All About

Good Food



ASSALAMUALAIKUM  dan salam sejahtera untuk semua yan masih sudi berkunjung di blog kaknoor. hari ni kaknoor nak kongsikan resepi sayur kampong yang ada kaknoor tanam di sekitar rumah.  Kalau dulu first time buat ni memang tak banyak daun-daun kayu kaknoor letak, tapi kali ni disebabkan daun tu dah melimpah ruah kat dalam pasu tu, jadi kaknoor pun kutip dan masukkan dalam gulai ni ternyata gulai ni lebih mengancam dan lebih sedap, tapi pada yang tak sukup syarat boleh lah letak apa saja yang ada kat rumah ya, insya allah kita yang buat dia kan pasti lazat jugak kalau cukup asam dan garam nya.





BAHAN NYA

  • Pucuk ubi, pucuk mengkudu,  pucuk kadok, pucuk kemangi, daun kesum, bunga kantan, pucuk bebuas secukupnya, kalau ada terung pipit pun boleh jugak dimasukkan.
  • Sebenarnya yang penting ada adalah pucuk ubi, kadok dan mengkudu, yang lain tu sampingan je, kalau ada lebih sedap, takde pun akan jadi jugak cuma kurang wangi.
  • 5 helai daun limau purut dihiris kecil 
  • 1 batang bunga kantan dihris kecil
  • 10 biji cili padi hijau dan merah *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 sudu besar ketumbar goreng tanpa minyak dan kisar 
  • 1 sudu besar jintan putih goreng & kisar
  • 1 inci kunyit hidup *
  • beberapa keping ikan tahai yang sudah di perisi, atau ikan masin biasa pun boleh
  • 1 cawan santan atau lebih
  • 1 keping asam keping
  • sedikit kerisik
  • garam dan gula secukupnya

CARA NYA

  • Semua pucuk dan daun dihiris kecil  dan direbus untuk menghilangkan pahit nya tu,kecuali kemangi, kesum dan kantan. 
  • Kisar bahan yang bertanda * sehingga hancur dan masukan dalam periuk bersama separuh dari santan tadi dan masaklah sehingga mendidih kena kacau selalu supaya ia tak pecah minyak
  • Masukan daun - daun dan ikan tahai atau masin, ketumbar, jintan putih dan separuh lagi santan, masukan garam, gula, asam keping  dan kerisik dan kacaulah sehingga sebati dan lembut
  • Kalau kurang santan boleh lah ditambah lagi untuk yang suka berair dan berkuah,akhir sekali masukan daun limau purut, daun kemangi, kantan dan kesum  yang telah dihiris halus
  • Masak lah sehingga terbit aroma dan boleh lah ditutup api
  • Ready untuk makan dengan nasi panassss...





ALHAMDULILLAH memang lazat sangat sayur ni diratah begitu pun ok, apa lagi di mkan dengan nasi putih memang terangkat tau i tell u.




Assalamualaikum
Hari ni ada kelebihan ruang untuk mengupdate blog 2x hehe sebab resepi satu ni tersangat lah senang nye, jom kita layan keropok seaweed krup krap bungi dia bila makan
SEDAPPP



BAHAN YANG DI PERLUKAN HANYA

Kulit popia secukupnya
Seaweed yang sudah sedia untuk dimakan
1 biji telur

Cili flakes kalau suka pedas

CARA MEMBUATNYA


1. Pukul telur dengan  sehingga sebati. 
2. Sediakan kulit popia, sapukan telur menggunakan berus keseluruh kulit popia.
3. Susunkan seaweed diatas permukaan kulit popia, taburkan cili flakes sapukan sekali lagi telur di atas kulit popia yang lagi satu, dan lekatkan diatas kulit popia yang ada seaweed tadi. Tekan-tekan bagi rata keseluruhun telur dan kulit popia tadi.  Gunting lah ikut kegemaran masing-masing, tiga segi ke, panjang ke, terpulang selera lah.  Kemudian goreng lah dengan minyak yang banyak guna api yang sederhana, kerana kulit popia mudah hangus dan hitam. Sedia untuk di santap memang sangat sedap jika ada rasa pedas-pedas sikit, sebab yang kurang pedas lambat habis haha...




