.  Salad buah sedia untuk dihidangkan.



Memang sengaja tak nak campur yogurt segala, just simple melayani buahan segar ni, baru terasa fresh nya buah-buahan ni kan, kaknoor paling suka buah cherry sebakul di letak depan mata pun akan habis, sila jamu mata saja ya adinda semua, biar kaknoor saja jamu selera.



1 comment:

  1. salam kak noor, nampak segar semua buah buahan tu, hi sdp nyer....

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home