All About

Good Food


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semua nya, menu ni yang semalam kak Noor masak, tak sempat nak update biasa lah dah jaga cucu ni masa pun sangat terhad, tapi dah minat memasak apo nak di kato, walaupun letih macamana mesti nak masak jugak.

Jom tengok resepi nya tak susah pun sebenar nya.



Bahan-bahan:
Patin Masak Lemak Pegaga
  •   1 ekor ikan patin dibersih kan dan dipotong
  • 1 batang serai diketuk
  •   secekak daun pegaga 
  • 2 biji terung ulam
  • 1 kotak kecil santan 
  •  2 asam keping
  •  air atau secukupnya 
  • Garam dan sedikit gula


Bahan A
§  1 inci kunyit hidup
§  10 biji cili padi
§  3 biji cili hidup
§  1 inci halia

Cara membuat:

1.    Kesemua bahan A di blender kasar
2.    Masukan bahan kisar dan serai dalam periuk dan masukan setengah kotak santan dan air dan masak biar mendidih
3.    Masukan asam keping, terung, garam dan air kacau rata.
4.    Sudah mendidih barulah dimasukan ikan, tutup tudung periuk biarkan ikan masak.
5.   Masukan separuh lagi santan kacau perlahan-lahan supaya ikan tak mudah pecah dan hancur
6.  Masukan pegaga dan hanya kacau biar rata boleh lah di angkat.
6.    Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas




SELAMAT MENCUBA WAHAI ADINDA SEMUA, RASA NYA YANG ANAKADA MESTI TAK RAMAI YANG SUKA NI KAN..

ASSALAMUALAIKUM dan salam manis untuk semua nya.
Hari ni akak nak jamu dengan brownies yang sedap jom tengok resepi, sebenarnya resepi nya akak sekodeng dari pinterest lagi, hari ni rajin translate ke bahasa melayu, tapi resepi asal ada frosting cheese lagi kat atas tu tapi akak rasa dah cukup manis, tak payah lah lagi ber cheese2 lagi, jadi akak tukar kan ke gula icing je kat atas tu, memang lazat sangat..



Bahan nya
15 oz labu yang telah di rebus dan di lenyek
4 biji telur
3/4 cawan minyak
2 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
1 sudu kecil serbuk kayu manis
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam
sedikit icing sugar untuk di tabur


Cara nya
1. Dalam mangkok besar masukan labu yang telah di lenyek, telur, minyak dan esen vanilla.
2. Kacau rata.
3. Masukan bahan-bahan kering dan kacau lagi sehingga sebati.
4. Lengserkan loyang dengan sedikit planta dan lapiskan dengan kertas minyak, masukan 
    adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 40 minit ikut kepanasan oven sendiri ya.
5. Dah keperangan boleh lah di angkat dan hidangkan.




Brownies ni memang sangat lembut dan sedap, anak-anak yang tak suka labu pun boleh kata sedap, sebenarnya kak Noor tak bagitau ada labu, apa lagi anak-anak makan lah haha..




Masih ada ni siapa yang teringin boleh lah ya
Jumpa lagi ya, nak makan brownies jab..





ASSALAMUALAIKUM, hari sunyi sepi dah rumah kak noor, tetamu  yang datang dah balik semua nya, tinggal lah Iman, maktok dan tokwan haha, ni kari semalam masa ramai-ramai tetamu kat rumah yang di masak oleh adinda kak noor, kak Noor cuma ambil gambar je, sesekali makan yang orang lain masak memang sangat sedappp kan, apa lagi bila tengok kari yang merah ni, terbuka terus selera yang suam-suam kuku tu..



