All About

Good Food


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya,  hari ni kak Noor nak kongsikan resepi yang sangat simple tapi lazat di buat kudapan di depan Tv anda semua.  Baru-baru ni pembantu kak Noor bagi idea nak buat kerepek pisang ni, kebetulan ada pisang se tandan yang sudah tua, jadi sebelum masak baik di buat kerepek katanya, dah dia rajin nak mengupas pastu menggoreng kak Noor on je, akak cuma buat sambal kicap je hahaa, sonang bah kan...

Resepi nya sangat-sangat mudah..




BAHAN
Pisang muda secukupnya 
Minyak untuk menggoreng

CARA NYA
1.  Pisang di kupas kulit nya, di cuci dan di slicekan dengan grater.
2. Panaskan minyak yang banyak dan goreng lah sehingga kekuningan.
3.  Angkat dan tos kan sedia di makan dengan sos  atau sambal.
4.  Pisang ni akak takde letak apa-apa perasa sebab pisang ni sendiri dah ada rasa.

BAHAN SAMBAL
7 biji cili padi hijau
2 ulas bawang putih
Kicap manis secukupnya

CARA NYA
Kisar cili dan bawang putih dan gaulkan dengan kicap, sedia di hidangkan dengan kerepek pisang.
LAZATTTTTT SANGAT DENGAN KRUP KRAP KRUP KRAP....



SIAPA  ada pisang muda moh le buat kerepek memang sedap, ubah selera pulak daripada tunggu masak, buat kek pisang, muffin, goreng pisang kan, jadi sebelum pisang masak kita gorenggggg je, masih ada ni nak makan jab jangan jeles hahhh....






ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi adik-adik blogger semua nya, semoga semua nya didalam sihat dan walafiat hendaknya di samping apa jua tugasan harian.
ALHAMDULILLAH setelah hampir 6 bulan bermula dengan meeting2 dengan boss Sri Diah, kemudian diikuti dengan acara  memasak, mengambil gambil gambar, dan akhirnya menulis resepi, maka INSYA ALLAH akan lahirlah buku masakan kak Noor yang pertama penghujung Mac nanti.  Memang sesuatu yang tak di sangka, sekadar suka suki saja letak gambar di FB, hasil masakan harian dirumah, menarik hati boss besau Karangkraf Puan Sri Diah, untuk kak Noor menulis buku resepi.  Memang agak lama lah proses ni kena tekun dan sabar ALHAMDULILLAH membuahkan hasil.


 INI adik BALQIS yang bersusah payah bawa akak berjumpa dengan Puan Sri, masa ni akak baru balik bercuti di Singapore bersama anak-anak, sampai terpaksa book tiket baru haha tapi ok maaa  I likeee..


ALHAMDULILLAH perbincangan bermula se awal jam 8.00 pagi di office Karangkraf sebelum akak flight semula ke Brunei, terimakasih Puan Sri sudi belanja makan-makan pagi walaupun takde dalam gambar ni.



BERSAMA boss besar yang sangat humble macam langit dengan bumi rasa nya tapiii, itulah ALLAH telah menemukan kami, tapi sebelum ni memang dah jumpa Puan Sri masa akak balik dari UK tak salah tahun 2010 siap tunggu kat airport lagi boss ni sangat-sangat terharu..



BERSAMA  Pa Haryatie yang bertanggungjawab menghantar segala email untuk kemudahan komunikasi Brunei & Malaysia.
ALHAMDULILAH misi hampir sampai ke penghujung jangan lupa adik-adik ke book store insyaALLAH penghujung Mac beli jangan tak beli tau, walaupun tak lah sehebat buku masakan chef-chef tersohor hanya masakan kampongan je...


