Somtam Betik Ala Kak Noor Ada Kemangi & Kantan

Somtam Betik Ala Kak Noor Ada Kemangi & Kantan


ASSALAMUALAIKUM  dan salam manis masam untuk semua nya, masam nya sebab makan somtam ni bila ada rasa masam-masam manis memang terasa nak makan lagi dan lagi




BAHAN NYA

1 biji betik muda  di potong memanjang
3 -4 urat kacang panjang di hiris kecil
secukupnya daun kemangi di hiris kecilsecukupnya daun selom dihiris kecil
1 kuntum bunga kantan hiris kecil3  biji bawang putih ditumbuk
1/2 biji bawang besar di hiris di tumbuk
7 biji cili padi tumbuk
1/4 cawan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar 
1/4 cawan air limau  nipis/kasturi
2 sudu besar sos ikan
secukupnya garam dan gula
sedikit kacang goreng tumbuk

CARA NYA
1.   Tumbuk sekadar pecah-pecah betik yang di potong tadi.
2.   Masukkan sayuran dan yang lain kecuali kacang goreng dalam mangkok besar dan gaul rata.
3.   Somtam akan ada rasa manis, masin, masam dan pedas.
4.   Jadi tambah lah apa-apa yang kurang ikut kesesuaian family  sendiri.
5.   Bila hidangkan taburkan kacang goreng tumbuk untuk menambah rasa.



Memang sedap meratah somtam, kaknoor selalu meratah somtam dulu baru makan nasi, jadi nya nasi nya kita tak perlu makan banyak sebab dah kenyang dengan somtam ni kan.
Gu dia memang dengan ikan masin ke, pekasam ke memang terlajak laris makan nasi, tapi tadi dah kena warning oleh Puan Doc kata nya, "kita sudah ada darah tinggi ah perlu jaga makan" dah berumur ni macam-macam penyakit datang, insya Allah kena pandai-pandai jaga makan insya Allah semoga tiada yang memudartkan lah, kalau adik-adik ada petua tradisional boleh lah kongsikan dengan kaknoor ya..


5 comments:

  1. sedapnyee Kak Noor... meleleh dah mulut ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalaua suka yg masam2 memang suka ni adda kaknoor also suka ni heehe

      Delete
  2. Replies
    1. lagi banyak kacang lagi best tu suriya bagi akak lah meratahhh semangkok pun sanggup ni

      Delete
  3. Terus jadi mengidam somtam! Kat tempat saya ni susah nak cari betik muda. Jamu mata jelah kat sini :)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home