Bahan nya
5-6 ketul isi ikan merah dibersihkan
2 cawan santan sederhana pekat
10 biji bendi dibersihkan
2 peket rempah kari 25gm jenama 0
2 biji tomato di belah 4
1 sudu paste asam jawa
sedikit halba campur
daun kari
sedikit minyak untuk menumis
garam secukupnya

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara membuat nya
1.  Panaskan periuk masukan minyak dan tumis lah bahan tumbuk sehingga wangi.
2.  Masukan halba campur dan daun kari, kacau rata.
3.  Dah keluar aroma, masukan bancuhan kari, dan tumis lah sehingga pecah minyak.
4.  Memang agak lama proses ni kena banyak sabar lah ya.
5.  Bila dah pecah minyak, masukan santan, asam jawa, garam dan kacau sehingga mendidih.
6.  Masukan ikan dan tomato dan bendi.
6. Tak perlu lama sangat nanti ikan hancur dan bendi lembik dah tak ranggup tak sedap.
7.  Rasa ikut kesesuaian sendiri, dah cukup rasa boleh lah angkat dan hidangkan .

SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA
CUBA SEKALI PASTI NAK LAGI


ASSALAMUALAIKUM pada semua adik-adik blogger yang sudi singgah sini, nampak nya dah lama jugak akak tak update blog ni sebab kebizian sesangat sekarang ni dengan kedatangan tetamu merangkap sedara, senang cakap adik kak Noor dan anak sedara dari KL dan Kedah ke Brunei Darussalam ni, jadi mesti lah melayan tetamu dulu, baru lah boleh uruskan keperluan kita kan, jadi hari ni akak tunjukkan gambar bersama cucu sebelum tetamu datang ke Brunei ni, singgah solat di masjid Jame' Asr Sultan Hassanal Bolkiah Brunei Darussalam.

Layan gambar saja lah ya, cantik tak masjid ni?? 



Ini pulak gambar Iman cucu kak Noor layan diri ketika orang solat.



Happy Iman dalam masjid dengan senyuman yang manithhhhh..



Maktok dan cucu..



IMan dan tokwan.

Oklah ya cukup setakat ini dulu jumpa lagi di lain entry nunggu tak busy INSYA ALLAH akan update lagi, salam manis tanpa gula dari kak Noor ya.


ASSALAMUALAIKUM  dan selamat malam semuanya, hari ni birthday anak-anak kat umah, memang seharian memasak je sebab biasa lah walaupun takde yang minta tapi sebagai ibu tak best jugak kalau tak masak apa-apa untuk meraikan birthday, jadi dengan rela hati akak buat lah chicken pie je, sebab kata budak-budak ni dah jemu dengan kek je asal birthday kan.
Resepi pie ni sudah ada kat SINI jadi kalau ada yang nak try boleh lah klik ya.


 DONUT ni pulak resepi nya di cari oleh yang empunya birthday ni Madihah atau DIDI, biasa lah anak akak yang sorang memang minat dengan baking dari memasak, jadi ia sekodeng kat 

http://www.browneyedbaker.com/2013/03/06/vanilla-cream-filled-doughnuts/

Memang sedap sangat donut ni lembut nya ya ALLAH memang rasa nya donut  yang paling lembut pernah kak Noor rasa lah, mungkin sebab proses membuat nya agak lama, lepas jadi doh terpaksa masuk petiais selama 6 jam haha untuk bagi naik, tapi memang berbaloii walaupun lama sebab hasil nya sangatttt sedap di tambah dengan cream di dalam nya.

Untuk lebih lanjut bahan-bahan boleh lah sekodeng sendiri ya, dah letih malam nak translate resepi nya hehe


OK LAH selamat malam untuk semua ya jumpa lagi di lain resepi
GUDNITE ALL..


ASSALAMUALAIKUM lately akak terlalu busy dengan macam-macam aktiviti di rumah, menjaga cucu sebab ummi nya dah kerja, jadi maktok lah menguruskan Iman hari-hari, kadang-kadang masak pun simple dimple je, cookies ni anak kak Noor, MADIHAH yang buat sebab dia sedang bercuti, jadi nya dapat lah jugak makan cookies yang sedap ni walaupun busy yang dah takde tahap kan.




