Ubi Purple & Yellow Goreng Rempah

Ubi Purple & Yellow Goreng Rempah


ASSALAMUALAIKUM 
Sebenarnya sengaja kaknoor kongsikan resepi yang sangat mudah minggu ni untuk tatapan dan renungan anak-anak yang jauh nun di UK sana, yang belum pandai sangat memasak, kadang-kadang resepi yang sangat simple pun terpaksa kena whatsapp mama, tanya itu ini cemana nak masak, sebab tak tau nak buat, alahai itu lah masa di rumah selalu mama yang buat, salah mama jugak sebab tak mengajar masak hehe, insya allah dengan ada nya resepi mudah ni boleh lah anakanda mama gunakan untuk menggoreng apa saja, samaada kentang ke, ayam ke, udang dan apa saja dengan menggunakan bancuhan tepung ni.




BAHAN NYA

1  ketul  ubi purple dipotong memanjang
1 ketul ubi kuning di potong memanjang
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 sudu tepung gandum
sedikit kunyit serbuk
garam dan gula
sedikit air untuk membancuh tepung
sedikit minyak panas
minyak untuk menggoreng

CARA NYA
1.   Masukkan minyak dalam kuali dan panaskan.
2.  Campurkan tepung gandum, ketumbar, jintan putih, halia, bawang putih, serbuk kunyit, garam dan gula dalam mangkuk .
3.  Gaul rata dan masukkan sedikit demi sedikit air, bancuh sehingga pekat dan jadi batter.
4.  Campurkan lebihkurang 1 sudu besar minyak panas kedalam batter ni dan gaul rata.
5.  Celupkan ubi purple dan kuning dan goreng lah sehingga kekuningan dan ranggup.
6.  Gorengan kita akan lebih ranggup bila kita letakkan sedikit minyak panas dalam bancuhan tepung.



SELAMAT MENJAMU MATA
Kalau tak tak tahan boleh goreng sendiri di rumah.
Mudah dan senang sangat pun.
Rasa nya pasti tak mengecewakan.


4 comments:

  1. Terkejut den datang sini... ingatkan salah alamat apa ke, rupanya deko baru ye Kak Noor... canggih manggih! Sampai terlupa nak jamu mata ngan ubi purple yellow gorengnya tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik Amie tak patah balik kan ingatkan masuk umah oran glain ke ni Mie hahaha, sesekali tukar langsir baru, ubah sofa best jugak kan daripada usang gitu je

      Delete
  2. simple tapi sedap kak kak noor..bb suka makan dua2 ubi tu..kalau goreng lagi memang layan sampai habis ni..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap aklau layan time panas ni BB akak pun sama lah u

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home