All About

Good Food



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua yang masih sudi singgah di blog kak Noor yang sunyi sepi sejak kebelakangan ni, sangat busy dengan macam-macam acara, yang latest ke PWTC dari BRUNEI DARUSSALAM ni, nasib baik ada rumah anak sedara kat Cheras jadi takyah lah dok hotel ya dapat jumpa family jugak sambil ronda-ronda KL..

ALHAMDULILLAH AKHIRNYA buku masak kak Noor yang pertama dah keluar dan sekarang masih di jual di Pwtc sehingga 4hb Mei nanti, kak Noor pergi hari ke2 ke pesta buku tu alhamdulillah dan banyak jugak di angkut untuk bawa balik ke Brunei ni untuk warga Brunei Darussalam.

 Ini lah buku nya Kompilasi Menu Tengahari 
Ada 60 resepi di dalam nya.


 Antara yang datang memberi sokongan moral dari  Kedah
Kekanda dan Adinda ku


 Wah kemain lagi tuan punya buku ni kan, maklum lah tak pernah terfikir nak buat buku pun selama dok fb sekadar suka suki bubuh gambar masakan je hari-hari, tapi dah rezeki dan ada yang berminat 
ALHAMDULILLAH syukur kepada ALLAH.


 Inilah Puan Sri Diah  Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf yang bertanggung jawab dan sudi menyunting kak Noor untuk buat buku, ALHAMDULILLAH setelah 6 bulan jugak bertungkus lumus menghasilkan resepi dan mengambil gambar akhirnyaaaa kini pasti...



Saat gumbira bersama mereka yang banyak memberi sokongan moral.
Pada yang sudi boleh lah mencari buku kak noor di Pwtc ya semasa masih berlangsung pesta buku sehingga 4 hb Mei ni.

Untuk warga Brunei boleh lah dapat kan terus dari kak Noor kalau ada yang terbekenan, rasa nya untuk hadiahkan pada yang baru kawin sangat sesuai, kerana ada menu seharian masakan tenghari, boleh lah whatsapp ke nombor kak Noor 8739160



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua yang sudi singgah sini, hari ni kak noor nak kongsikan resepi dari anak kak Noor, Madihah yang sangat rajin membaking, asal ada masa sikit dan tak banyak homework mesti dia nak baking apa- apa, tinggal 2 bulan lagi anakada mama sekolah. lepas tu dah nak ambik exam Alevel, dan cuti 3 bulan mesti kak noor dapat goyang kaki sikit nanti sebab ada tukang baking kat rumah hahaha...

Kalau ada yang nak intai resepi bolehlah baca kat bawah ni ya, tapi sorry ya kalau budak-budak punya resepi mesti nak cari yang omputih, jadi pandai2 translate lah ya, alah mudah je pun..





Ingredients:
((Chocolate Cupcakes))
100g (3.5oz.) chocolate
150ml heavy whipping cream (fresh cream) *chilled
2 eggs *room temperature
100g (3.5oz.) granulated sugar
180g (6.3oz.) cake flour
1/2 tsp. baking powder
((Decoration))
100g (3.5oz.) chocolate
sprinkles of your choice

Directions:
((Chocolate Cupcakes))
1. Place the chocolate (broken into pieces) in a bowl. Melt the chocolate in a double boiler over hot water (60C/140F). Leave to cool slightly but not harden.
2. Place the chilled heavy whipping cream in a bowl. Whip the cream with an electric mixer until it forms a stiff peak.
3. In a different bowl, place eggs and sugar. Then beat them with an electric mixer until white and fluffy.
4. Add the cream (2.) into the egg mixture (3.), and mix well with a wire whisk.
5. Then add the chocolate (1.) and mix well with a wire whisk.
6. Sift in flour and baking powder. Gently mix with a wire whisk or a spatula until combined.
7. Preheat the oven to 180C (350F).
8. Spoon the mixture into the cups up to 80% full. Bake at 180C (350F) for 20-25 minutes.
9. Place the cakes on a wire rack to cool completely.
((Decoration))
1. Place the chocolate (broken into pieces) in a bowl. Melt the chocolate in a double boiler over hot water (60C/140F). Leave to cool slightly but not harden.
2. Spread the chocolate on top of the cupcakes using a spoon. Then finish with sprinkles of your choice.



