All About

Good Food


ASSALAMUALAIKUM dan salam ramadhan yang ke2 untuk hari ni, mesti dah santai sikit hari ni dah second day ni, berbanding hari pertama, first day memang ikut je anak-anak nak makan lagipun sesekali layan saja lah kan, jom tengok resepi yang mudah je, janji Arab mari kan..



UNTUK yang nak merujuk resepi bolehlah ke SINI cuma yang ni di tambah kambing je sebab ada yang teringin kambing, bulan puasa ikut je lah selera anak-anak janji happy dan menolong di dapur.  Memang agak lambat di sediakan nasi ni, banyak songeh, tapi kalau ramai yang nak makan, mama yang memasak tak terasa kesongehan nya tu haha..




YANG NI dessert pisang coklat, akibat selalu dok tengok gambar2 di pinterest jadi teringin jugak nak buat menu ni, sangat senang cuma di potong pisang dan salutkan dengan coklat dan apa yang ada kat umah badam ke, breakcrumbs dan apa saja kekacang, lepas tu simpan di frezer biar keras, dah nak berbuka boleh lah keluarkan, memang sedapp tapi jangan biarkan lama di luar ia akan cepat cair.



PISANG madu elok di guna kan untuk buat dessert ni sebab lebih manis dan di tambah dengan coklat dan kekacang memang double-double sedapp, boleh try siapa yang sudi.




SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA UNTUK SEMUA,  DAN JANGAN LUPA TERAWEH, BAGI KAK NOOR TAHUN NI TERAWEH DI RUMAH SAJA SEBAB DAH ADA DUA IMAM, LAGIPUN KALAU KAT MASJID MESTI TERCUNGAP-CUNGAP SANGAT LAJU SPEED KAT MASJID HAHA, TAPI KALAU SOLAT KAT UMAH BOLEH LAH RILEKS SIKIT KITA SENDIRI YANG ADJUST IMAM SURUH SLOW-SLOW..

ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semuanya, sebelum tidur sempat lagi maktok ni update blog, resepi ni di buat petang tadi oleh anakanda Madihah yang sedang bercuti sekarang ni, alhamdulillah lately kaknoor dah boleh makan dessert dari anak-anak, oklah kan dapat jugak berehat dari membaking hanya tumpukan memasak je...

Resepi waffle kali ni agak berlainan dari biasa sebab ada letak minyak masak, jadi waffle nya lebih ranggup dan sedap, akak suka, makan begitu saja tanpa filling apa-apa pun dah sedap, kalau letak filling lagi memang lah cepat larisss, jom semak resepi dulu..




BAHAN NYA
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan susu segar
1/2 cawan minyak sayur
1 sudu besar gula
4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla

CARA NYA
1.  Pukul telur sehingga kembang, campurkan tepung, susu, minyak, gula, baking powder, garam dan vanila.
2.  Campurkan esen vanilla dan kacau rata.
3.  Panaskan waffle maker, sapukan sedikit minyak dan tuangkan secukupnya adunan batter.
4.  Masaklah sehingga 2-3 minit sehingga keperangan, angkat dan hidangkan bersama filling kegemaran.
5.  Disini kaknoor letakkan filling nutella, peanut butter dan icing sugar.
6.  Waffle ni rasa nya lebih ranggup daripada biasa dan sangat sedap.







OKLAH sampai disini dulu untuk hari ni, jangan lupa bangun sahur esuk pagi tau, lepas ni dah boleh beradu supaya esuk pagi tak terlajak tidur, selamat malam semua.
SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA YA.



ASSALAMUALAIKUM dan salam di akhir-akhir syaaban untuk semua nya dari bumi BRUNEI DARUSSALAM, esuk dah nak tengok anak bulan, entah nampak ke tidak anak bulan,  apa-apa pun selamat beribadah lah untuk semua di bulan yang mulia ni, kalau sempat yang sunat-sunat tu boleh lah tambah-tambah mana yang patut, semoga ALLAH temukan kita dengan ramadhan yang mulia ni INSYA ALLAH.



Yaa Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dan tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku ... Wahai ALLAH  sekalian alam!!
Dan ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.





Yaa Allah! Dekatkanlah aku kepada keredhoan-MU dan jauhkanlah aku dan kemurkaan serta balasan-MU. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dad semua Pengasih!!




Yaa Allah! Tanamkanlah dalam diniku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah dalam diniku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-MU dan api neraka dengan pertolongan-MU, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan.



ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi untuk sesiapa yang sudi singgah blog kaknoor yang macam biskut ni, hari ni kaknoor nak kongsikan resepi brownies yang lazat yang telah di buat oleh anakanda kaknoor Madihah yang sangat rajin membaking berbanding dengan yang lain, pantang ada masa terluang, lagipun sekarang ni sedang menunggu result Alevel, 2 bulan duduk rumah memang kaknoor dapat santai sikit dari membaking hahaha ambik kesempatan yang rajin ni, bila lagi nanti dah sekolah semula, mana tau ada rezeki dapat terbang jauhhhhhhhhh nun di negeri snow dah tak dapat nak merasa dah.

Berbalik pada resepi ni kaknoor sekodeng blog ABM yang macam-macam resepi boleh di rujuk, thanks ABM ya akak letakkan resepi ABM kat sini jugak untuk rujukan anak-anak dan kenkawan yang lain.



CARA CARA
(loyang 10 inci x 8 inci)

110g chocolate bar - dipotong kecil
1/2 cawan butter
1 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1/4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan pretzel yg dihancurkan kasar
beberapa pretzel utk dibubuh atas brownies







CARA CARA
1. Gunakan kaedah double boiler, cairkan coklat dan butter didalam mangkuk tahan haba. Bila dah cair, alihkan daripada double boiler dan biarkan sejuk disuhu bilik.
2. Masukkan gula dan vanilla kedalam adunan coklat. Kacau sebati. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.
3. Tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam hendaklah diayak sekali. Kemudian, masukkan kedalam adunan coklat dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula pretzel yang dihancurkan tadi kedalam adunan dan gaul sebati.
4. Tuang kedalam loyang dan ratakan. Susun pretzel diatas adunan dan tekan sedikit pretzel tersebut. Bakar didalam oven 180c selama 30 minit atau sehingga pretzel masak. Bila dicucuk dengan lidi, tiada adunan yang basah melekat pada lidi tersebut.
5. Sejukkan sepenuhnya disuhu bilik barulah dipotong.




OK selamat mencuba untuk adik-adik semua ya tak rugi mencuba ni memang lazattttt, dan cantik jugak bila nampak pretzel kat atas brownies tu kan..



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam, hari ni kaknoor nak kongsikan resepi donut yang sangat lembut dan sedap, dah lama buat tapi tak sempat nak update, baru hari ni berkesempatan update sebab dah ada dalam draf, begitulah sibuk nya tugasan seorang surirumah aka maktok dengan seorang cucu., memasak donut ni pun menunggu cucu tidur dulu baru dapat di lepaskan hajat dihati haha, jom tengok resepi yang akak sekodeng dari blog JINTANMANIS, izinkan akak kongsikan jugak diblog kak noor ya.



DONUT KENTANG
Sumber resepi : rosmarlina @ jintanmanis

BAHAN NYA
250 gm tepung gandum
80 gm kentang yang di rebus dan di lenyek
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur di pukul
80 ml susu segar
1 1/2 sudu marjerin
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil yis

CARA NYA
1.  Masukan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
2.  Pastikan doh betul-betul lembut dan tidak terlalu lembik, uli selama 8-10 minit.
3.  Perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik dan biarkan doh naik 2x ganda selama 40 minit.
4.  Kemudian tumbuk-tumbukkan supaya keluar angin, gelekkan di papan pencanai dan terapkan.
5.  Biarkan donut naik lagi 2x ganda kemudian gorenglah dengan minyak yang panas sehingga kuning.
6.  Salutkan dengan gula icing atau coklat.
7.  Donut kentang dah boleh di nikmati.



MEMANG sedap di makan donut ketika masih suam-suam kuku tu sebiji memang tak cukup.



TAK RUGI mencuba resepi ni, adik-adik yang lain bila lagi?? 
RAMADHAN dan hampir boleh buat untuk juadah berbuka ni, fresh dari dapur sendiri, taklah asyik ke bazar ramadhan saja setiap hari kan, belum tentu sedap lagi...

ASSALAMUALAIKUM dan salam malam minggu untuk siapa saja yang sudi singgah blog kak noor, terimakasih banyak kerana masih sudi jenjalan sini walaupun kadangkala kaknoor tak sempat nak melawat ke blog adik2 semua, insya allah bila berkesempatan akak akan melawat ya., hari ni akak nak kongsikan resepi yang biasa saja pun, cheesecake tapi menggunakan tepung optima iaitu tepung khusus untuk kek span, memang mudah lah buat cheesecake dengan menggunakan tepung ni compare tepung yang biasa., apa-apa pun tak kisah lah ya janji happy je, rasa nya pun lebihkurang jugak lah dengan tepung yang biasa tu., lagipun nak cepat macam-macam nak sediakan untuk anak-anak terpaksa cari resepi yang simple dimple sikit, janji anak-anak kata SEDAPPPPP OKLAH TU..

