All About

Good Food


ASSALAMUALAIKUM & selamat petang untuk semua nya, hari ni anak kak Noor sedikit rajin sebab cuti CNY ni 4 hari jadi memang tempat dia berkuntau dengan butter dan telur, gula hahaa, mama nya macam malas jugak, ya lah dah anakanda mood rajin mama simpan dulu mood tu, nanti buat banyak-banyak takde yang nak makan pulak kan, resepi ni anakada Madihah ambik dari 
SINI kalau ada yang nak mencuba ya, tapi resepi disini agak complicated sikit, biasa lah budak2 buat memang nak yang simple je, tapi kalau ada yang terlebih rajin boleh la ikut step by step resepi ni, memang sedap lah nampak nya kalau ikut semua, yang ni Ferrero Rocher hanya sebiji di dalam cupcake, tapi yang asalnya dalam sebiji dan luar sebiji memang lah sedap kan hahaha, pokai tukang masak ni kalau sebiji cupcake 2 biji Rocher tu..




YANG ni gambar belum di Frosting, tapi akak memang suka yang polos gini..



KALAU polos gini 2 biji pun sekali hadap ni hahaha




SIAPA suka cream dan frosting memang sedap lah cupcake ni, tapi bagi orang yang tak muda memang pilihan yang atas lah..



OKLAH cukup lah kisah hari ni di hari CNY ni lepas ni ada acara ni nak kena bersiram dulu, jumpa lagi di entry seterus nya
INSYAALLAH..


ASSALAMUALAIKUM & selamat malam jumaat yang mulia, disini waktu ni dah beres semua yang wajib-wajib tu, sebab solat isyak pun dari pukul 7.40 malam tadi dah masuk, dah memang jadi kebiasaan solat di awal waktu, senang rasa nya bila dah beres tu kan. Dinner pun sebelum maghrib dah selesai jugak, jadi malam masa santai-santai lah, menu telur ikan masin ni pun dah habis sebenarnya minggu lepas punya menu heee , asyik lupa je nak update,  jadi memang dah tak dapat nak ambik bau, jamu mata saja lah ya. Memang susah nak dapat telur ikan terubuk ni, ini pun kak noor pesan dari anak akak yang kebetulan ke Kucing masa bulan Disember tahun lepas, simpan dalam freezer lupa jugak nak makan hahaha..memang dah tak muda lah tu kan kalau nak makan pun boleh lupa ...




RESEPI nya memang mudah sangat pun, jom cek freezer masing-masing ada tak telur ikan ni, kalau takde don worry boleh gantikan dengan ikan masin apa-apa pun, atau boleh jugak guna ikan bilis, sebab kita yang buat dia kan, apa-apa pun terletak di tangan tukang masak je...

Bahan yang di perlukan
1 pasang telur ikan terubuk di rendam 30 minit
1 biji bawang besar di hiris bulat
5 biji cili padi di hiris kasar
1 biji tomato di hiris bulat
2 sudu air asam jawa
gula dan minyak secukupnya


Proses membuatnya
1. Panaskan kuali masukan sedikit minyak goreng telur ikan sehingga kekuningan.
2. Tos kan telur ikan dan ketepikan.
3. Tinggalkan baki minyak goreng telur kira-kira 2 sudu makan, dan masukan bawang besar.
4. Goreng sehingga bawang layu, masukan hirisan cilipadi dan tomato, gaul rata.
5. Masukan air asam jawa dan sedikit gula sebagai perasa dan kacau biar sebati.
6. Curahkan adunan bawang ke atas telur ikan terubuk dan boleh lah di nikmati bersama dengan nasi putih.




SANGAT LAZAT di layan waktu panas-panas nasi putih dengan rasa yang masin, masam, pedas, manis 
WOW!!!!!!!!!!!!!! boleh cuba kalau tak percaya..

ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang  untuk semua nya, semoga semua sihat walafiat ya walau apa pun tugasan berat ke ringan ke, laku kan dengan ikhlas insyaALLAH akan di permudahkan oleh ALLAH PERCAYA LAH..