Dah kenyang jamu mata, jom kita buat lagi sekali sebab yang kaknoor buat ni dah habissss loh, lajuuuu sangat licin eksen kejab ambik gambar pastu lesap dah tinggal balang kosong.
Yang sedap bubuh ciliflakes sikit daripada yang kosong dengan seaweed saja., lepas mesti nak double kan kulit popia dan seaweed baru puas makan.




ASSALAMUALAIKUM 
Salam jumaat untuk semua ya, menu apa agak nya kenkawan hari ni ya, macam biasa disini hari cuti mesti menu berat dari pagi hingga ke petang, alang-alang masak jangan sedikit, mesti banyak supaya tak selalu ke dapur, masak sekali asyik ulang makan aje kan hahaha..







 Sambal Bilis
1 cawan ikan bilis yang sudah digoreng dan ditumbuk halus
3 sudu cili kering kisar
5 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
sedikit belacan
1 sudu air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Caranya
Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan tumbuk sehingga wangi masukan cili kisar
Kacau sehingga cili pecah minyak masukan air asam jawa, belacan, garam dan gula.
Dah secukup rasa masukan ikan bilis goreng tadi
Sedia untuk dihidangkan dengan nasi lemak tadi



 Nasi lemak kuning
3 cawan beras wangi di cuci bersih, masukkan dalam periuk bersama dengan 2 helai daun pandan, sedikit halia dan bawang merah yang dihiris, sedikit garam dan 3 1/2 cawan santan, masaklah macam biasa dalam rice cooker. Bila nasi sudah kering masukkan serbuk safron tutup semula periuk dan biarkan selama 10-15 minit.  Kemudian baru lah di kacau nasi tadi biarlah warna kuningnya sekata.

Pada yang tidak ada safron boleh gunakan kunyit serbuk untuk kuningkan nasi lemak ni tapi mesti masukkan serbuk kunyit bersama-sama dengan santan ya, kalau lambat letak nasi lemak kita akan berbau kunyit yang agak kuat.

Ikan goreng 
3 potong besar di bersihkan
sedikit serbuk jintan manis
sedikit serbuk jintan putih
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa.

Cara
Campurlah semua bahan-bahan ikan, perap lah agak-agak 1/2 jam, gorenglah sehingga garing dan masak dan sedia dihidangkan bersama dengan nasi.

Disini kaknoor tambah goreng ikan tahai bersama dengan sedikit bawang dan cili besar dan ulaman yang masih bersisa dalam petiais ditambah dengan telur mata. Memang lazat sekali, mau bertambah berkali-kali...



Selamat jamu mata ya, kalau jeles kena buat sendiri lah dan rasa kenikmatan nasi lemak kuning safron ni..


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi kamis untuk semua yang sudi singgah di blog kaknoor.
Menu hari ni ada lah ikan lengat menu tradisi orang-orang Kedah, boleh dikatakan menu sihat jugak lah sebab takde minyak, cuma kalau masak macam ni, nasi jadi terlebih makan lah pulak, jadi kolestrol lah pulak kan, apa-apa pun sendiri punya diri pandai-pandai adjust lah, biarlah bersederhana dalam makan ni kan demi menjaga kesihatan.





BAHAN IKAN LENGAT
4 ekor ikan kembung di bersihkan
1/4 cawan air asam jawa
sedikit garam, gula dan kunyit
1 batang serai di ketuk

CARA NYA
Masukkan ikan dalam kuali, susun buat satu barisan hehee, letakkan serai di atas ikan, gaulkan air asam jawa, garam, gula dan kunyit dan siramkan di atas ikan, dan masaklah dengan api yang kecil, kalau perlu tambahkan sikit air dan masaklah sehingga air kering dan ikan lembut.
Sedia dihidangkan bersama air asam.


BAHAN AIR ASAM
2 biji tomato di hiris kecil panjang
6-7 biji cili padi di tumbuk
2 biji cili besar hiris
1/2 biji bawang besar hiris
3 biji limau diperah ambil air
sedikit belacan bakar
garam dan gula sedikit

CARA NYA
Gaulkan semua bahan tambahkan sedikit air, nak sedap gaul dengan tangan sambil di picit-picitkan tomato dan bawang biar lembut, kalau suka boleh tambah kerisik.  Kalau tak suka lemak-lemak dah boleh dimakan air asam tu, sampingan nya boleh gorengkan kangkong yang di potong besar masak sekejab di atas api.



Air asam dan ikan lengat ni memang sedap dimakan dengan nasi putih ditambah sedikit ulaman memang menjadi lah makan nya tu, boleh try kalau tak percaya..