RESEPI ni anak kak Noor ambil dari youtube yang sangat mudah, sedap dan cepat.
OK jom kita tengok resepi dulu..

BAHAN-NYA
300 gm gula kaster
200 gm mentega tanpa garam
75 gm serbuk koko
1 biji telur
275 gm tepung naik sendiri
Chocolate hitam secukup nya
Chocolate putih secukupnya

CARA NYA
1.  Panaskan oven pada 180'C
2.  Potong coklat putih agak-agak lah besar mana cookies kita ya.
3.  Campurkan semua bahan, kecuali coklat putih dan jadikan doh.
4.  Bulatkan sebesar bola golf, masukan coklat putih di tengah nya, bulatkan kembali.
5.  Kemudian leperkan, dan buatlah sehingga habis adunan.
6.  Bakar lah lebihkurang 10 minit dan sedia dihidangkan.
7.  Cookies ni memang agak gooey lah yang agak lembut tapi sedappp.




KALAU kita makan masa baru keluarkan dari oven memang sedapp coklat putih tu akan cair begitu jugak coklat hitam memang enakkkkkk bangat, tapi kalau di biarkan lama dan cookies dah sejuk coklat putih tu dah tak cair lagi tapi masih sedapppp cuma agak keraslah.


KALAU nak tau memang kena cuba sendiri lah
MUDAH CEPAT & SEDAP..


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk yang sudi singgah disini, semoga sihat walafiat dan berbahagia hendaknya disamping family tersayang ya..




HARI ni kak Noor nak kongsikan resepi mudah dan cepat lagi sedap, tak sampai 15 minit daripada penyedian bahan dah boleh makan, senang kan?? Teringat je nak makan mesti dapat makan la tu jugak heee dengan ada nya donut maker atau pun cake cop maker ni.  Sebelum ni kak Noor dah post gambar cake pop maker kalau ada yang ter miss boleh klik kat SINI , memang mudah lah lagipun ia nya di bakar tak payah nak goreng-goreng save minyak.

Resepi nya boleh tengok kat bawah ni ya, tapi dalam English lah, tak larat nak translate, tapi rasa nya mudah sangat bahasa yang di gunakan, walaupun dalam English, semua orang pun boleh faham kan..





WHAT YOU WILL NEED...

230 g plain flour
125g caster sugar
1 1/2 tsp baking powder
125g butter melted
180ml milk 
1 egg, lightly beaten
Castor sugar for coating

HOW TO MAKE THEM....

1.  Combine the dry ingredients together in a large bowl.  Whisk together the melted butter, milk and egg in a measuring jug and add to the dry ingredients.  Beat these together until the batter is smooth.

2.  Pre-heat the appliance, grease each mould woth vegetable oil and add enough batter to fill the mould to the brim.  Close the lid and cook for between 4-6 minutes.  The doughnuts should be golden brown and spongy when ready.

3.  Add some caster sugar to a shallow dish, and place the cooked doughnuts into this, shake them around gently to coat the balls evenly with sugar.

4.  If you  would like to inject jam into the centre, place some jam into a heatproof  bowl and microwave for 30 seconds to warm slightly, this makes it easier to inject.
Fill an injector or syringe with  jam and inject a small amount  in the centre of the doughnut.




UNTUK  birthday party anak- anak  memang sesuai sangat ni, di cucuk dengan lidi dan dihidangkan, dan kalau rajin lagi di salut dengan coklat ke, tapi bagi akak yang dah tak berapa muda suka yg polos gini, sedappp.
SELAMAT MENCUBA YA.



ASSALAMUALAIKUM  dan salam sejahtera untuk semua yang sudi singgah disini, tak banyak nak di ceritakan disini, sebab hari ni rasa nya agak happy mendengar kan kabar dari MH370 yang macam ada sedikit harapan SYUKUR ALHAMDULILLAH kehadrat ALLAH kerana memberi petunjuk yang di cari sejak seminggu yang lalu, walaupun masih samar-samar tapi dah cukup membuatkan ahli keluarga penumpang MH370 happy, semoga ada lah kabar-kabar gembira esuk atau lusa nanti.
INSYA ALLAH.