PETANG  ni, KAK Noor nak kongsikan ulaman yang berada disekitar rumah akak, yang hanya di tanam dalam pasu sahaja, tapi alhamdulillah boleh dikatakan subur menghijau, ulam-ulam ni sebenarnya memang baik untuk kesihatan kita, di makan begitu sahaja atau makan dengan sambal belacan memang terbaik dapat awet muda lagi, jadi kenapa tidak kita tanam saja dirumah kan, mudah sangat nak tumbuh pun, just cucuk je di tanah, INSYAALLAH dengan izin ALLAH tumbuh lah tu.

CONTOH nya untuk asam pedas dah memang tak payah nak beli dah daun kesum petik ja..


ULAM PEGAGA ni agak giant sikit sebab daun dan batangnya tu agak lebar, paling besar akak pernah nampak daun pegaga ni sebesar tapak tangan, akak pun tak tau macamana boleh jadi besar sangat, seingat akak dulu masa tanam biasa-biasa saja, mungki rezeki ALLAH kot kan..




DAUN SELOM ni sebenarnya perlukan air yang banyak, tu lah sebab nya agak kekuningan sikit, tapi kalau untuk makan sendiri sekadar untuk nak buat laksa dan kerabu dah boleh petik ni heheee




INI MISAI KUCING, siapa yang sanggup makan, agak pahit lah , tapi yang pahit tu lah ubat kan, kalau manis itu gula hahaha, elok makan ni untuk siapa yang ada darah tinggi, untuk yang takde darah tinggi pun ok buat ulam 




INI pokok rosemary, benih nya di beli masa pergi Australia bula oktober tahun lepas, saja cucuk-cucuk kat pasu, ingatkan tak hidup rupa nya hidup jugak my rosemary tu, senang lah nanti nak masak ayam rosemary lemon kan.




INI RAJA segala ulam Ulam Raja, subur sangat dah tanam dalam pasu, tapi bila biji benih nya tu kering tumbuh jugak kat bawah-bawah pasu asalkan ada tanah memang mudah sangat ulam raja ni tumbuh.




POKOK kemangi atau selasih ni, memang sedap untuk masak green curry ala Thai, wangi serumah kalau kita masak guna kemangi ni, boleh jugak untuk masak nasi minyak, yang best semua nya dalam pasu ...



POKOK mengkudu ni je yang tanam di tanah sebab memang pokok ni besar dan tinggi, pasu pun akan pecah ni kalau menjadi pokok nya, kak noor suka ambik daun mengkudu ni untuk masak gulai siam pucuk kayu marbeles U...



POKOK bunga telang ni cepat tumbuh dan cepat jugak kering kalau kita tak selalu siram, pokok menjalar di pagar, senang kalau nak masak nasi kerabu ke, nasi ulam ke, jom siapa yang teringin nak buat nasi kerabu takde bunga telang ni meh sini ambik heheee

OKLAH ya sampai sini dulu ulaman kak Noor jangan jeles ya heee

Assalamualaikum dan salam pagi rabu untuk semua, pagi- pagi ni maktok sikit aktif membelek album dua tiga hari lepas, takde resepi hari ni hanya gambar - gambar Iman je dah pandai request menu ni gamaknya kan, kalau setahun taktaulah mesti fenin maktok Iman kan heee


Tak boleh lama-lama mendukong Iman ni 2,3 minit dah lenguh tangan..


Dah pandai pegang buku resepi tu dak kecik ni..

Dah cek list menu tu baby Iman ni hahaa

HARI ni banyak kerja dah siap jadi santai lah sikit, salam sayang dari kak Noor ya utk adik-adik semua...



ASSALAMUALAIKUM dan salam magrib untuk semua adik-adik bloggers, akak di Brunei sedang menunggu waktu isyak waktu ni, dah santai-santai lepas dinner tadi.
Hari ni kak Noor nak kongsi resepi Udang dengan Kulit Rambai ni, ada tak adik-adik yang tak pernah makan kulit rambai?? Kalau ada yang belum tau rasa kulit rambai ni agak masam-masam sikit, jadi kalau kita masak udang ni tak payah letak asam lagi, memadai dengan kulit rambai ni saja sebagai ganti asam., jom semak resepi  cincai-cincai je pun..