Jom ad ayang nak merasa sila lah makan masa panas-panas memang mengasyikan sangat, di samping secawan kopi or tea.



ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu untuk semua nya ya, hari ni hari cuti masa untuk berehat dan bersantai-santai, masak pun ala kadar saja lah, mesti ada yang coti masak hari ni kan, kalau boleh semua nak order dan makanan dah terhidang di depan mata. Resepi akak hari ni pun agak simple dimple je main rebus - rebus je, jom tengok resepi, sebelum tu tak lupa terimakasih pada KAK NOR SECUBIT GARAM kak noor sekodeng dari blog Kak Nor ni dan izinkan kak Noor letak kat blog jugak untuk rujukan teman-teman dan anak-anak ya.





KERABU JANTUNG PISANG
resipi asal Sheila Rusly
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang) 
Bahan A:
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 sm belacan siap dibakar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji lada hitam

*Tumbuk semua bahan A hingga lumat

Bahan B:
1/2 biji jantung pisang awak- saiz besar, kalau kecik guna 1 biji ye..
- buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam berwarna cerah.
1 biji tomato dihiris nipis
1/2 labu bawang besar dihiris nipis
1 ekor ikan senangin/ kembung/ sardin- gaul garam dan kunyit dan goreng separa garing (resepi asal ikan kembung direbus)- ambil isinya sahaja dan carikkan dengan tangan.
2 sudu besar santan pekat/ pati santan
1 biji limau nipis- diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
Didihkan air dalam periuk.
Jantung pisang dibelah 2 dan dicuci dengan air.
Rebus jantung pisang selama 15 minit. Angkat dan toskan.
Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan Bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B.
Gaul rata dan rasa masin dan manisnya. Jika cukup, bolehlah dihidangkan.
Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki sebelum dihidang lagi....

*** tips sedap: kerabu memang selalunya lebih enak jika terasa kepedasannya, tapi bagi yang 'perut nipis'boleh gantikan cili padi dengan cili merah atau kurangkan jumlahnya....

***kerabu ni boleh dimakan dengan nasi putih tanpa lauk lain kerana telah ada isi ikan di dalamnya.



Kak Noor suka meratah kalau kerabu macam ni, sebelum makan nasi ratah dulu kerabu dah hampir kenyang baru makan nasi, jadi nasi kita tak ambil banyak sangat kan, tapi kan didalam kerabu tu ada santan jadi 2x5 5x2 jugak kan hahaha



ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya.
SEBENARNYA dah lama kak noor nak buat telur bungkus ni dok berangan je tak jugak buat nya, jadi hari ni merajinkan diri buat telur bungkus, sekodeng dari resepi IBUNDO 
Lately Ibundo dah lama tak nampak update blog kan, ada sesiapa perasan tak? kalau ada yang tau kongsikan ya rindu lah dengan Ibundo/Kak Pah ni..

Kalau ikut kak Pah dia guna telur puyuh, tapi kak Noor dah tak sabar nak buat jdi guna telur ayam je tulah agak beso gabak tu tapi puas hati makan haha..




Bahan:20 biji telur puyuh direbus dan buanglah kulitnya kak noor guna telur ayam je
400 gm daging cincang ramli.1/2 biji bawang besar1 sudu kecil lada hitam1 biji telursedikit serbuk stok ayam/dagingsedikit garam 1 sudu besar tepung gandum1 tangkai daun sup dicincang halus halus.


Campurkan kesemua bahan di atas. Ambil sekepal daging dan leperkan di tapak tangan.  Masukkan telur di dalamnya dan bungkus kemas. Pastikan daging yang membaluti telur tidak terlalu nipis. Nanti bila digoreng habis terbukak, menangis tak berlagu pula nanti.Buat seperti itu sehingga habis.


Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. 




SELAMAT MENCUBA ya untuk adik-adik akak memang sedap ni
rasa daging dan telur bersatu ..

ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua nya.
Hari ni kak Noor nak kongsikan resepi mudah yang dah lama tak buat dan tak makan, sesekali makan kuih lama ni best jugak, lagipun selera sekarang dah berubah, nak yang pesen lama lah pulak, al maklum umur dah bertambah jadi selera pun dah bertukar jugak.
Resepi ni akak cari - cari je kat internet terbekenan kat resepi dari blog LAMAN SUTERA ni, akak minta izin letak kat blog akak ya dik.





Bahan-bahannya:
(A)
1. Tepung gandum ~ 1 setengah cawan
2. Tepung jagung/sagu ~ Setengah cawan
3. Gula merah ~ 2 cawan
4. Garam halus ~ Suku camca kecil
5. Air ~ 4-5 cawan atau secukupnya (ikut lembut)
6. Kapur makan (bancuh dengan sedikit air) ~ Suku camca teh
(B)
1. Garam halus ~ Secukupnya
2. Kelapa muda ~ diparut (putih sahaja) untuk hiasan dan penambah rasa

Cara membuatnya:
1- Campurkan kesemua bahan (A) ke dalam bekas kecuali air dan kapur.
2- Tuang air sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan hingga sebati dengan pemukul telur. Masukkan air kapur, kacau lagi.
3- Tapiskan bancuhan tadi ke dalam jug plastik supaya mudah untuk dituang ke dalam acuan (kecil).
4- Tuang bancuhan ke dalam acuan kecil yang telah disapukan sedikit minyak.kaknoor guna loyang je.
5- Kukus selama 15-20 minit. Sebaik sahaja dikeluarkan dari pengukus, segera tuangkan lebihan air dari atas kuih sekiranya ada.
6- Sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
7- Hidangkan bersama bahan (B) (yang telah digaul rata) mengikut cara anda.



LOMPANG ni anak-anak tak suka sangat, yalah kalau kuih takde mentega tkde coklat memang tolak tepi lah, tapi kalau selera orang tua memang suka yang pesen ni, ada kelapa, takde telur, selera di tangan sendiri kan up to diri masing-masing lah..

 ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang, hari ni kak noor nak show cili scotch bonnet ni yang dah tumbuh dan berbuah, alhamdulillah walaupun tak lah sebanyak mana tapi dah happy bangat dengan hasil tanaman sendiri, lagipun benih nya dari jauhhh di UK pesan dengan anak-anak suruh beli cili ni bawa balik dan biji nya simpan, untuk ditanam.



 AGAK lama jugak ni nak tumbuh sampai gini, start tabur benih masa ujung bulan 12 tahun lepas, takut tak tumbuh sebab benih dari tempat sejuk, tapi kak Noor tanam di belakang rumah yang terlindung matahari., akhir nya my scotch bonnet jadi jugak buah nya, ni belum masak lagi, masih hijau sayang je nak try, kabar nya walaupun hijo cili ni tetap pedasss giler.



JANGAN  salah anggap pulak sebab cili ni lebihkurang macam buah jambu air jugak.



SANGAT pedas giler cili ni akak buat sambal belacan terpaksa letak gula lebih..



ORANG JAUH jamu mata saja ya..


ADA yang bekenan tak dengan cili ni, akak ada pos kan kat Fb ada sorang celebrity yang teringinkan cili ni hehee insya allah dah masak nanti boleh lah di pos kan.



ASSALAMUALAIKUM dan salam rabu untuk semua,  macaron ni aktiviti semalam di masa terluang lagipun ada lebihan putih telur jadi dari kak Noor merajinkan diri buat macaron ni.  Mesti  ada yang tak berani nak buat macaron, sebenarnya macaron ni mesti selalu praktis baru lah menjadi, dulu-dulu kak Noor buat memang lah teruk jugak, kadang-kadang oven pun memainkan peranan jugak kalau kita sendiri tak faham oven kita, kalau oven kak Noor sekarang ni guna api atas 100'C dan api bawah 120'C sahaja, tapi kalau oven lama agak tinggi 150'C atas dan bawah. Jadi pandai-pandai lah kita adjust dan fahami oven masing-masing insya ALLAH menjadi cuba lah.