RESEPI hari ni kak noor sekodeng dari blog QASEH HONEY yang teruja tengokgambar-gambar yang menarik, kebetulan pulak dah ada ketam dalam freezer, jadi buat lah memang sedap sangat, sayang nya ketam akak hanya 2 ekor, tapi ok jugak dapat merasa, INSYA ALLAH lepas ni mesti nak buat dua kali ganda lagi supaya lebih puas meratah, terimakasih QH dan izinkan akak kongsikan resepi QH di blog akak ya..




Bahan-bahan:-
·                     3 ekor ketam bunga
·                     10 biji cili api – dihiris ikut kepedasan masing-masing
·                     2 tangkai daun kari
·                     3 sudu besar butter
·                     5 biji telur masin (QH letak 5 biji kuning telur)
·                     2 biji putih telur masin (yang ni QH tambah) 
·                     1 sudu kecil gula
·                     3 sudu besar susu cair (QH guna santan)
·                     2 biji bawang putih - di ketuk
·                     3 sudu besar tepung jagung
·                     garam
·                     serbuk lada sulah secukupnya
·                     minyak masak untuk menggoreng

Caranya
1.        rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan – zila tambah 1 biji bahagian putih telur masin. (QH tambah sebiji lagi putih telur)
2.        bersihkan ketam potong kepada dua bahagian, goreng dengan tepung jagung.
3.        goreng deep fried - asingkan
4.        panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi sampai wangi
5.        masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
6.        Masukkan susu segar, gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya.(susu QH gantikan dengan santan)
7.        Kacau rata, tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih, masukkan ketam kacau rata dansediadihidang.



MEMANG SEDAP BANGATTTTTTTTTTT meratah sepinggan pun habis ni kalau ikut hati
Tapi dah tak muda ni tak boleh ikut hati nanti cepat pergi kan, sekor pun ok lah tu, tapi kalau orang mudo go head je selagi ada selera kan.
JUMPA LAGI INSYA ALLAH.


ASSALAMUALAIKUM
Salam jumaat untuk semua adik-adik blogger dan pengunjung setia blog kak Noor
Perasan lah pulak macam lah ada pengunjung setia kan atau pengunjung sesat termasuk kat sini.
Apa-apa pun semoga kalian sihat walafiat hendaknya disamping tugasan.

Hari ni kakNoor nak kongsikan satu resepi yang baru pertama kali kak Noor buat, iaitu ketupat sotong ni, semalam sangat teruja dengan ketupat sotong yang di buat oleh rakan fb, jadi hari ni kebetulan dah ada sotong, pulut pun dah stanbye je jadi akak rajinkan diri untuk buat ketupat sotong ni., resepi ni akak intai dari blog ORANG GANU sebab resepi ni tak manis jadi fav semua se isi rumah.



LEPAS angkat dari periuk terus posing ketupat ni..




BAHAN NYA
1 kg sotong
400 gram beras pulut rendam 1/2 jam
1 cm halia di hiris
3 biji bawang merah di hiris
1 sudu besar halba
3- 4 cawan santan
sedikit garam dan gula
lidi secukupnya

CARA NYA
1. Bersihkan sotong dan tos sehingga kering air.
2. Kukuskan pulut sehingga naik wap.
3. Gaulkan dengan 1 cawan santan yg telah dicampurkan garam.
4. Gaulkan pulut sehingga sebati dan berminyak.
5.Masukkan pulut anggaran 3/4 badan sotong.
6. Tutup badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong supaya beras pulut tidak terkeluar.
7. Rebus sotong tersebut dengan 1 cawan santan sehingga masak dengan api sederhana.
8. Masukkan lagi 2 cawan santan ,halia, bawang, halba, gula & garam.
9. Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat. 