ASSALAMUALAIKUM  dan salam manis untuk semua nya.
Hari ni maktok nak kongsikan sikit berita gumbira, maklum lah dah tua-tua ni baru nak masuk majalah , terimakasih banyak-banyak untuk majalah Aroma yang sudi bagi peluang pada kak Noor kali ni, sebenarnya kak Noor sendiri belum terbeli majalah ni sebab kat Brunei ni belum keluar, agak lambat mungkin akhir bulan ni kot, gambar yang ni akak copy dari rakan Fb yang sudi tag kan kak Noor, memang teruja lah sesekali masuk majalah kan, dulu-dulu masuk majalah jugak tapi majalah sekolah je heheee...




KALAU tak salah akak ada lebihkurang 10 resepi akak dalam ni, boleh beli ya kalau ada yang ternampak majalah Aroma Mac ni ya, nanti akak du update baru bila dah dapat majalah nya betul-betul hehe...


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua nya, semoga hari-hari anda riang dan gumbira hendak nya ya, hari ni maktok Iman ni, seharian dok packing nasi kerabu tempahan rakan-rakan Bruneian dan Malaysian, di Negara Brunei Darussalam ni, dari pagi hingga ke petang, rupa nya orang Brunei dah mula suka dengan nasi kerabu ni, siap sedia kan budu lagi, boleh tengok dalam gambar di bawah, sebab kak Noor memang takde bekalan budu, agak susah lah nak cari kat sini,  tapi diaorang ni sanggup bawa budu sendiri untuk makan dengan nasi kerabu kak Noor, hahaha terimakasih banyak-banyak pada semua rakan-rakan yang mengorder nasi kerabu kak Noor hari ni, sampai tak menang tangan di buat nya.




THANKS untuk Hjh Hamidah yang sanggup menghantar gambar-gambar acara makan nasi kerabu kak Noor ni, walaupun rasa nya taklah hebat sangat kot, hehee




MEMANG banyak sangat songeh nak buat nasi kerabu ni, pada yang berminat boleh lah tengok resepi di SINI, dan kalau malas nak kotor tangan boleh order dari kak Noor untuk warga Brunei Darussalam sahaja, yang jauh tu tengok gambar saja lah ya..





OK LAH cukup lah dulu untuk hari ni layan gambar je ya, jika warga Brunei nak order boleh ke pages https://www.facebook.com/DapurKakNoor?fref=ts disana ada nombor telefon boleh whatsapp or msg kak noor ok.


ASSALAMUALAIKUM 
HARI ni takde jemputan kawin, tapi ada jemputan untuk tengok baby kecik baru lahir, pikir-pikir takde benda nak bawa, godek-godek kat dapur, nampak ada pisang, maka nya akak terbuat lah banana coklat cake ni, lagipun baru je nampak kat blog SUZANA IBRAHIM banana coklat rice so copy and paste lah maktok ni, sebab kek yang ala-ala muffin sangat senang membuatnya pun taklah lama sangat. Su akak letakkan resepi ni kat blog akak jugak ya untuk rujukan kenkawan jugak rujukan anak-anak dara kak Noor tu heee... 




Banana Chocolate Cake
By  :  Amy Wong & KS Lee
Sumber : Ummi Home Sweet Home 
              : Suzana Ibrahim


BAHAN A
150 gm planta atau mentega
150 gm gula kastor
3 biji telur
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum di lenyek

BAHAN B
200 gm tepung kek
30 gm coklat rice * ganti dengan parutan coklat
1/4 sudu teh soda bikarbonat

HIASAN
2 biji pisang di hiris *tak letak
1/4 cawan hirisan badam

CARA MEMBUATNYA
1.  Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan ketepikan.
2.  Panaskan oven pada suhu 170'C
3.  Sediakan loyang 8x3x3 *ganti dengan acuan muffin
4.  Pukul planta dan gula sehingga kembang dan keputihan, masukan telur satu persatu.
5.  Pukul sehingga sebati, masukan tepung berselang seli dengan susu dan kacau rata.
6.  Dengan menggunakan spatula masukan pisang dan coklat dan kacau sehingga sebati.
7.  Tuang ke dalam acuan muffin, taburkan dengan hirisan badam dan gula warna warni.
8.  Bakarlah selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
9.  Muffin pisang sedia untuk di hidangkan.