ASSALAMULAIKUM dan salam manis tanpa gula untuk semua nya.
KALAU dah teringin nak makan ketupat tak kira hari apa kan, walaupun takde perayaan apa-apa, tapi sebab terjumpa daun palas baru-baru ni jadi terus terlintas nak buat ketupat, lagipun di Brunei susah nak dapat daun palas, kebetulan jalan-jalan ketamu Tutong baru-baru ni terus lah beli dan esuknya terus buat ketupat hahaha, tak sabar nak makan kan.

Resepi pun taklah susah sangat pun, lagipun anak-anak dah terjumpa serunding jugak kat supermarket jadi nya kaknoor hanya buat kari saja sebab kari memang fav kaknoor untuk makan dengan ketupat ni.




BAHAN NYA

2 cawan beras pulut dan di rendam dua tiga jam

1 1/2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan

Secubit garam  dan sedikit  gula


CARA NYA

1.  Masukan santan dalam periuk atau kuali yang agak besar supaya senang kita mengacau.

2.  Letakkan daun pandan, garam dan gula dan kacau sehingga mendidih.

3.  Bila mendidih masukkan pulut, kacau sehingga santan bersalut dengan pulut dan kering.

4.  Tutup api dan tudung periuk biarkan dalam 15 minit.

5.  Boleh lah di bungkus pulut dengan daun palas.

6.  Bungkus lah sehingga habis daun dan pulut dan rebus semula ketupat.

7.  Pastikan paras  air melebihi sikit paras ketupat.

8.  Rebus lah sehingga air kering dengan api yang sederhana.



BAHAN KARI
1 Kg daging campur urat sikit.
3 sudu besar rempah kari
1 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji tomato dadu
2 cawan santan
2 sudu kerisik
sedikit minyak, garam dan gula

BAHAN TUMIS
sedikit katu manis
bunga cengkih dan lawang
buah pelaga.

CARA NYA.
1.  Panaskan minyak dan tumislah bawang merah,  putih dan halia yang telah di tumbuk, masukan bahan tumis dan kacau sehingga layu bawang nya.

2.   Masukkan rempah kari dan cili kisar yang yang telah di bancuh dengan sedikit air panas, masak sehingga pecah minyak dengan api perlahan.

3.    Masuklah daging campur tadi, kalau perlu masukkan sedikit air, part ni kena lama sikit atas api untuk melembutkan daging tu.

4.     Bila daging telah lembut boleh lah masukkan tomato dadu, garam dan gula sedikit atau ikut citarasa sendiri lah .

5.    Akhir nya masukkan kerisik dan santan dan kacau sebati, dan masak lagi sehingga kuah betul-betul pekat dengan api yang kecil.

6.    Kari daging sedia untuk dihidangkan bersama dengan ketupat palas.








ADA 2 option untuk cicah ketupat ni, anak-anak suka serunding yang di beli saja pun tapi lazatt, dan kak noor suka kari daging, jadi layan lah selera masing-masing, memang sedap layan ketupat di luar waktu perayaan ni 
JOMMM LAYAN YUK...



ASSALAMULAIAKUM dan selamat petang semua nya.
Resepi hari ni yang dah lama tak buat, pegedil bakar, biasa lah kaknoor masak ikut permintaan, sebab tinggal dua orang saja hero dan heroin anak-anak kaknoor jadi tak banyak permintaan, sampai dah tumbuh kentang tu, jadi suruh maid rebuskan kentang ni dah godek-godek jadi lah pegedil bakar ni.
Resepi nya sangat senang just campur-campur je masuk dalam piping bag dan picit je.





BAHAN

8 biji kentang kupas cuci bersih dan rebus lalu tumbuk
200 gram isi ayam atau daging kisar akak masak kejab dalam kuali
daun sup dan bawang dihiris kecil
garam dan lada sulah secukupnya

akak tambah sedikit bawang goreng
cili besar yang dihiris kecil
sedikit serbuk buah pala
tambah gula sikit pun sedapp

Utk buat versi ni akak tambah sedikit susu cair nak kasi lembut supaya senang nak tekan dalam acuan creampuff tu.

Semua bahan2  diatas disatukan dan masukan dalam piping bag yang ada nozel bunga atau bulat dan tekan lah di atas try yang sudah di letakan sedikit planta, dan bakar lah selama 10 ke 15 minit dengan suhu 200'C atau sehingga agak garing lah ..

