All About

Good Food


ASSALAMUALAIKUM dan salam manis tanpa gula dari kaknoor untuk semua pengunjung blog kaknoor yang seadanya ini, hari ni kaknoor nak kongsikan resepi yang sangat simple, rasa nya ramai pun  yang dah tau tapi rasa nya setiap orang tak sama cara persembahan sambal kuini ini, mengikut citarasa sendiri, kalau style kak noor nak ada masin2 sikit dengan ikan bilis goreng kat atas, memang sedap lah tak lah terasa lembik dengan kuini ada jugak dapat di gigit dengan bilis tu kan hahaha, selamat mencuba untuk yang sudi ya..



BAHANNYA
2 biji buah kuini masak
7 biji cilipadi merah dan hijau
1 sudu kecil belacan bakar
2 sudu besar ikan bilis goreng
garam dan gula secukupnya


CARANYA
1.  Buah kuini di kupas dan di potong kecil.
2.  Tumbuk cilipadi dan belacan bakar sehingga lumat atau pecah2 saja pun ok.
3.  Gaulkan buah kuini dan cili tumbuk, tambahkan dengan garam dan gula sehingga sesuai rasa nya.
4.  Masukan dalam pinggan dan taburkan dengan ikan bilis goreng.
5.  Sedia untuk dihidangkan.





KALAU takde kuini mangga yang sedang2 masak pun ok jugak di buat macam ni, cuma nya kurang wangi sikit lah, kalau kuini serumah pun dah wangi, ok lah ya selamat malam dan selamat bercuti untuk Malaysian sebab dah cuti sekolah, bagi kami kat Brunei ni belum cuti lagi, jadi aktiviti masih macam biasa lah...



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua yang sudi singgah di blog kak Noor, hari ni anak kak Noor teringin nak makan cookies, dia cari kan resepi dalam internet, akak buat saja kebetulan semua bahan-bahan dah ada, kesian jugak sebab dia sekarang sedang exam A level, jadi apa saja permintaan nak makan memang mama ikut kan, dah habis exam nanti belakang kira lah hahaha...





BAHAN NYA
1 cawan mentega tanpa garam
400 gm tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking soda
1/4 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
1 biji telur
1 biji telur kuning
2 sudu besar susu segar
1 1/2 esen vanila
1 cawan M & M


CARA NYA
1.  Cairkan mentega dan ketepikan.
2.  Ayak tepung, garam dan baking soda dalam mangkok besar.
3.  Pukul mentega dan gula sehingga sebati, masukan campuran telur, susu dan vanilla dengan kelajuan sederhana.
4.  Masukan campuran tepung sedikit demi sedikit, kemudian masukan separuh daripada M&M, kacau rata.
5.  Masukan doh di dalam petiais selama 1 jam.
6.  Panaskan oven 150 'C atas dan bawah.
7.  Skopkan adunan di atas dulang yang telah di lapik kertas minyak.
8. Bakar selama 15 minit, keluarkan dan letakkan lebihan M&M di atas cookies.
9. Sejukkan dan boleh lah menjamu selera.

JANGAN TAK TAU COOKIES NI MEMANG CANTIK DAN SEDAP LAGI, SIAPA YANG ADA ANAK-ANAK YANG BERUMUR DALAM 3-4 TAHUN TU FAV GILER NI, HATTA ORANG TUA PUN SUKAAAAA, JADI JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA UNTUK MENCUBA COOKIES NI.




Nampak tak yang tomey - tomey kat atas, tuan umah dengan rileks nya memakan cookies yang sedap ni, adik-adik semua bila lagi????



OK SELAMAT MALAM YA, KAK NOOR NAK MAKAN BENDA SEDAP NI 
HEHEHEE...


ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang, petang ni agak rajin sikit, belek-belek resepi dan ronda-ronda blog IZAHDAUT ternampak resepi roti ni macam sedappp je, bahan-bahan semua dah ada jadi apa lagi selepas cucunda Iman tido maktok pun bersilat lah kat dapur, dan ini lah hasil nya memang sedap sangat, anak-anak cakap sedap, bos pun cakap sedap dan of coz lah tukang masak pun happy dan semestinya sedap jugak kata tukang masak haha, untuk adinda IZAHDAUT izinkan akak letakkan resepi Izah kat blog kak noor jugak utk rujukan anak-anak dan kenkawan terimakasih banyak-banyak Izah.