KALAU ada yang teruja jangan tunggu lama-lama memang sedap dan lazat, rasa nya yang lemak-lemak manis tapi tak terlalu manis macam ketupat palas jugak lah rasa nya tapi ada aroma sotong di situ SEDAPPP .



ASSALAMUALAIKUM dan semoga sihat walafiat hendaknya adik-adik kak noor disamping tugas harian,  disamping tu jangan pernah berhenti untuk kita mendoakan pesawat MH370 supaya ALLAH tunjukkan jalan dan memberi petunjuk untuk menemui pesawat itu.  Sambil-sambil tengok tv untuk dengar cerita MH370 sempat lagi kaknoor masak kebab ayam dan geng nya ni, jom cek resepi  yang agak-agak je ..




BAHAN KEBAB
1 dada ayam di potong kiub
3 biji kentang di potong wedges
beberapa biji ceri tomato
sedikit jintan putih goreng dan kisar
sedikit lada hitam kisar
sedikit serbuk paprika
sedikit minyak zaiton / minyak biasa pun ok
garam dan gula secukupnya

CARA NYA
1.  Gaulkan dada ayam, kentang dan tomato dengan bahan kisar.
2.  Peraplah lebihkurang 1/2 jam.
3.  Gorenglah dengan minyak yang sedikit yang ala-ala panggang gitu.
4.  Tos kan dan cucuk lah pada lidi ikut kreativiti masing-masing.


BAHAN SAMBAL
15 biji cili padi
5 biji cili besar
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
5 biji belimbing buluh
sedikit ikan bilis
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak untuk menggoreng

CARA NYA
1.  Goreng semua bahan sambal sehingga layu.
2. Tos kan dan kisar atau tumbuk
3. Tambahkan garam dan gula
4.  Sedia dihidangkan bersama ulam atau apa-apa gorengan.





BAHAN TEMPE
Tempe secukupnya di hiris nipis

Resepi Tepung Celup
Bahan-bahannya
1 cawan tepung gandum
1 ½ cawan air
1 sudu besar planta
sedikit jintan putih
sedikit ketumbar
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya
1.    Satukan tepung, planta, garam, jintan, ketumbar dan  gula.
2.    Dengan menggunakan whisk masukan air dan pewarna kuning dalam adunan tepung dan kacau rata.
3.    Celupkan pada tempe dan gorenglah sehingga kekuningan dan ranggup.




OKLAH kalau ada yang teringin nak mencuba tak rugi tau berbaloiii, boleh jugak untuk meratah saja memang kenyang tak payah makan nasikk....

SAMPAI disini dulu jumpa lagi ya INSYA ALLAH.

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua yang sudi singgah di blog kak Noor ya,  nama nya orang dapur sehari tak membaking rasa macam se tahun hahaha so hari ni akak membaking lah, resepi nya akak sekodeng dari Pinterest lagi, sebab gambar-gambar dalam pinterest tu membuat akak tak sabaq nak buat semua kek-kek yang ada di sana tu, jadi yang barang-barang ada dalam stok kat umah hari ni hanya Mini Oreo Cheesecake ni.




UNTUK yang  mau sekodeng sendiri boleh lah ke 
http://yummyaddiction.com/mini-oreo-cheesecake-recipe/
BANYAK lagi resepi disini cuba lah jenjalan kalau rajin..

RESEPI ni memang dalam english lah, boleh lah translate sendiri ya, lagipun kalau resepi kek ni memang mudah faham sebab bahasa nya yang selalu kita dengar seharian kan..