Pegedil ni anak2 kak Noor ratah je tak makan dengan nasi pun sebab tu lah laju je habis walaupun buat berkilo2 kentang haha


ALHAMDULILLAH pegedil ni cantik dan sedap, lagipun tak payah nak goreng-goreng save minyak dan tenaga kita jugak dok berdiri kat dapor, yang ni terus masuk je ke oven dan tunggu.
Mudah kan masak di blog kak Noor ni haha...



ASSALAMUALAIKUM
Rentetan dari ayam peri-peri yang sangat SEDAPPP & ramai pulak yang share di fb, dari pages Dapur Kak Noor yang  dimasak sebulan lepas hari ni kaknoor nak kongsikan ikan peri-peri, boleh lah guna ikan apa kegemaran masing-masing, disini kaknoor guna ikan talapia sebab sangat jatuh cinta dengan ikan ni, lagipun isi nya lebih lembut, semua bahan nya sama saja denga ayam peri-peri cuma tukar ke ikan je, rasa nya akak lebih suka ikan sebab dapat gigit-gigit tulang dan kepala ikan tu hahaha hantu kepala ni kaknoor..

Kalau ada yang masih ingat resepi nya boleh lah terus cuba kalau sudi ya, dan kalau belum boleh tengok resepi di bawah ni ya.



BAHAN NYA
3 ekor ikan talapia di bersihkan dan di tos kan.
6 biji cili padi (ikut kepedasan masing2 nak tambah atau kurang)
1 biji cili capsicum
1 biji lemon di perah ambil nya
2 sudu besar paprika powder
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk oregano kaknoor guna oregano fresh di cincang
1/2 sudu kecil serbuk cili merah
1/2 cawan minyak sayur
5 ulas bawang putih
4 sudu besar cuka
1 sudu besar lada hitam tumbuk
1/4 sudu kecil pewarna merah atau oren


CARA NYA
1.  Kisar cilipadi, capsicum, bawang putih, masukkan air lemon, paprika, garam,serbuk cili merah, cuka, lada hitam dan pewarna dalam bekas besar.
2. Kacau sebati tambahkan dengan potongan daun oregano fresh dan ikan gaul  rata dan peraplah selama 1 ke 2 jam.
3.  Panaskan kuali tak melekat panggang lah ayam tadi sehingga kekuningan sebelah luar nya, lepas tu baru lah dimasukkan dalam oven untuk masak sepenuhnya selama 30-40 minit dengan api 170'C.*boleh terus panggang sehingga masak
4.  Lebihan marinade tadi ditambah dengan sedikit air dan masak lah sehingga pekat.
5.  Boleh lah dihidangkan bersama ikan peri-peri ni.





LEPAS keluar resepi ayam peri-peri ada seorang rakan fb yang msg kaknoor bagitau dah cuba dan sedap sangat resepi nya, sampai hubby nya tanya dari mana dapat resepi, heheeh alhamdulillah yang sedap-sedap ni biarlah di kongsi bersama kan, memang sedap resepi ala-ala nandos ni.



ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi minggu untuk semuanya.
Alhamdulillah hari ni dah start buka blog untuk public semula selepas dua tiga hari holiday sebab ada masaalah kemaskini dari pencuri gambar haha, memang meletihkan untuk buat watermark lagi sekali yang besar gabak tu tapi apa nak buat sabo je lah, 
Hari ni kaknoor nak kongsikan menu jajan je yang jadi kegemaran anak-anak.
Kalau buat sekotak memang cepat je habis, selagi tak habis memang dok ulang makan.
Dah habis baru lah berenti hahaha, kalau dulu time raya je dapat makan ni, sekarang time hari biasa diaorang minta jugak benda sedap ni, senang sangat pun nak buat, jadi layan saja lah...









Bahan nya
1 kotak nestle cornflakes
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu cili kering kisar * nak lebih pedas boleh tambah
2 sudu butter or planta
4 sudu honey *lebih tu boleh tapi akan terlalu  melekat cornflakes tu
sedikit bijan goreng tanpa minyak
sedikit ikan bilis dipanggang dlm oven supaya ranggup
apa sja kekacang kesukaan yang sudah dipanggang.