Masak Lemak Kulit Rambai dan Udang

Bahan-bahan:
½ kg udang sederhana besar dibersihkan
1 cawan hirisan kulit rambai
5 ulas bawang merah
7 biji cilipadi
1 batang serai
5 tangkai daun kemangi
1 cawan santan sederhana pekat
Garam dan gula secukup rasa


Cara membuatnya
1.    Kisar bawang merah dan cilipadi, masukan dalam periuk bersama santan.
2.    Masak sehingga mendidih, masukan kulit rambai, kacau rata.
3.    Masak sehingga kulit rambai lembut, masukkan garam,gula dan udang.
4.    Akhir sekali masukan daun kemangi, dah cukup rasa boleh lah di angkat.
5.    Sedap dihidangkan bersama dengan nasi putih.





OK LAH masakan ni pun sebenarnya kak Noor buat dua tiga hari lepas, dah habis pun, tapi macam nak je lagi, kulit rambai ni yang susah nak dapat, kebetulan hari tu ternampak rambai kat Pasar Tamu di sini, memang tak lepas peluang kalau akak nampak rambai ni, bukan nak makan isi pun tapi nak kan kulit nya tu...
Pelik tapi Benar hahaa...
SELAMAT MENCUBA UNTUK ADIK-ADIK YANG BELUM PERNAH MAKAN KULIT RAMBAI NI MEMANG SEDAPPPPPPP..



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua rakan2 bloggers or ada jugak peminat yang silent reader, dah dua tiga orang buat pengakuan silent reader Blog Bicara Kak Noor ni, tak kisahlah nak intai2 je di belakang tabir, tapi kak noor tak tahu lah, kecuali yang bertegur sapa secara mengomen ke, baru lah tau kan, tapi kita tak boleh paksa orang komen blog kita kan, apa-apa saja lah janji happy je dengan apa yang kita buat ya dak??

Hari ni nak kongsi resepi yang sangat-sangat simple lagi, biasa nya resepi ni kita makan kat kedai kan, tapi kali ni kita makan kat blog kak Noor pulak jom!! 



Banana split ni hanya perlu of coz lah pisang, aiskrim perisa apa saja, coklat hershey, sedikit badam slice atau badam biji.
Cara nya letakkan potongan pisang dalam bekas yang sesuai, letakkan aiskrim, picitkan dengan coklat hersheys dan taburkan dengan badam. Kalau kak Noor memang suka banyak badam sebab fav kashanggg...



Untuk resepi Narchip ni kita perlukan
1 peket kecil narchip *sepupu dengan narchos kot ni kan
2 keping daging burger di cincang
1 biji bawang besar cincang
1 sudu besar planta
sedikit serbuk cili/ serbuk kari
sedikit parutan cheese cheedar/mozarella

Caranya
Tumiskan daging burger dengan bawang besar bersama dengan planta, kacau biar sehingga  bertukar warna, masukan serbuk kari dan serbuk perasa dan gula sedikit, dah masak tutup api.   Letakkan narchip dalam bekas tahan panas, taburkan dengan adunan burger, letakkan  cheese dan bakar lah sehingga cheese cair, angkat dan sedia di santap dengan aiskrim di atas tu
SEDAP BIN LAZATTTTTT...



KALAU kat kedai memang mahai lah kan, tapi kalau buat sendiri dapat save budget lagi pun ramai dapat makan se familyyy lagi U...


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk adik bloggers yang sudi singgah di blog orang V ni, biasa lah bila dah ada gelaran V nak menulis blog pun agak lembab sikit, al maklum bin al malas lah jugak lah tu kan, tapi dalam hati ada sikit rasa nak berkongsi apa yang dimasak hari ni, jadi kurangkan sikit rasa M tu dan malam ni akak update resepi mudah je pun
Biskut Lapis Cheese, akak sekodeng di blog EVELYN, memang sedap dan agak ranggup sikit biskut ni dan yang pasti  tak cukup satu potong. Evelyn izinkan kak noor letak resepi kat blog akak jugak ya untuk rujukan anak-anak dan kenkawan yang lain.

Jom tengok resepi yang sangat mudah ni



BISKUT LAPIS CHEESE

Bahan-bahannya
A
250 gm cream cheese
250 gm susu pekat

B
1 peket biskut masin ( akak guna Golden Cracker Julie's ) jugak

C
Oat atau nestum secukupnya
akak tambah dengan thousand island yang warna warni tu sebab dah ada pun.