Macaron

Bahan-bahanya
80 gm putih telur ( lebihkurang 2 biji telur gred A )
65 gm gula kastor
80 gm serbuk almond
140 gm gula icing
Pewarna kegemaran

Cara membuatnya

1.    Satukan serbuk almond dan gula icing kemudian ayak dan ketepikan.
2.    Dalam bekas lain pukul putih telur hingga kembang, kemudian masukan gula kastor sedikit demi sedikit, putar hingga adunan kental dan bertanduk.
3.    Untuk testing terbalikkan mangkuk kalau adunan tak jatuh bermakna dah cukup kental dan perlu berhenti pukul.
4.    Masukan ¼ daripada campuran serbuk almond dan gula icing kedalam adunan telur, kaup balik kan dengan menggunakan spatula.
5.    Buatlah sehingga habis campuran almond dan gula icing, kemudian boleh lah di letakkan warna kegemaran.
6.    Kemudian masukan adunan dalam piping bag.
7.    Buatkan lubang di hujungnya dan picitkan diatas bulatan kertas minyak yang disediakan, atau kalau dah ada mould macaroon ni boleh picitkan terus sehingga habis adunan di atas mould tadi.
8.    Rehatkan macaroon selama 30 – 40 minit supaya kering bahagian atas dan tak melekat di jari bila di sentuh.
9.    Panaskan oven 150’C bakarlah macaroon selama 15 – 20 minit.
10. Sejukan dan letakkan ganache kegemaran.




Caramel
3 sudu besar sirap
1 1/2 cawan gula caster
2/3 cawan heavy cream
3/4 sudu kecil garam
2 sudu besar butter tanpa garam

Cara nya
1.  Panaskan sirap sehingga mendidih, dan perlahan-lahan masukan gula, kacau sehingga hancur.
2.  Kacau lagi sehingga keperangan, masukan heavy cream sedikit demi sedikit, kacau rata.
3.  Pindahkan dari api dan masukan butter kacau sejukan dan boleh lah di letakkan di dalam macaron.



OK sampai disini dulu ya INSYA ALLAH jumpa algi di lain entri babaiiiiiii
Jangan takut nak macaron tau senang saja bah hehehe..



ASSALAMUALAIKUM  dan salam manis utk semua nya yang masih berkunjung ke blog akak, sorry bangat lately memang susah sangat nak berjalan ronda-ronda ke blog lain sebab full time menjaga cucu, ada masa sikit lari ke dapur, lepas tu gitu gini biasa lah dah letih, masa cucu tidur maktok turut jugak sleep hahaha..

Resepi ni pun yang simple dimple sebab kurang sihat sangat sejak orang kampong balik, jadi cari menu utk pembuka selera, jom tengok resepi yuk..




BAHAN NYA
1/2 cawan bilis goreng
1/2 biji bawang besar hiris
5 biji cili padi hiris
2 biji cili besar hiris
1 biji tomato hiris
sedikit garam dan gula
isi petai secukup nya
sedikit minyak utk menumis

CARA NYA
Panaskan kuali, masukan bawang besar tumis sehingga wangi dan  layu, tambahkan dengan cili besar dan cili padi, tomato kacau rata.  Masukan ikan bilis yang di goreng tambahkan sedikit garam dan gula.  Masukan petai kacau dan boleh lah di angkat sebab nanti petai layu tak cantik.

SEDIA UNTUK DI HIDANGKAN BERSAMA NASI PANAS.



MENU NI MEMANG NAMPAK SIMPLE TAPI RASA NYA MEMANG KALAH AYAM DAN DAGING KAN..

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home