Sambal Kulit Rambai Masam Manis Pedas

Sambal Kulit Rambai Masam Manis Pedas

ASSALAMUALAIKUM 
Salam sejahtera untuk semua nya
Terus ke resepi hari ni, sambal bermusim ni memang sedap sangat pada yang suka, tapi sayang nya kita tak dapat nak menikmati sebagai menu harian sebab ia nya bermusim jadi kalau musim rambai tu jangan lepaskan peluang ni tau!! memang berbaloiii



 BAHAN NYA
1/2 cawan ikan bilis di bersihkan
10 biji cili padi di hiris kasar nak lebih terpulang lah ya
1 biji bawang bombay di hiris
3 ulas bawang putih di hiris
2 kuntum bunga kantan di hiris kasar
1/2 cawan kulit rambai di hiris kecil
minyak masak secukupnya
sedikit garam dan gula sebagai perasa

CARA NYA
1.   Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan gorenglah ikan bilis sehingga rangup angkat.
2.  Tinggalkan sedikit minyak tumislah bawang bombay sehingga layu, masukkan kulit rambai.
3.  Kacau rata sehingga kulit rambai lembut, masukkan cili hiris, kantan, garam dan gula.
4.  Bila dah secukup rasa tutupkan api sebab kalau terlalu lama di atas api jadi terlalu layu kantan tu.
5.  Taburkan ikan bilis goreng didalam sambal, gaul rata.
5.  Sambal kulit rambai sedia untuk di nikmati bersama dengan nasi panas.





Sampai jumpa lagi di next entry ya, kadang-kadang masa tak mengizinkan untuk kita berlama-lama menghadap laptop ni, terpaksa berebut sekarang ni, bukan dengan anak cucu tapi dengan masa.


2 comments:

  1. Kulit rambai ni dimasak lemak cili padi dengan ikan sungai yang dah di salai sedap jugak kak Noor!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home