Cara membuatnya
1.  Sediakan loyang segiempat dan lapikkan dengan  foil.
2.  Pukul bahan A sehingga lembut dan berkrim dan ketepikan.
3.  Susun biskut dengan kemas dan padat dalam loyang.
4.  Sapukan rata adunan cheese di atas biskut, taburkan dengan bahan C.
5.  Ulangi sehingga habis semua biskut dan adunan cheese dan sejukan didalam petiais 1-3 jam atau sehingga semalaman dan potong.
6.  Biskut lapis cheese sedia untuk di hidangkan.




RUGI kalau tak mencuba resepi mudah ni, lagipun bahan-bahan nya memang yang selalu ada kat rumah saja, jadi apa lagi di tunggu 
BUAT JANGAN TAK BUAT TAU....




BAHAN NYA
1 kg ngaku atau arrowhead
sedikit garam, bawang putih dan cili flakes
sedikit kacang goreng dan ikan bilis goreng *optional
minyak untuk menggoreng

CARA NYA
1. Kupas ngaku, cuci dan tos kan sekejab.
2. Sagat dan gaulkan dengan bawang putih, garam dan cili flakes.
3. Goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.
4. Tos kan, biarkan sejuk dan gaulkan dengan ikan bilis dan kacang goreng.
5. Simpan dalam bekas kedap udara.


Pada yang belum merasa, rasa nya ngaku ni lebih manis dari ubi kentang, lebih sedap dan lebih krup krap, menjelang  chinese new year SAHAJA yang timbul buah ubi ngaku ni, kalau ada yang teringin boleh mencari ngaku di pasaraya dan buat sendiri  ya, sebelum kehabisan haha...






ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua warga bloggers, diharap semuanya sihat-sihat saja, dah weekend kan sekejab sangat terasa dari hari ke hari, hari ni  dah 17 january, rasa nya baru je 1 hb cuti krismas dan new year, umur pun dah makin singkat dan berbaki entah berapa tahun, berapa bulan, berapa minggu, berapa hari... aduh seram je kalau pikirkan, tapi walau apa pun perasaan nya kita harus menghadapi kematian cepat dan lambat saja, semoga ALLAH kurniakan kematian kita didalam keadaan yang baik dan di redhoi nya aminnnnn.

Berbalik pada resepi hari ni ialah resepi biasa bagi keluarga akak yang sangat suka asam pedas, selalu selangseli, asam pedas ayam, ikan dan hari ni giliran kepala ikan pulak, bahan-bahan masih sama cuma tukar kepala je heeee..




Asam Pedas Ikan
Bahan-bahan:

§  1 kepada ikan yang sederhana
§  5 tangkai daun kesum
§  1 kuntum bunga kantan
§  1 batang serai
§  1 sudu air asam jawa
§  1 cawan air
§  Minyak untuk menumis
§  Garam dan gula secukupnya

Bahan A
§  10 biji cili kering
§  5 ulas bawang merah
§  3 ulas bawang putih
§  1 inci kunyit hidup
§  1 sudu ketumbar

Cara membuat:

1.    Kisar bahan-bahan A
2.    Panaskan kuali dan masukan minyak dan tumiskan bahan kisar sampai wangidan naik minyak.
3.    Masukan air dan air asam jawa,garam,gula,daun kesum dan bunga kantan.
4.    Rasalah ikut kesesuaian masing-masing dan akhirnya boleh lah dimasukan kepala ikan.
5.  Jangan terlalu kacau biarkan kepala ikan masak dengan api yang kecil sahaja.
6.    Bolehlah dihidangkan panas-panas bila dah masak 


SANGAT TERANGKAT BILA  DAPAT HISAP MATA IKAN DAN BAHAGIAN TEPI TEPI MATA TU HAHAHAA, SAPA SUKA ANGKAT TANGANNN...



INI JAMBU MADU UNTUK JAMU MATA JE, KEBETULAN SEKARANG NI SEDANG MENGEMBANG, JADI APA SALAH NYA KAN SHOW SIKIT, DAPAT MAKAN DENGAN KUAH ROJAK MEMANG LAGI TERANGKAT NI, JOM 
MENYICAH JOM!!!!