Cara nya
1.  Panaskan planta atau butter dalam kuali  yang besar kemudian tumiskan bahan tumbuk biar agak garing dan wangi, masukan cili kisar dan kacau lagi biar pecah minyak, kak Noor tak masukan garam sebab benda-benda sampingan tu dah masin , elok guna api yang sederhana supaya tak "terbersin" nanti , masukan madu dan kacau lah sampai berbuih dan kering air cili tu tutup 

2.  Masukan cornflakes, bilis, bijan dan gaul rata biar sebati,
kalau untuk hidangan hariraya ke majlis kecil-kecil  tu akak suka masukan dalam cup kertas kecil lepas tu panaskan dalam oven agak-agak 10 ke 15 minit untuk mengeraskan cornflakes ni bila kita makan tak lah terjatuh-jatuh senang je masuk mulut lagi pun lebih sedap cornflakes ni akan lebih ranggup bila dia sejuk lepas daripada oven tu..



JANGAN terkejut watermark GERGASI kali ni dari ujung dunia ke ujung dunia lepas ni kalau ada lagi yang nak amik gambar yang tak seberapa tak tau lah nak cakap apa lagi..

Memang sedap cornflakes ni bukan saja budak-budak yang suka, orang tua pun suka jugak sambil ngopi ke, tengok tv ke semua jadi dengan cornflakes ni..





ASSALAMUALAIKUM 
Sejak keluar gambar kimchi ni kat FB ramai yang dok minta resepi, sebenarnya kaknoor pun google jugak terjumpa resepi KIMCHI SEDAP dari blog Ourkizuna, study resepi dua tiga hari jugak sebelum nak buat ni, takut tak jadi, sebab first time buat dan rasa, sebab ramai yang dok cakap sedap sedap sedap jadi hati mana yang tahan kan, nak beli?? biasa lah kadang-kadang was -was macamana diaorang buat, jadi study punya study punya study dah cukup bahan kaknoor pun buatlah semalam, hari ni baru dapat makan sebab kena perap semalaman, lepas tu baru lah boleh masuk petiais.





ALHAMDULILLAH orang kata makan dengan nasi putih je sedap, tapi bagi kaknoor boleh lah kalau makan dengan nasi putih ada lah kekurangan sikit, tapi selera ditangan sendiri kan, ikut suka hati kita mengolah kimchi 

Resepi nya memang kaknoor ikut sebijik macam dalam blog OURKIZUNA biasalah first time buat tak pandai nak derhaka lagi haha, tapi memang sedap lah anak-anak pun kata sedap, bapa kata sedap, jadi mama pun KEMBANG SEMANGKOK.







Resepi kimchi sedap

Bahan bahan
2 batang Kobis panjang (Napa cabbage atau hakusai)
1 cawan Garam (kalau nak sedap boleh guna garam laut asli atau rock salt)
1 batang Lobak putih (Daikon)
2 batang Lobak merah
Dua pokok Daun bawang
Secekak Daun kucai
Dua biji Bawang besar holland

Cara membuatnya
Potong kobis saiz 4 segi. Sederhana besar. Jangan kecik sangat sebab nanti kecut. Gaul dengan garam. Pastikan garam kena pada setiap permukaan kobis tu. Masuk dalam mangkuk. Tindih dengan benda berat. Biarkan selama 4 jam. Aku letak tutup periuk dan tindih dengan lesung batu. Lepas 4 jam, air akan keluar dari kobis tu. Kobis jadi layu. Basuh dan perah sebanyak 3 kali. Perah macam perah baju sampai airnya habis keluar kalau boleh. 

Gigit sikit, kalau masin sangat bilas lagi. Bahan bahan lain macam lobak tu potong memanjang saiz batang mancis. Bawang holland tu hiris bulat bulat. Ketepikan. 

Sementara tunggu kobis diperap dengan garam, sediakan bahan untuk paste

Bahan untuk paste
1 cup korean chilli flake (Aku beli brand Bidan beli kat Presto, Citta Mall, kalau suka pedas letak lebih)*kaknoor guna cili serbuk biasa je tak ingat jenama
* Sebiji pear gong (kulit coklat, tapi kulitnya dibuang)
* Dua biji apple merah (Aku guna apple fuji, dibuang kulit)
* Sebiji bawang besar holland
* 5 ulas bawang putih
* 1 inci halia 
** 1/4 cup Sos ikan
** 4 sudu besar Tepung pulut
** Air

Cara buat paste kimchi
Blender bahan bertanda * dengan air masak. Tambah chilli flake dan kacau sebati. Kalau suka, letak sesudu dua gula, gula adalah makanan bakteria. Yummehh kata bakteria. Hahaha*kaknoor letak 3-4 sudu gula

Campur semua bahan bertanda ** dan kacau sebati sampai tepung larut. Masak atas api yang perlahan sampai mendidih. Kalau pekat sangat tambah sedikit air. Jangan terlalu cair jugak.