TENGOKLAH betapa gebus nya muffin ni kan lembutttttt sangatttt
I likeeee



SO kalau ada pisang yang dah hitam takde  kena makan tu buat lah muffin ni gerenti sedap punya tak percaya, tanya maktok ni haha...



 ASSALAMUALAIKUM dan salam ujung minggu untuk semua bloggers, terimakasih pada yang tak pernah jemu  singgah sini dengan meninggalkan komen-komen yang menarik dan sedap di baca heee, sorry sekiranya kak Noor tak sempat nak membalas semua nya, maklum kak noor sekarang ni dah jadi maktok, jadi masa ada cucu kat rumah memang tak sempat nak mengupdate blog waktu siang-siang, malam ni cucu maktok Iman balik ke rumah nenek lagi satu, jadi maktok sunyi jadi ini lah kerja maktok heee....

 Sebenarnya akak bekenan pada karipap dari blog YATIE MEMORIES, dah lama teringin nak buat karipap polos ni, tapi kesibukan yang tak habis-habis terpaksa di batalkan saja hajat tu, tapi keinginan yang melampau jugak akan merajinkan seseorang tu kan, jadi hari ni jadi lah karipap polos yang akak copy dari blog YATIE, akak letak disini jugak ya resepi nya TQVM :)




BAHAN2:
  • 500gm Tepung gandum
  • 50gm Tepung Beras
  • 50gm Tepung Ubi
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 3 sudu besar Majerin*
  • 1/4 cwn Minyak masak* (* panaskan)
  • 1 cawan air-tuang sikit demi sedikit
CARA2:
  1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
  2. Tuangkan minyak panas & gaul rata.
  3. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
  4. Bahagikan doh kpd bebola kecil.
  5. Leperkan & isi dgn inti kegemaran, tutup dan klim kemas2.
  6. Buat sehingga habis. Goreng dgn minyak yg banyak sehingga garing.
    Angkat dan toskan. Saya goreng guna api sederhana je. Karipap ni lebih rangup sekiranya di goreng 2 kali. Walau di goreng lagi, karipap ni tetap tak berminyak.



Walaupun agak berjerawat disana sini tapi memang sedappp, boleh try sendiri mesti nak berkali-kali..


ASSALAMUALAIKUM  salam jumaat yang santai untuk semua.  Hari ni banyak aktiviti tergendala, hanya aktiviti makan je yang ontime kan, terus ke resepi lah ya jom!!! sekodeng  resepi nostalgia ni...



Kerabu Selom Dan Hati Buyah

Bahan nya
secekak daun selom di bersihkan di hiris kecil
1/2 cawan peparu atau hati buyah yang telah di rebus/hiris
1/2 cawan kelapa parut
1/2 cawan taugeh di bersihkan
5 urat kacang panjang hiris kecil
2 batang serai hiris
5 biji cili merah/cilipadi tumbuk
5 biji limau kasturi ambil jus

Cara nya
1.  Goreng kelapa sehingga kering dan ketepikan.
2.  Gaulkan semua bahan tumbuk, campurkan dengan jus limau, serai, hati buyah, gaul rata.
3.  Tambahkan dengan garam dan gula, kelapa goreng, daun selom, taugeh dan kacang panjang.
4.  Sebatikan semua nya dan sedia untuk di hidang.




Menu tradisi yang sukar di tinggalkan kalau ada di depan mata, kalau tak de selom boleh gantikan dengan kacang botol atau apa saja sayuran kegemaran, yang pasti salad ni memang terbaikkkk..

ASSALAMUALAIKUM dan salam kamis untuk semua nya ya, ini menu semalam, ada kawan kak noor yang teringin nak makan coq badak ni, jadi korek-korek resepi lah dalam internet terjumpa resepi dari MAMAFAMI'S tapi kak noor alih bahasa dan buat ayat sendiri, boleh kan Mama? hehe lagipun resepi ni ubi nya sedikit saja maklum pertama kali try nanti sayang je kalau tak jadi bagi kat Cik Pah kan, sedappp lah Mama anak-anak kak Noor suka nanti nak kena buat lagi.