ASSALAMUALAiKUM hari yang cerah lagi nyaman ALLAH mengizinkan kak Noor dan orang-orang kampong semua untuk mendaki gunung jerai yang cantik dan menarik, dah lama teringin nak kesini, sebab jarak di antara rumah dengan gunung jerai memang agak dekat, lebihkurang 30minit je driving, tapi itu lah benda dekat memang kita jarang nak sampai, nak jugak ke tempat jauh-jauh beribu batu, tapi cuti kali ni dapat jugak kak Noor menjejakkan kaki kegunung Jerai, dulu2 dah sampai tapi masa tu anak-anak masih kecik, sempat ber picnic lagi kat atas tu, tapi sekarang bukan lagi dengan anak, tapi dah bawa cucu sekali, memandangkan cuaca yang sejuk dan berkabus , cucu tak di benarkan keluar dari kereta hahaa kesiannnn, tapi Insya ALLAH nanti pasti nak datang lagi, tak payah banyak cakap dulu lah, cuba adik-adik semua layan gambar-gambar je biarlah gambar je yang berbicara...





 Sekampong bawa naik ke gunung jerai ni yang bertongkat pun nak jugak ni


 Keindahan gunung jerai sukar di gambarkan


 Orkid giant yang cantik

5 daripada 9 orang adik beradik sepusat sepusing heeee 


SIAPA yang tak pernah pergi ke sini di galakkan untuk melihat keindahan gunung Jerai ni, jalan nya tak lah susah, ada van disediakan dikaki gunung tu, jalan nya dah besar, tak lama dari kaki ke atas lebihkurang 30 minit je pun...




ASSALAMUALAIKUM,  Alhamdulillah dengan izin ALLAH pagi ni sedang bersiap-siap nak balik kampong syukur, dan yang best dapat mengupdate blog pepagi yang busy ni, sebab hari ni cuti masak hahaha, jadi rasa banyak masa sikit tinggal last minute packing je, lagipun banyak kerja dah di handover pada maid jadi maktok agak santai lah, nak jalan tak kan nak kerja keras lagi kan, memang tak ada apa nak bagitau pun just nak kongsi rasa happy-happy balik kampong je, jom balik KEDAH DARULAMAN, tak lama pun hanya beberapa hari je...




JOM sapa nak ikuttttt kita naik ni je lah ya hahaaa
GAMBAR sekadar hiasan semata-mata...





ASSALAMUALAIKUM & salam  5 rabiul awal untuk semua adik-adik kak noor yang sudi singgah disini, bulan rabiul awal mengingatkan kita bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dimana bulan ini di galakkan kita banyakkan bersolawat bertahmid dan bertasbih semampu kita, kalau di Brunei ni, dalam bulan ni mulai dari malam
1 rabiul awal hingga malam 12 rabiul awal,  akan penuh lah masjid-masjid dengan orang ramai yang bersolawat ke atas Nabi Muhammad SAW, tapi biasa nya lebih kepada kaum lelaki lah. Untuk kita kaum perempuan boleh lah bersolawat di rumah saja.

Sesungguhnya kualiti ibadah kita adalah bergantung pada NIAT. NIAT itu akan menggambarkan keikhlasan kita.  Kerja yang ikhlas akan membawa kepada kesempurnaan, kesempurnaan akan membawa kepada kepuasan, dan kepuasan akan membawa kepada ketenangan.

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam. Firman ALLAH SWT bermaksud : "Sesungguhnya ALLAH dan malaikat-malaikatNYA bersolawat untuk Nabi, Hai orang-orang yang beriman, bersolawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya" {Surah Al -Ahzab:56}




Berbalik kepada resepi kak noor hari ni, macaron yang sudah terlebih kaki gara-gara oven baru hahaha, belum faham lagi selok belok tahap kepanasan oven ni, mungkin lepas dua tiga kali buat INSYAALLAH akan OK kot, oven lama sudah KO sebab api atas sudah TAKDO, hanya bergantung api bawah saja, memang very the lambat lah heee, jadi Pak Haji Kak Noor bermurah hati nak menggantikan dengan yang baru heee, kena study dulu selok belok oven ni baru akan ok kot INSYAALLAH, resepi masih sama jugak dengan yang biasa akak buat.