ROTI SARANG LEBAH
resepi: Lydia Honey
by: Izahdaut


DOH✏️
2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de izah ganti buttermilk
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.��
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..��
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. ��
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.



NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.




BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .

Untuk adik-adik yang belum pernah buat boleh lah tengok di blog Izah yang ada step-step nya kaknoor kurang rajin sikit macam orang muda, ambik gambar yang patut je hehehe, tapi cornfirm sedappp roti ni rugi siapa yg tak cuba..



Rasa nya memang tak sampai malam ni roti ni hahaha


Tekstur nya sangat lembut dan aduhh susah nak cakap memang sedap lah...
Jadi selamat mencuba pada yg suka meroti tu ya...
Gerenti habis punya sekali hadap je..


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam, baru ada kesempatan untuk mengupdate blog ni, dah suam-suam kuku dah blog ni dek kerana kebizian yang melampau, resepi hari ni yang jarang dimasak, tapi sesekali tukar selera pulak lah ya, daripada terung kari, terung sambal, kali ni kak noor buat terung sumbat, tak susah sangat pun cuma sikit rumit lah, tapi yang rumit tu lah yang sedap kan, jom tengok resepiii...





Stuffed Aubergine ( Terung Sumbat )

Bahan-bahannya
4 biji terung yang agak besar
1 biji capsicum hijau didadu
1 biji tomato didadu
5 biji cilipadi di hiris
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang
2 sudu cili sos
1 sudu lada hitam di tumbuk
Cheese mozzarella secukupnya
Sedikit minyak dan perasa

Cara memasaknya
1.    Panaskan oven pada suhu 220’C
2.    Belah terung menjadi setengah secara memanjang, korek isi terung, tinggalkan sedikit yang melekat pada terung.
3.    Sapu sedikit minyak pada dalaman kulit terung, taburkan garam dan lada hitam, tutup dengan foil dan bakar selama 20 minit.
4.    Potong kecil isi terung yang di keluarkan tadi.
5.    Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, masukan isi terung dan kacau sehingga lembut.
6.    Masukan capsicum, cili potong dan cili sos, tambahkan perisa dan masukan cheese, kacau sehingga pekat dan tutup api.
7.    Masukan bahan goreng kedalam kulit terung, taburkan cheese parut, renjis sikit dengan minyak dan bakar selama 15-20 minit lagi sehingga cheese cair.
8.    Terung sumbat dah sedia untuk di hidangkan.



ESUK cuti boleh lah intai-intai petiais kalau ada terung  boleh lah buat macam ni sedappp tau di ratah begitu saja atau dimakan dengan nasi, tukar selera mata biru pulak...



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam jumaat untuk semua nya.
Malam jumaat seperti biasa nya, selepas lakukan yang wajib dan sunat pasti nak menjenguh rumah ke3 ni haha, pertama of coz rumah reality kita kan, kedua rumah fb, ketiga rumah blog dan ke empat rumah ig, hahhaha berapa banyak rumah daaaaa.., kadang-kadang sampai tak terkejar kalau nak masuk semua rumah2 tu, naik semput juga maktok ni..

Resepi ni dah lama jugak akak buat ingat minggu lepas kot, yalah macam-macam tugas dok menunggu hari-hari jadi nak tulis entri blog pun asyik tertangguh saja, malam ni dapatlah langsaikan tulis resepi ni, walaupun sebenarnya makanan nya dah takde..







UBIKAYU KUKUS TRAFFIC LIGHT

Bahan nya
1  1/2 cawan ubikayu yang sudah di parut, perahkan air nya.
1 peket santan serbuk
1/2 cawan gula atau 3/4 cawan gula merah
3 sudu tepung ubi
1 sudu margerin
secubit garam
kelapa parut secukupnya
pewarna merah kuning dan hijau


Cara nya
1.  Masukan semua bahan dalam besen besar kecuali kelapa parut, gaul sebati.
2.  Untuk lebih halus boleh jugak di kisar semua bahan tu.
3.  Bahagikan kepada 3 bahagian, warna kan.
4.  Lengserkan dulang dengan margerin, dan tuangkan setiap warna di dalam nya.
5.  Panaskan kukusan dan kukuslah sehingga masak lebihkurang 20 - 30 minit.
6.  Sejukan dan potong gaulkan dengan kelapa .
7.  Pastikan kelapa dah di campur sedikit garam.
8.  Hidangkan sangat sedap dimakan bersama dengan secawan nescafee kaw kaw.