CUCUR BADAK

BAHAN NYA
250 gm ubi manis di rebus dan hancurkan
3 1/2 sudu besar tepung gandum
sedikit garam
secukupnya minyak untuk menggoreng

BAHAN INTI
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan udang kering di rendam dan di tumbuk
3 sudu cili kering kisar
2 ulas bawang putih kisar
5 ulas bawang merah kisar
2 batang serai kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 inci halia kisar
sedikit garam dan gula
sedikit minyak untuk menumis


CARA NYA
1.  Campurkan ubi manis yang telah di lenyek bersama dengan tepung.
2.  Uli sehingga sebati bersama sedikit garam.
3.  Bulatkan ikut citarasa sendiri dan ketepikan.
4.  Untuk inti, panaskan sedikit minyak, masukan bahan kisar bersama
     dengan kunyit.
5.  Tumis lah sehingga wangi masukan kelapa parut dan udang kering.
6.  Kacau rata dan masaklah sehingga inti hampir kering.
7.  Tambahkan dengan garam dan sedikit gula.
8.  Ambil bebola ubi tadi masukkan sedikit inti, tutup dan bulatkan semula.
9.  Buatlah sehingga habis adunan, dan gorenglah sehingga kekuningan.
10.Coq badak sedia untuk di hidangkan panas-panas..





Thanks Mamafami's resepi mudah dan sedap, kalau tau memang dari dulu dah kak Noor buat coq badak ni tau...

ASSALAMUALAIKUM semua nya yang sudi singgah di blog maktok Iman yang tak seberapa ini, semoga semua nya sihat walafiat ya.

Menu ni menu tertinggal dalam draf rasa nya dah 2 minggu kot, masa sedang banyak musim buah dulu, kopek buah rambai, sayang nak buang kulit, sebab dulu-dulu masa kat kampong pernah makan kulit ni, macam-macam boleh buat dengan kulit rambai ni, pernah akak masak lemak jugak, ni masih ada baki sebab kalau simpan frezer memang tahan lama., jadi kali ni akak buat sambal pulak, jom tengok resepi semua nya main hiris je senang..




BAHAN NYA
1/2 cawan ikan bilis di bersihkan
10 biji cili padi di hiris kasar
1 biji bawang bombay di hiris
3 ulas bawang putih di hiris
2 kuntum bunga kantan di hiris kasar
1/2 cawan kulit rambai di hiris kecil
minyak secukupnya
sedikit garam dan gula


CARA NYA
1. Panaskan kuali, masukan sedikit minyak dan gorenglah ikan bilis sehingga ranggup, angkat .2. Tumis bawang putih, bawang bombay sehingga layu, masukan cili hiris, kacau rata.3. Masukan kulit rambai kacau sehingga kulit rambai lembut, masukan garam dan gula.4. Akhir nya masukan bunga kantan dan ikan bilis yang di goreng, gaul rata.5. Sambal goreng sedia untuk di nikmati.







ADA tak yang tak pernah makan kulit rambai  ni?? rasa nya agak masam-masam jadi kalau sambal goreng gini memang tak payah bubuh tomato ke, asam ke, kulit rambai ni dah ok,
Makan pulak time hujan-hujan memang tak terasa bertambah nasi ni haha...




ASSALAMUALAIKUM  adik - adik blogger semua, semoga sihat walafiat hendaknya ya, ni gara-gara teruja tengok kat blog ROSTINA - WIND OF CHANGE tu lah yang terus menggodek kentang kat dapur, sebab bahan-bahan memang dah ada itu lah laju je mencuba, memang sedap di makan panas-panas sebab cheese masih cair, kalau dah sejuk menang agak keras lah cheese tu tak leleh lagi,  memang  dapat banyak, jugak lah cheesy ball ni,  idea nya jangan di goreng semua tau, bila nak makan goreng, baru lah fresh siap goreng terus makan..