Campurkan bahan * dan ** dan gaul sebati.

Masukkan bahan-bahan yang dihiris saiz batang mancis tadi. Dan masukkan kobis yang dah diperap dengan garam, dibilas dan diperah. Gaul rata. Kemudian masukkan ke dalam bekas. Tutup dan simpan di tempat gelap dan sejuk selama 24jam. Kalau dah ada buih buih tu dah jadi lah maksudnya. Kalau rasa nak masam lagi biarkan lagi. Kalau dah okay, terus masukkan ke dalam peti sejuk.

Nak senang gaul dalam dulang. Aku buat ni memang dapat sedulang. Kalau rasa banyak sangat, sila kurangkan lah.

Kimchi ni paling sedap selepas lebih kurang seminggu ke dua minggu dalam peti sejuk. Tapi, sempat ke bertahan sampai lama tu..? 




Dah lama teringin nak makan nasi goreng kimchi, hari ni tertunai lah hasrat itu.
ALHAMDULILLAH SEDAP DAN NYAMAN
kaknoor hanya letak, bawang besar dan bawang putih, tumis dengan sedikit minyak, bila dah garing bawang masukkan kimchi ni, pecahkan sebiji telur, letakkan garam dan perasa sikit, gaul rata, dan siap dihidangkan bersama dengan paru goreng kicap sedappp sangat...

ASSALAMUALAIKUM semua rakan-rakan dan adinda kaknoor ya.
Malam ni kaknoor nak kongsikan menu pagi tadi pulut sambal, menu yang laris dalam rumah kaknoor,boleh di buat makan tengahari jugak pulut ni, jadi kalau kaknoor buat memang agak banyak supaya puas makan sehingga tengahari dan petang, orang malas lah kata kan..

Resepinya boleh tengok di bawah ya, simple dan mudah.






Bahan Utk Pulut
2 cawan beras pulut direndam semalaman
3 cawan santan
2 helai daun pandan
sedikit garam


Caranya
1.Didihkan air didalam kukusan.
2.Lapikkan daun pisang didalam kukusan dan masukkan pulut yang di rendam.
3.Kukus lah pulut lebihkurang 20 minit.
4.Keluarkan pulut masukkan dalam besen dan campurkan dengan santan,daun pandan dan garam, gaul sebati.
5.Kukus lah lagi sekali lebihkurang 15 minit sehingga pulut lembut.
6.Biarkan sejuk sekejab sebelum dibungkus dengan sambal.


Bahan Sambal Bilis
1 cawan ikan bilis goreng
3 sudu besar cili kering kisar
1 batang serai di ketuk
1 labu biji bawang besar hiris
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit asam jawa
Garam dan sedikit gula merah
Minyak masak  untuk menumis. 

Caranya
1.  Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga beraroma.
2. Masukan bawang merah dan putih yang telah ditumbuk bersama serai yang diketuk, kacau sehingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan goreng lagi sehingga pecah minyak.
4. Untuk mendapatkan cili yang pecah minyak kita mesti biarkan api dapor kecil.
5. Masukkan gula merah dan air asam jawa dan kacau sebati.
6. Akhir sekali masukkan garam dan masaklah sehingga sambal agak kering.
7. Tutup api dan gaul lah ikan bilis goreng bersama dengan sambal.
8. Untuk membuat pulut sambal ni, sediakan daun pisang yang telah di layur sedikit di atas api, letakkan pulut sebesar bola golf bulat-bulatkan, letakkan sambal bilis di atas nya dan lipat lah ikut kreativiti sendiri dan sedia untuk dihidangkan.




Pulut ni memang kegemaran anak sulung kaknoor, masa ni sedang membuat thesis untuk PhD, jadi apa saja yang di minta memang kaknoor tak terlepas pandang sebab dah bertahun-tahun dinegara orang memasak sendiri, jadi pulut yang sesimple ni pun takkan mama tak boleh buat kan, jadi layan saja lah..jom jamu selera hehe...