SELAMAT MENCUBA PADA ADIK-ADIK YANG BELUM PERNAH BUAT.
YANG DAH BUAT DAN MAKAN MEMANG NAK BUAT LAGI KAN.

SALAM JUMAAT SEMUA NYA YAAA...

ASSALAMUALAIKUM dan  apa kabar agak nya adik-adik blogger semua ya, lately kak Noor memang sangat busy dengan macam-macam program dan tempahan makanan, sampaikan masa untuk ber blog pun agak terhad, mana lagi nak menguruskan cucunda sorang tu, tapi walau apa pun memasak memang tak boleh di abai kan hari-hari cuma ada kala nya tak sempat nak ambik gambar dan menulis, so terlepas lah satu menu haha, tapi hari ni ada sedikit waktu dapat kongsikan masakan ni yang jarang sangat dapat makan, kebetulan korek-korek petiais ternampak telur ikan terubuk masin yang dah lama beli tapi belum sempat di masak, kebetulan pulak ada nangka muda di beli oleh Pak Haji, jadi Mak Hajah pun tak tunggu lama terus terpikir nak masak lemak dengan telur ikan tu...

Jom semak resepi mana tau kalau adik-adik jugak ada telur ikan terubuk yang belum di masak boleh tiru macam kak Noor jom!!




BAHAN NYA
200 gm nangka muda di rebus sekejab
220 ml santan / 1 kotak
1 keping asam keping
Sepasang telur ikan terubuk masin di rendam
5 biji cili padi
2 biji cili merah
4 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
garam, gula dan air secukupnya

CARA NYA
1.   Cili padi, cili merah, bawang merah dan halia di tumbuk kasar.
2.   Serai di ketuk, dan masukan dalam periuk bersama bahan tumbuk.
3.   Tambahkan separuh daripada santan dan secukupnya air dan masaklah sehingga mendidih.
4.   Masukan asam keping, nangka dan telur ikan.
5.   Tambahkan air, garam dan gula secukupnya, masak lah sehingga mendidihkan dan mesra.
6.   Akhir sekali tambahkan lebihan santan tadi kacau sekejab dan angkat.

MASAK LEMAK PERLU DI KACAU SELALU SUPAYA SANTAN TAK PECAH MINYAK, KALAU SANTAN DAH PECAH MINYAK MEMANG TAK CANTIK MASAK LEMAK OK.




Sedap dimakan dengan nasi yang panas-panas.



Selamat mencuba untuk adik-adik semua ya, tapi kalau makan nangka ni pada  yang tak tahan akan kembung perut, jadi petua nya kena letak halia dalam masakan nangka jadi ok lah tu kan, boleh letak banyak-banyak pada yang suka dan takut kembung perut, tapi bagi kak Noor biar lah kembung perut asalkan kenyang perut ya tak!!!!


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam adinda-adinda kak noor di alam maya ni , sebenarnya dah lama akak teringin nak buat tart nutella ni, memandangkan kerja yang tak pernah habis-habis jadi hari ni  akak baking lah lagi, tekak nak makan yang manis-manis layan je, resepi ni pulak akak ternampak dalam Pinterest macam senang je, macam sedap je, tapi cornfirm
SENANG  &  SEDAP

JOM tengok bahan-bahan nya dulu




BAHAN-BAHAN NYA
150 gm tepung gandum
25 gm gula icing
70 gm mentega sejuk
1 biji telur di pukul dulu
1/2 sudu esen vanilla
nutella secukupnya

CARA NYA
1.  Gaul tepung dan gula icing masukan mentega yang telur, kacau sehingga jadi seolah-olah macam serbuk roti.
2.  Tuangkan esen vanilla dan masukan telur sedikit demi sedikit, seeloknya telur di pukul dahulu.
3.  Gaul sehingga menjadi doh dan perapkan sekejab.
4.  Untuk membuat bentuknya, masukan sedikit-sedikit adunan dalam acuan mini muffin, tekankan dan buatlah sehingga habis adunan.
5. Bakar pada suhu 150'C  selama 25 minit kemudian sejukkan.
6. Masukan nutella dalam piping beg dan picitkan lah di dalam tart tadi.
7. Sedia untuk di hidangkan, atau jika suka sejuk boleh lah di masukkan dalam petiais selama 15 minit .
8. Memang sangat sedap tart ni sebab bila kita letak dalam acuan mini muffin tu, crust nya agak tebal jadi sangat sesuai dengan nutella yang agak banyak jadi balance lah.