Sekodeng resepi yuk!!




BAHAN NYA
350 gm ubi kentang di lenyek 
250 gm tepung gandum di ayak
4 biji telur * resepi asal 4 - 5 biji
serbuk lada sulah * kak noor tambah lada hitam cikit
cheese cheddar di potong dadu
serbuk roti secukupnya
sedikit garam

CARANYA
1.  Campurkan semua bahan-bahan kecuali  serbuk roti dan telur.
2.  Gaul sehingga sebati.
3.  Gentelkan ikut besar yang di ingini, jangan terlalu besar pulak,  masukan inti cheese, tutup 
     semula, gelekkan di atas serbuk roti, golekkan di dalam telur, kemudian golek lagi sekali di 
     dalam serbuk roti.
4.  Buat lah sehingga habis adunan dan gorenglah di dalam minyak yang panas dengan api yang 
     perlahan sehingga kekuningan.
5.  Angkat dan tos kan boleh lah di hidangkan.


MERATAH PUN SODAPPPPP





JANGAN tunggu lama-lama tau buat jangan tak buat benda sedap ni rugiiiii
Kak Noor dah merasa anda bila lagi???
HAHAHA..



ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu, hari ni Iman jalan kat rumah opah angkat kat Brunei ni, opah ni boleh dikatakan kakak angkat jugaklah, sebab sama-sama merantau tempat orang, jadi bila ada geng yang sama senasib jadi baik lah macam adik beradik sendiri rasa nya. Jadi hari ni IMan jenjalan kesini umah opah Ani sebab kak Ani asal nya dair Perak.



KEMAIN lagi Iman bergaya sakan haha..



Ada-ada saja aksi Iman ni




Akhirnya senyum jugak Iman dengan cameraman  haha..



Kakak Dayang geram sangat dengan IMan sampai kena cubit pipi nya.. 



Ini lah Opah Ani Iman baru balik dari majlis kawin dah lama kat Brunei tahun 70an lagi dia datang Brunei , ALHAMDULILLAH kak noor di temukan dengan mereka yang baik-baik disini, dah macam family lah pulak.
Oklah serba sedikit kisah hari ni ya, jumpa lagi di next entry..

 ASSALAMUALAIKUM  dan selamat malam untuk semua nya ya, perasan tak asal malam je mesti nak update blog, asal update blog sebelah malam je berkesempatan kan, bukan senang kan jadi menteri ni banyak kerja-kerja wajib sunat kena didulukan, mengupdate blog entah dalam list yang ke berapa entahlah, tapi dah berangan-angan hari-hari nak mengupate blog, tak mau miss konon lah tu.....

Sebenarnya entry hari ni just nak wish kan HAPPY BIRTHDAY untuk Pak Haji sebelah tu, dah setengah abad lebih dah, semoga ALLAH memberkati umur yang panjang, badan yang sihat walafiat, dan di murahkan rezeki yang halal amin ya robbal alamin




 SSSSSSHHHHHH  nampak sebaya tak?? sebeno nya umur Mak Haji & dan Pak Haji ni sama tahun tau hahaha, cuma beza bulan je, apa-apa pun mesti lah lelaki lebih tua kan heee..

Esuk 9.2.2014 birthday nya, tapi disebabkan esuk banyak agenda dari pagi memang tak sempat nak masuk ofis ni, so daripada takde baik lah ada awal beberapa jam, kira ok lah daripada takde langsung kan, cukup sampai disini dulu ya babai dan  jumpa lagi di lain entry...

GUDNITE...



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua adinda-adinda kak Noor, semoga sihat walafiat hendaknya ya, menu hari ni simple lagi ni, sebab kalau kak Noor punya resepi memang yang simple dimple je, dah tua-tua ni malas nak buat yang complicated kecuali kalau ada yang request baru lah turun padang awal, sebab kak Noor memang tak suka kelam kabut kalau buat kerja mesti merancang, kalau nak makan esuk, malam ni dah start ni haha, ada tak orang pesen akak ni agak-agak lah, kalau ada 
ANGKAT TANGAN TAU...