Ingredients
Oreo Cookie Crust:
  • 20 Oreos
  • 3 tablespoons unsalted butter, melted
Peanut Butter Cheesecake Filling:
  • 16 oz. (500 g) cream cheese, softened
  • ½ cup (125 g) creamy peanut butter
  • ½ cup (100 g) brown sugar
  • 1 tablespoon all-purpose flour
  • 2 eggs, at room temperature
  • ½ teaspoon vanilla extract
White Chocolate Ganache:
  • 4 oz. (113 g) white chocolate, chopped
  • ¼ cup (60 ml) heavy cream
  • Optional: your favorite topping
Instructions
  1. Preheat the oven to 350 degrees. Line two cupcake pans with 18 paper liners.
  2. For the crust: In a food processor, pulse whole Oreos until they become crumbs. Add in melted butter and pulse until moistened. Press an even amount of Oreo crust into the bottom of each liner. Press down the crust with the back of a spoon. Bake for 5 minutes. Remove from oven and allow to slightly cool while preparing cheesecake filling.
  3. For the filling: In a big bowl, beat together the cream cheese and peanut butter, until smooth, scraping down the sides of the bowl as needed. Add the sugar and flour, and beat on medium speed until combined. Add the eggs, one at a time, beating on low speed after each addition until just combined. Beat in the vanilla extract. Divide cheesecake mixture among cupcake cups filling each cup nearly full. Bake for 20-23 minutes. Don’t over bake. It should be slightly jiggly in the middle. Remove from oven and allow to cool completely at room temperature, at least 1 hour, before adding chocolate ganache.
  4. For the white chocolate ganache: Microwave chopped chocolate in 15-second intervals until chocolate is almost melted. Stir to fully melt and set aside. In a small saucepan, heat heavy cream until just about boiling, stirring constantly. Remove from the heat and pour hot cream over chocolate. Stir to blend well. Allow to cool and thicken.
  5. Spread the ganache evenly over cheesecakes. Top with Oreo chunks, pecans, chocolate sprinkles or your favorite topping. Transfer to the fridge and refrigerate until the ganache is set. Enjoy!



MEMANG lembut dan berkrim kek ni akak sangatttttttttttt suka, tak tau lah adik-adik akak yang lain, bagi akak kalau ada majlis mesti nak buat lagi yang macam ni 
SEDAPPPP...


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam, sambil tengok tv berita terkini pasal pesawat MH370 sempat lagi menulis sepatah dua kata untuk blog, sebab kalau waktu siang memang masa sangat terhad untuk menulis, seharian out station hari ni, banyak urusan yang perlu di settle kan, jadi makan pun ala kadar je hari ni, resepi kak Noor yang sangat-sangat simple hari ni goreng terubok masin.  Terubok masin memang banyak di sebelah Borneo ni, kalau adik-adik blogger nak tau, banyak terubok masin kat rumah ni ada lah hasil dari pemberian kawan-kawan je, rezeki kan buat apa nak tolak, semoga rakan-rakan yang memberi sedekah akan bertambah-tambah lagi rezeki diaorang.



RESEPI ni memang ter sangat lah mudah, tapi rasa nya aduhhh kalau kena dengan sambal belacan memang terlarisss ni terubuk goreng ni., jom tengok resepi dulu ya

BAHAN NYA
1 ekor ikan terubuk masin di potong kecil dan di rendam 10 minit / tos kan
1 biji bawang besar di hiris
1 biji cili merah di hiris
2-3 biji limau kasturi 
sedikit minyak masak.

CARA NYA
1.  Panaskan kuali masukan minyak dan goreng lah ikan terubuk yang telah di tos kan.
2.  Goreng lah sehingga kekuningan dan garing angkat dan tos kan.
3.  Goreng bawang besar di dalam lebihan minyak ikan tadi sehingga layu, masukan cili hiris.
4.  Dah layu boleh lah di angkat di curahkan di atas ikan terubuk dan di perah limau.
5.  Sangat sedap dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan.

WADUHHHHH CAKAP PUN TAK GUNA KALAU ADA TERUBUK NI...




KALAU baru lepas demam ke, time tak lalu nasi ke memang sesuai sangat di hidangkan dengan terubuk masin ni memang tak terjangkau dek akal lah pendekata hahaha...
Jadi apa lagiiiii jom makan lagi sekali nasiiiiii.....



ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu, semoga sihat walafiat hendaknya, latest news lately pasal pesawat MH 370 semoga ALLAH permudahkan urusan mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat, rasa nya seluruh rakyat Malaysia hatta di Brunei ni sekalipun dah maklum kejadian ni, mari lah kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan mereka-mereka yang terlibat....


 BERBALIK pada resepi hari ni kak Noor nak kongsikan resepi waffle  mudah je, bila takde waffle maker sibuk nak beli waffle maker  kan, bila dah ada tu, first time dan dua tiga kali tu memang rajin bebeno nak buat, lepas tu memang sunyi sepi hahaa, hari ni mood mewaffle datang lagi, jom tengok resepi ..





BAHANNYA
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 sudu minyak sayur( minyak biasa pun ok)
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • topping nuttela dan peanut butter, kaya pun ok ikut selera sendiri
  • aiskrim, madu dan syrup apa- apa pun boleh dimakan dengan waffle ni,selera ditangan sendiri ya
CARA NYA
  • Panaskan waffle maker
  • Pukul telur sehingga berbuih dan campurkan semua bahan2 lain dan kacaulah sehingga sebati
  • Tuangkan bancuhan waffle ke dalam waffle maker pastikan tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak, sebab kalau sedikit tak nampak pattern, tapi kalau banyak melimpah ruah susah pulak comot jadinya, jadi ikut arahan yang ada diwaffle maker masing-masing ya
  • Buatlah sehingga habis adunan dan hidangkan dengan toping kegemaran.



PADA adik - adik blogger semua agak nya apa breakfast hari minggu ni ya, ada yang sama dengan kak Noor tak???? mesti besttt kalau ada yang sama sehati sejiwa gitu kan..


ASSALAMUALAIKUM dan salam jumaat yang mulia untuk semua adik-adik bloggers
SEMOGA semua nya sihat walafiat hendaknya .
HARI NI nak kongsikan resepi baked potatoes yang ala simple-simple gitu dan sempena 2 tahun blog yang tak seberapa ni kan heee, ALHAMDULILLAH dengan ada nya blog mudah rasa nya nak merujuk masakan fav se isi keluarga, terimkasih jugak kak Noor ucapkan pada semua yang sudi berkunjung ke blog kak Noor dan meninggalkan komen-komen indah untuk di baca, cuma kekadang kesuntukan masa kak Noor tak dapat nak melawat balas kesemua blog...

Bila dah teringin nak makan kalau kak Noor memang nak buat masa tu jugak, nasib baik ada kentang, cuma nya kurang besar, tapi sebab bahan lain dah ada maka nya jadi lah baked potatoes yang comey-comey  ni, dalam gambar agak besar tapi sebeno nya kecik je pun haha tak dapat nak letak banyak-banyak cheese..




RESEPI BAKED POTATOES

BAHAN NYA
6 biji kentang yang besar
3 keping burger ayam goreng
1/2 cawan cheese mozarella
sedikit cili flakes *optional
1/2 biji bawang besar dadu kecil
secukupnya brokoli *nak letak sayur lain pun ok
sedikit planta

garam dan sedikit gula


CARA NYA
1.  Cuci bersih kentang bersama kulit nya dan rebus setengah masak, tos kan.
2.  Celurkan brokoli dan tos kan.
3.  Belah kentang yang di rebus, keluarkan isi nya dan ketepikan.
4.  Tumiskan bawang besar bersama planta sehingga kekuningan.
5.  Masukan burger ayam yang telah di hiris kecil bersama cili flakes, garam dan gula.
6.  Kacau sebati, tambahkan brokoli dan sedikit cheese.
7.  Masukan bahan inti dalam kentang, tambahkan dengan cheese, lebihkan cheese lagi sedap.
8.  Bakar selama 15 minit dengan kepanasan 150'C sehingga cheese cair.






SEDAPPPP dimakan waktu panas-panas bersama sos atau begitu saja





OKLAH sampai disini dulu jumpa lagi esuk lusa ya...

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home