Boleh cek resepi di bawah ni ya..





Bahan2nya untuk Kek Span
12 oz  or 325 gm tepung optima
6 oz  or 175 gm mentega
5 biji telur gred A
2 oz or 50 gm air sejuk dari petiais
sedikit esen vanilla

Semua bahan2 diatas dimasukkan dalam mixer dan dipukul sehingga gebu dan putih 
Masukan dalam loyang 10" x 10" nak bakar lah didalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 220'C  selama 30 minit  dah masak di potong 2
Boleh jugak menggunakan loyang 8" x 8" tapi mesti 2 loyang lah untuk buat dua lapisan.
Dah masak sejukan sekejab
Tapi yang ni akak gunakan loyang bulat je
Bahan untuk cream cheese
125 gm cream cheese Philadilphia
375 gm susu segar atau susu cair
35 gm gula 
40 gm tepung jagung
1/2 buku cheese cheddar diparut boleh jugak dikurangkan

Campurkan sedikit air kedalam tepung jagung dan gaullah sehingga sebati,masukan susu dan gula dan kacau sehingga sebati masak di atas api dengan api yang perlahan sehingga pekat
Angkat dan tutup api masukan cream cheese dan gaul  sehingga rata..
Lapislah kek span tu dengan cream cheese,letakkan kek span lagi sekali dan cream cheese dan akhirnya taburkan cheese cheddar yang telah di parut
Masukkan dalam petiais supaya mudah untuk memotong dan lebih sedap dimakan sejuk




ASSALAMUALAIKUM  dan salam jumaat untuk semua nya, agak nya masak apa adinda-adinda kaknoor hari ni ya, disini hanya ini yang dihidangkan, biasa lah orang melayu tak dapat di pisahkan dari masak lemak ni, sehinggakan  hubby yang bukan dari keturunan melayu pun dah jatuh cintan cintun dengan masak lemak ni, hebat kan!!!! resepi nya tak lah susah sangat pun campak-campak je , jom sekodeng resepi yuk...



BAHAN NYA
1 ekor ikan tongkol besar dipotong ikut suka
Cuci bersih gaulkan dengan kunyit hidup yg ditumbuk, goreng dan ketepikan.
2 cawan santan
1 keping asam keping
2 batang serai di titik
1 biji tomato di belah 4
garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK
7 biji cilipadi
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
2 biji buah keras

CARA MEMASAK NYA
1.  Masukan bahan tumbuk dalam periuk, tambahkan 1 cawan santan, serai dan asam keping.
2.  Didihkan dengan menggunakan api yang kecil dan di kacau selalu supaya tak pecah minyak.
3.  Masukan garam dan gula jugak ikan bersama lebihan santan, masak sehingga mendidih.
4.  Bila dah cukup rasa boleh lah diangkat dan masukan tomato potong.




TOMATO menambahkan rasa masam dalam masak lemak ni dan sangat sedap digandingkan dengan ikan tongkol, tak percaya kena buat sendiri.



SELAMAT MEMASAK UNTUK SEMUA PEMINAT MASAK LEMAK
YANG PASTI NASI BERTAMBAH KALAU ADA MENU NI..



Assalamualaikum dan selamat malam, hari ni kak noor nak kongsikan resepi yang jarang sangat kita buat, sebab kat sini jarang jugak jumpa buah munggai ni, tak tau kat tempat lain sebut buah apa, tapi kalau versi utara memang buah munggai lah di sebut, kebetulan baru ni akak ternampak buah ni kat supermarket, memang akak tak lepaskan peluang, walaupun harga nya agak mahaiii, tapi dah teringin punya pasaiii layan je selera orang-orang lama ni, anak-anak memang tak makan benda ni, untung kan mama boleh makan sorang hahaha..




BAHAN NYA 
7 biji cili padi 
3 ulas bawang merah 
5 tangkai buah munggai ( dibuang kulit kerasnya)
2 cawan santan pekat 
1 cawan air
1 keping asam gelugur
1 batang serai  di ketuk
garam dan gula secukup rasa

CARA NYA

1.  Mesin kasar cilipadi, udang kering dan bawang merah.
2.  Masukkan serai, 1 cawan santan dan bahan mesin ke dalam periuk dan masaklah sehingga mendidih bersama sedikit air.
3.  Masukkan juga buah munggai bersama asam,garam dan sedikit gula.
4.  Bila dah lembut buah munggai tambahkan dengan lebihan santan dan air dan renihkan dengan api yang kecil supaya tak pecah minyak.
5.  Dah secukup rasa boleh lah di angkat dan dihidangkan.




SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA.
BUAH NI DI HISAP TAU BIJI YANG DI DALAM SEBAB DI LUAR TU AGAK KERAS, SUSAH NAK EXPLAIN HANYA YANG RETI MAKAN SAJA DAPAT MENAFSIRKAN.

ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang untuk semua pengunjung blog kaknoor yang tak sepertinya pun, hari ni ada lebih masa sikit rajinkan diri mencoklatkan pretzel, lagipun mudah je kan, salut je,ikut apa yang ada kat umah, buat pertama kali ni hanya ni je yang ada cukuplah untuk anak-anak merasa kesedapan dan keranggupan pretzel ni..



BAHAN nya hanya coklat bar yang di panaskan secara double boil dan sedikit aksesori apa2 yang kita suka, manik thousand island, serbuk almond ke.. pretzel ni memang dah ready made di beli kat KL masa akak kesana baru, sebab kat Brunei ni memang takde..




JUST celup je pretzel kat dalam coklat, kemudian salutkan dengan fav benda kat luar tu, lepas tu keringkan, dan boleh lah dimakan, memang ranggup dan sedappp



UNTUK orang-orang Brunei yang nak merasa boleh lah pm akak ya!! sementara stok pretzel masih ada..8739160 :)



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua nya.
TERIMAKASIH kerana sudi singgah di blog kak noor yang sejuk-sejuk panas ni.
DAH LAMA tak update blog memang busy sangat dengan macam-macam.
MALAM ni rajinkan diri menulis entri apam yang di buat petang tadi.
APAM YANG sangat mudah dan sangat sedap jom tengok resepi yuk!!



RESEPI NI akak sekodeng di blog MATGEBU, dulu akak dah buat apam tapi resepi nya agak lain sikit dan lebih banyak dapat, tapi kalau guna resepi Matgebu ni tak lah susah sangat nak menghabiskan sebab memang sedang-sedang lah untuk family yang kecil, yang suka apam memang cepat je habis nya.





BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir (cm kurangkan 1 camca besar) kaknoor tak kurang pun
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras*
1 cawan tepung gandum*(*gaul dan ayak)
1 camca teh instant yeast (mauripan)
Pewarna makanan pilihan anda (cm guna kuning, hijau, merah)
Kelapa parut putih + secubit garam = gaul rata

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin. Bungkus mangkuk dengan plastik dan perap 3 jam.
  2. Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam, letak pewarna makanan pilihan anda dan kacau rata (cm bagi 4 bahagian, 1 biar warna asal yang lain di tambah dengan hijau, kuning dan merah). Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
  3. Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan kitchen towel yang bersih (tuala 'good morning'). Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut (anda boleh kukus sekejap kelapa parut tadi untuk tahan lebih lama).

JOM MENCUBA untuk yang ada lebihan nasi malam ni boleh lah try ya, jangan membazir nasi, daripada dia sejuk baik lah buat apam kan, SEDAP & LEMBUT MEMANG TERBAIK.


Assalamualaikum pengunjung blog kaknoor semoga sihat walafiat hendaknya, sekarang dah bulan syaaban dan tak lama lagi ramadhan dan syawal, untuk warga Brunei Darussalam yang sudi nak buat tempahan kuih raya boleh lah whatsapp kaknoor ya sebelum tarikh tutup 30 jun nanti.
Tempahan yang lewat maybe susah sikit nak terima lah...

Yang serius nak order boleh whatsapp ke
8739160



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua nya, sejak dua minggu lepas memang kak noor busy dengan semua tempahan ni, tapi alhamduliilah akhir nya siap semua nya, ada yang tak sempat nak snap gambar pun ada jugak, ALHAMDULILLAH rezeki yang ALLAH berikan..

Hari ni layan gambar saja ya takde resepi sebab dah letih, tapi rasa nya semua nya dah di bagi resepi, cuma kena cari lah kat blog kak noor ok, antara tempahan yang melataop sepanjang dua minggu ni adalah
TART NANAS ~ FLORENTINE COOKIES ~ TART BLUEBERRY ~ KARIPAP ~
RAINBOW LIDAH KUCING ~ CREPE DURIAN ~ MACARON.

Berpeluh jugak untuk menghabiskan semua tempahan tu kan, alhamdulillah ada pembantu yang menolong mencuci, kak noor tukang sepah dia tukang cuci heheehe kalau tak mau patah tangan maktok ni kan.









Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home