ASSALAMUALAIKUM
Berbalik pada resepi hari ni yang mengorder apple pie, disebabkan agak malas dan kesibukan yang tak bertahap, kebetulan dah ada puf pastry jadi kaknoor buat apple pie guna pastry puf ni je, apple memang dah selalu ada dalam petiais sebab anak bujang sorang kaknoor selalu nak makan apple nak kurus lah konon nya kan...

Lebih mudah rasa nya guna pastry puf kita cuma buatkan intinya saja, resepi inti nya kaknoor sekodeng dari blog ZALINZALINA, sebab rasa nya macam menepati citarasa kami sekeluarga.




Resepi filling

3 biji apple hijau dan 3 biji apple merah dibuang kulit dan dipotong dadu
100 gm gula pasir atau gula perang (atau manis ikut suka..)
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu besar butter
2 sudu besar perahan lemon
2 sudu besar tepung gandum

Cara2nya... apple  hijau dan merah jugak gula pasir dimasak dalam periuk... kacau dengan senduk... masukkan serbuk kayu manis...masukkan butter...pastu masukan perahan lemon... kacau hingga air yang keluar dari epal tu kering sikit... last sekali masukkan tepung gandum untuk memekatkan kuah... kepekatan dan kelikatan kuah tu ikut suka korang okey..






Sebenarnya kaknoor ada buat 2 versi yang goreng dan yang bakar, yang goreng nampak nya lebih cepat laris dari yang bakar, lagipun yang goreng lebih cepat masak berbanding yang bakar, sementara menunggu yang bakar masak, yang di goreng lebih dulu di mkan oleh anak-anak maka nya tak sempat nak snap gambar hahaha, tapi memang sedap lah ala-ala Mcd gitu, itulah yang bakar ni akak biarkan bagi agak perang supaya rasa nya mantop, alhamdulillah memang habis lah semua nya haha..


ASSALAMUALAIKUM 
Terus ke resepi ya sebab dah lama teringin nak makan masak hijau ni,lagipun daun kemangi yang ditanam tu dah terlebih banyak sayang kalau tak di ambil, jadi semalam ambil lah sampai sebakul kot, itulah kaknoor lebihkan kemangi dan tak letak daun ketumbar, rupa nya lebih sedap kalau letak kemangi banyak lebih wangiiii...



RESEPI NI SEBENARNYA DAH ADA DALAM BUKU KAKNOOR YANG PERTAMA
KOMPILASI MENU TENGAHARI KELUARAN KARANGKRAF.
Boleh dapatkan di bookstore ya kalau sudi lah..



Green Curry
Bahan-bahan:

§  2 sudu besar jus limau nipis
§  3 sudu besar sos ikan
§  1 sudu kecil gula merah
§  2 cawan santan pekat
§  1 batang serai di ketuk

Bahan Kisar
§  1 batang serai
§  7 biji cili padi hijau *boleh tambah kalau nak lebih pedas
§  2 ulas bawang merah
§  5 ulas bawang putih
§  1 inci lengkuas
§  ½ cawan daun ketumbar * tak letak
§  ½ cawan daun kemangi * tambah 1/2 cawan lagi 
§  ½ sudu teh serbuk jintan puih
§  ½ sudu teh serbuk lada putih
§  ½ sudu teh serbuk ketumbar


Cara membuat:
1.    Dalam kuali besar masukan separuh daripada santan dan masak sehingga wangi dan pecah minyak dengan menggunakan api yang sederhana.
2.    Masukan separuh bahan kisar dan serai, kacau sehingga sebati.
3.    Buatlah sehingga habis santan dan bahan kisar yang di selang seli sehingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak.
4.    Masukan ayam dan sedikit air, sos ikan, gula merah dan kacau rata, boleh tambah garam kalau kurang rasa.
5.    Bila ayam sudah masak boleh lah masukan jus limau, kacau sekejab dan tutup api
6.    Taburkan dengan hirisan daun limau purut dan sedia 



Inilah pokok selasih kaknoor yang banyak tu ni pun sebagian saja sebab tak muat nak masuk semua heee, mesti ada yg geram kan..









ALHAMDULILLAH 
Kali ni kaknoor buat tambah daun kemangi jadi double lebih sedap dan wangi kata anak-anak, jadi esuk-esuk mesti lebihkan kemangi lah untuk lebioh power dan lebih wangi.




Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home