SELAMAT MENCUBA UNTUK ADIK-ADIK SEMUA
PADA MASA NI SEMUA NYA DAH LICIN SEBAB DAH KENA KEBAS OLEH ANAK2
SABO JE LAH ESUK BUAT LAGI HAHA....



ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu untuk semua nya, selamat bersantai dengan family tersayang, bagi yang ada cucu macam kak noor takde lain yang dapat disantaikan melainkan santai dengan cucunda Iman ni je, hari ni hari minggu cuti tulis resepi tapi makan tetap makan cuma agak malesssss sekali nak menulis, layan gambar Iman saja lah ya, tengok aksi cucunda ni, susah sangat nak suruh senyum nak  ambik gambar, boleh dikatakan semua gambar nya serius bebenooooo kan, dan kalau ada senyum pun sikittt saja.


 Muka wara' hehe


 Mata kuyu ngantuksss


 Sedapnya korek telinga haha


 Awww macam seksi je Iman ni kan


Dari sudut mana pun Iman maintain seriusssss layan je lah

OKLAH hari ni memang takde banyak nak di cerita sebab mood semua ke laut dan nak bersantai tapi ada hati nak menulis blog hahah, babai semua 
HAPPY SUNDAYY...


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya, aduhhhhhhhhhh lama nya kak noor tak singgah blog, dah bersawang rasa nya ni, seminggu lebih tak menjenguk, tak tau lah dimana salah nya macam malasssssss je kan, nak menulis adinda semua tau tak apa ubat untuk merajinkan diri ber blog ni haha, kalau ada yang nak kongsikan dengan kak Noor please!!!! kalau ada vitamen untuk rajin mahu lah kak Noor ni.

Berbalik pada resepi hari ni kak Noor nak kongsikan resepi masakan yang sangat famous di sebelah utara Malaysia, orang-orang negeri Kedah mesti dah tau sangat dengan masak cuka ikan kayu ni, ada jugak yang masak untuk majlis kawin sebab dah jemu dengan ayam dan daging, jadi diaorang ubah ke Ikan Masak cuka  ni, jom semak resepi, memang sedap kalau lidah utara, tak tau pulak selera adinda semua, mesti cuba lah kalau nak tau sedap ke tidak kan...






Ikan Tongkol Masak Cuka dengan Kacang Panjang
Bahan-bahan:

§  1 ekor ikan tongkol dipotong kecil digaul garam dan kunyit dan digoreng
§  5 urat kacang panjang dipotong lebihkurang 2 inci
§  7 ulas bawang merah dihiris tebal
§  5 ulas bawang putih dibelah dua
§  1 inci halia dihiris kecil memanjang
§  ½  sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
§  ½ sudu jintan manis ditumbuk kasar
§  ½ sudu jintan putih tumbuk kasar
§  2 sudu cuka atau lebih
§  2 cawan air atau lebih
§  4-5 biji cili hijau dibelah
§  ½ sudu biji sawi
§  ½ sudu kunyit serbuk
§  Garam gula dan minyak


Cara membuat:

1.    Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia kacau biar sampai wangi .
2.    Masukan bahan tumbuk, kunyit, biji sawi kacau sekejab sampai biji sawi wangi bolehlah masukan cuka, air,garam dan gula dan ikan tongkol yang siap digoreng tadi dan masaklah sampai mendidih.
3.    Kemudian masukan kacang panjang dan cili hijau. Masak cuka ni rasanya ada masam-masam manis sikit gitu.
4.    Sedap disediakan sehari awal baru rasa nya lebih meresap dan sedap.




Kalau ada yang bingong nak masak apa untuk esuk NAH!!!! cuba lah try masak cuka ni ya mesti nak lagi dan lagi lagi hehee, angkat bakul lah pulak maktok ni kan kan...
Ok babaiiiii tata titi tutu..

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home