Bahan-bahanya
80 gm putih telur ( lebihkurang 2 biji telur gred A )
65 gm gula kastor
80 gm serbuk almond
140 gm gula icing
Pewarna kegemaran

Cara membuatnya

1.    Satukan serbuk almond dan gula icing kemudian ayak dan ketepikan.
2.    Dalam bekas lain pukul putih telur hingga kembang, kemudian masukan gula kastor sedikit demi sedikit, putar hingga adunan kental dan bertanduk.
3.    Untuk testing terbalikkan mangkuk kalau adunan tak jatuh bermakna dah cukup kental dan perlu berhenti pukul.
4.    Masukan ¼ daripada campuran serbuk almond dan gula icing kedalam adunan telur, kaup balik kan dengan menggunakan spatula.
5.    Buatlah sehingga habis campuran almond dan gula icing, kemudian boleh lah di letakkan warna kegemaran.
6.    Kemudian masukan adunan dalam piping bag.
7.    Buatkan lubang di hujungnya dan picitkan diatas bulatan kertas minyak yang disediakan, atau kalau dah ada mould macaroon ni boleh picitkan terus sehingga habis adunan di atas mould tadi.
8.    Rehatkan macaroon selama 30 – 40 minit supaya kering bahagian atas dan tak melekat di jari bila di sentuh.
9.    Panaskan oven 150’C bakarlah macaroon selama 15 – 20 minit.
10. Sejukan dan letakkan ganache kegemaran.







JOM SIAPA BELUM TRY BUAT MACARON NI BOLEH LAH TRY RESEPI NI
MEMANG OK PUNYA...



ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu untuk semua adik-adik yang masih sudi singgah di blog kak Noor, cinnamon roll resepi hari ni, adalah request dari anak- anak, lagipun akak memang tak pernah buat pun, tengok orang lain buat macam sedap je, macam nak je kan. Jadi semalam dengan bantuan anak-anak akak godek-godek jugak resepi cinnamon roll yang di selongkar dari blog CIK MAT GEBU ternyata memang sedap dan gebu, anak-anak suka sangat, tester ramai tak sedar kejab je habis cinnamon roll ni, untuk Cik Mat terimakasih ya, ada yang akak tukar sikit ikut selera budak-budak kat rumah ni, halalkan resepinya ya...




BAHANNYA
200 gm tepung roti
50 gm tepung whole meal tak letak akak lebihkan tepung roti
50 gm gula halus
1/2 sudu teh garam
10 gm susu tepung
1/4 sudu teh bread improver
30 gm telur agak-agak 1/2 biji
6 gm yis
20 gm shortening
125 ml air suam

BAHAN TABUR
1 1/2 sudu besar mentega dicairkan
3 sudu besar gula perang
1/3 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 cawan kismis akak ganti dengan coklat chip request anak-anak
Semua di satukan kecuali mentega, dan ketepikan

CARA MEMBUATNYA
1. Larutkan yis dalam air suam, biarkan berbuih.
2. Satukan semua bahan kecuali shortening, masukan bancuhan yis, uli hingga menjadi doh.
3. Tambahkan dengan mentega dan uli lagi sehingga doh kenyal.
4. Bulatkan doh, tutup dengan plastik dan rehatkan doh selama 45 - 60 minit.
5. Keluarkan doh dan tumbuk-tumbukkan untuk mengeluarkan udara.
6. Taburkan papan pencanai dengan sedikit tepung, dan canai lah doh sehingga menjadi 4 segi.
7. Sapukan dengan mentega cair, letakkan bahan tabur, gulung ketat-ketat, dan potong .
8. Agak- agak dapat dalam 9 - 10 potongan.
9. Isikan dalam papercup, biarkan sehingga 45 minit lagi, sapu lebihan telur tadi.
10. Bakar dalam oven yang telah di panaskan selama 25 minit pada suhu 180'C
11. Keluarkan dan sapu lebihan mentega dan boleh lah dihidangkan.





MEMANG SEDAP & LEMBUT  INSYAALLAH 
AKAN BUAT LAGI ESUK OR LUSA HAHAHAA..


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home