Spaghetti Carbonara Simple Dimple

Spaghetti Carbonara Simple Dimple

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya, menu hari ni fav anak - anak kaknoor spaghetti carbonara, kalau menu macam ni di layan seharian pun ok je diaorang ni, kaknoor je tak boleh mesti nak ada nasikkkkkkkk jugak walau makan apa pun kan hahahaa melayu memang macam tu kan, diaorang ni dah bercampur sikit itu lah jadi nya hehee..

Resepi pun simple dimple je ikut suka hati mengolah, kalau dulu akak guna brocoli tapi kali ni akak guna capsicum yang di hiris kecil di gaul dengan spaghetti.






BAHAN
1 bungkus sapghetti di rebus hingga lembut / toskan dan di lumurkan dengan planta
6 batang sosej ayam/daging di hiris nipis 
1 tin susu cair 
1/2 biji capsicum merah dadu kecil
1/2 biji capsicum hijau dadu kecil
1/2 biji capsicum kuning dadu kecil
1 sudu lada hitam di kisar
4-5 ulas bawang putih di kisar
1 labu bawang besar di hiris
2 sudu tepung gandum
2 kiub pati ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
sedikit butter utk menumis

CARA NYA
  1. Panaskan kuali  dan masukan sedikit minyak dan tumislah bawang besar sehingga layu dan masukan lada hitam dan bawang putih dan kacau agar tidak terlalu garing.
  2. Bila dah agak wangi boleh lah masukan sosej, susu cair dan pati ikan bilis, kacau rata.
  3. Masukan bancuhan tepung gandum kedalam periuk dan kacau sehingga sebati dan tambahkan garam dan gula
  4. Capsicum merah, hijau dan kuning di celur 1/2 minit dengan sedikit air panas tos kan dan rendamkan dengan air sejuk toskan lagi sekali dan gaulkan dengan spaghetti.
  5. Untuk menghidangkan nya, letakkan sedikit spaghettii dan curahkan kuah carbonara ni kat atasnya dan hidangan ini sedia utk disantap.



Jom siapa yang tak suka belajar-belajar lah suka carbonara ni sebab spaghetti makanan yang sihat jugak lah kan kalau dibandingkan dengan mee yang lain, cuma kalau makan ni mesti nak cari nasikk, itu je tapi memang sedap.


7 comments:

  1. Replies
    1. belum makan ke BB mesti sedang lapar ni kan

      Delete
  2. Simple dimple tapi nampak meriahlah Kak Noor...

    ReplyDelete
  3. wah. nampak sedap la kak noor. faveret nie.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home