JOM CEK RESEPI JOM!!!



BAHAN NYA
10 biji meat ball
1/2 biji capsicum kuning dadu 
1/2 biji capsicum hijau dadu
1/2 biji timun taiwan dadu
1 biji bawang besar di hiris
1 inci halia hiris
3 ulas bawang putih cincang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos Thailand
sedikit cili flakes optional
sedikit air, minyak, garam dan gula


CARA NYA
1.  Panaskan kuali, masukan sedikit minyak tumis lah bawang putih dan halia sehingga   
     kekuningan.
2.  Masukan meatball dan goreng lah sehingga meatball lembut.
3.  Tambahkan sos cili, sos Thailand dan sos tiram jugak bawang besar, kacau rata.
4.  Kalau perlu tambahkan sedikit air untuk yang suka berkuah.
5.  Masukan garam, gula,  capsicum dan timun gaul rata bersama dengan meatball.
6.  Tutup api dan boleh lah dihidangkan dengan nasi putih.




BOLEH jugak dihidangkan bersama dengan nasi tumis atau nasi minyak, sedapppp dengan rasa masam-masam manis, rasa nya tak payah lauk lain dah lengkap dan ceria kan dengan bermacam-macam warna warni...





ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam, hari ni kak Noor takde yang special just nak kongsikan menu pembuka selera yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan, apa lagi kalau bukan sambal belacan dan kuncu-kuncu dia tu..




Bahan Sambal
10 biji cilipadi merah direbus 
1 inci belacan bakar
1 sudu air asam jawa
2 biji limau kasturi  di perah ambil air
garam & gula secukup rasa

Cara membuatnya
1. Kisar cilipadi dan belacan sehingga separuh hancur.
2. Tambahkan dengan air asam jawa, air limau, garam dan gula.
3. Kacau rata, sambal belacan sedia untuk di hidangkan dengan the gang.
4. Gang sambal ni antara nya ialah,  daun selom, daun beluntas, daun sambong nyawa, daun petai belalang, buah petai belalang, daun ulam raja, salad dan timun sebab ada yang tak gemo ulaman kampong.



Ulaman kampong ni sebenarnya memang di tanam sendiri di rumah, fresh mresh nak makan kutip saja kat luar rumah.


INI  Iman cucu kak Noor, baru 4 bulan setengah, dah tak mau baring-baring lagi, belum boleh meniarap pun, merangkak pun belum jugak, tapi dah nak duduk lah pulak, dan tak mau orang pegang, nak duduk sendiri-sendiri haha, baby-baby zaman sekarang ni cepat sungguh perkembangan depa ni kan, tak kisahlah tu, asalkan perkembangan yang sihat kira orait lah tu kan, senang maktok takyah dukong lagi suruh je duduk hee..

OKlah ya kisah Iman hari ni, jumpa lagi di lain entry..
BABAIIIIIIIIII...




ASSALAMUALAIKUM  dan selamat malam adik-adik kak Noor semua, semoga sihat walafiat ya, sebelum tidur jom tengok Rvc kak Noor dulu jom!!! mana tau ada yang berhajat nak buat esuk lusa,  Kak Noor buat Rvc ni pun sempena birthday anak kak Noor yang sulung esuk, walaupun tuan yang punya berada jauh di UK tapi dan tak dapat makan, tapi kesian punya pasal, kak Noor buat lah jugak, orang lain dapat makan kan heee sedih campur gumbira sebab tak lama lagi jugak anak akak akan habis PhD nya, INSYA ALLAH bulan Jun nanti balik for good lah.

Esuk kamis 6 hb February birthday Faizah anak sulung
Ahad 9 hb February birthday Pak Haji Naim my darling haha
Jadi Rvc Cinnamon Rolls Heart ni kira nya 2 in 1 lah


Red Velvet Cinnamon Rolls Heart
Resepi doh
Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar gula
  • 1½ sudu besar active dry yeast
  • 1 cawan air suam
  • 2 ounces (57g) food colouring warna merah ( boleh kurang )
  • ¼ cawan melted butter suam
  • ¼ cawan minyak
  • 3 cawan all-purpose flour
  • 3 sudu besar unsweetened cocoa powder
  • 1 sudu teh garam
  • ½ cawan Nutella (untuk spread)

Cara-cara:
  1. Campur semua bahan seperti gula, yeast, air suam, food coloring, butter dan minyak. Biarkan sekejap dalam 5 minit.
  2. Ayak tepung, cocoa powder dan garam. Campur ½ cawan campuran tepung ke dalam bahan basah tadi pastu campur lagi ½ cawan sampai habis, gaul sampai mesra everytime campur tepung. Uli doh lebihkurang 10 minit.
  3. Letakkan doh dalam mangkuk yang diletakkan sedikit minyak, tutup dengan tuala selama 30 minit atau sampai sizenya double.
  4. Preheat oven kepada 190⁰C. Roll doh tadi jadi segi empat tepat (tempat menggulung dibubuh tepung) Panjangnya biar dalam 1 kaki (30 cm) atau ikut kesesuaian sendiri. Spread Nutella diatas doh.
  5. Potong doh menjadi jalur-jalur panjang (dalam 1 inci). Gulung kedua-dua tepi doh sehingga bertemu di tengah, cubit sedikit bahagian bawah doh  supaya menjadi bentuk heart.
  6. Letakkan rolls tadi di atas tray yg di letakkan minyak. Biarkan sekejap selama 5 minit. Bakar dalam 190⁰C selama 9-11 minit. Frost dengan cream cheese.

Resepi cream cheese frosting
Bahan-bahan:
  • 227g softened cream cheese
  • ½ cawan softened butter
  • 1 sudu teh vanilla extract
  • 3 cawan gula icing (powdered sugar)

Cara-cara:
Pukul semua bahan seperti cream cheese, butter dengan vanilla. Campurkan gula icing sikit demi sedikit dan pukul sehingga lembut. Spread diatas cinnamon rolls (boleh tambah Nutella atasnya kalau mau)



Memang boring jugak makan kek setiap kali birthday jadi kak Noor hanya buat Rvc ni je heee, memang sedap sebab guna nutella dan warna nya menarik kan..











INI pulak di atas kerajinan Mama Iman, Maisarah anak ke2 kak Noor yang sukarela membuat Ombre aiskrim kek ni, biasa lah first time tentu ada cacat cela nya kan, jangan pandang yg tak ok, pandang dari jauh tau hahaha....


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam, terus ke resepi ya hahaha, hari ni hari paling busy, macam-macam kerja kena di bereskan ontime, jadi makan pun ala- ala simple gitu lah, tak payah banyak lauk kalau yang bercheese macam ni anak-anak suka sangat.

Jom tengok resepi kalau ada yang bekenan boleh terus buat esuk, sebab memang mudah pun hanya perlu BAKOOOO JE...


BAHAN-BAHANNYA
1 1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh cili flakes
1/4 sudu teh lada hitam kisar
2 cawan cheese cheddar parut
450 gm sosej di potong kecil
1/2 biji bawang besar di cincang
3 sudu besar mentega cair

CARA NYA

1.  Panaskan oven 200'C, letakkan baking paper didalam loyang dan ketepikan.
2.  Dalam mangkok besar, campurkan semua bahan seperti tepung, baking powder, garam, cili            flakes dan lada hitam, gaul rata.
3.  Masukan cheese, sosej, bawang besar dan mentega cair, gaul sehingga adunan sebati.
4.  Bulat-bulatkan adunan, letakkan di atas baking paper dan bakar selama 25-30 minit.
5.  Sausage cheesy bites sedia untuk di hidangkan di waktu panas-panas..





UNTUK yang tak ramai kat rumah tu elok lah separuh je resepi ni, sebab kalau ikut satu resepi agak banyak lah, kami yang berlima ni pun dapat 2x makan, itu pun kira meratah lah jugak tu, memang sedapppp sangat kalau ber cheese macam ni, boleh try kalau ada anak-anak sekolah kat rumah pasti depa kata YUMMMYYYYYYYY... HEHHEE..


ASSALAMUALAIKUM  semua nya, aduh hari ni memang terlalu busy dengan macam-macam tugasan, tapi dah berazam mesti nak update jugak blog kalau boleh everyday lah, hahaha angan-angan memang tinggi menggunung, tapi tengok lah kalau tercapai syukur alhamdulillah, kalau tak pun jadi angan-angan Mat Jenin je kot kan hahahaa....

Hari ni kak Noor nak kongsi kan resepi coklat yang sangat sedap, sebab bahan-bahan nya macam-macam jenis coklat dan buah-an kering, memang lazat sangat, jom tengok resepi, tak susah sebenarnya nak buat kalau semua bahan dah cukup, jom sekodeng resepi yuk!!!





Chocolate Kiss

Bahan-bahanya
2 cawan coklat chip
½ cawan kuaci
½ cawan jagus
½ cawan badam
½ cawan walnut
¼ cawan kelapa kering
¼ cawan apricot kering
¼ cawan cranberries kering
¼ cawan blueberries kering

Cara membuatnya
1.    Panggang kuaci, jagus,badam,walnut lebihkurang 10 minit.
2.    Cairkan coklat chip dengan cara double boil sehingga hancur.
3.    Campurkan semua kekacang dan buah-buahan kering dalam coklat.
4.    Kacau sebati, sudu kan dalam kertas minyak dan sejukkan dalam petiais selama 1 jam.
5.    Coklat kiss sedia untuk di nikmati.





KAK NOOR makan memang tak cukup satu, nak dua tiga empat, hahaha, siapa hantu coklat dan kacang memang chocolate kiss ni THE BESTTTTTTTT...
JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA TAU INI RESEPI OVERSEA  MANTOPPP!!!



ASSALAMUALAIKUM  dan salam tengahari untuk semua adik-adik, hari ni memang tak kemana-mana lepak-lepak kat rumah suatu yang sangat best sekali, sambil makan minum sesuka hati, dan hari ni ada sorang lagi anak kak Noor, yang rajin memasak, akak cuma sedia kan bahan, dan dia lah yang masak, not bad lah jugakkan, resepi ni dia sekodeng dari buku Aroma, yang di tulis oleh CT DELIMA, MAT GEBU pun ada jugak buat resepi ni, dan ramai lagi rasa nya yang telah mencuba, thanks untuk semua yang berkongsi resepi sedap ni, dan kak Noor pun ingin letakkan di blog kak Noor jugak rujukan anak-anak yang lain.




Bahan-bahan 
1 ekor  ayam dipotong kecil, cuci bersih dan toskan
2 sudu besar minyak 
3 ulas bawang putih di titik bersama kulit
1 sudu besar  halia cincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
4-5  sudu besar madu
sedikit lada hitam kisar

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan ayam gaul rata dan masak dengan api sederhana selama 5 - 6 minit.
2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap dan tutup kuali. Kacau sekali sekala hingga kepak ayam kelihatan bersalut, masak kurang lebih 15 minit. Biar hingga pekat dan warnanya bertukar perang keemasan. Angkat dan hidangkan...

MEMANG SEDAP SANGAT STICKY CARAMEL CHICKEN NI, TAK PERCAYA MESTI KENA CUBA TAU!!!

KAK NOOR LETAKKAN SIKIT BIJAN UNTUK MENCANTIKKAN SI HITAM MANIS NI HAHAA



HARI NI TAKDE KEPAK, NEXT TIME NAK KENA CARI KEPAK BARU BEST TERBANG SAMBIL MAKAN-MAKAN HAHAHAAA...

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home