All About

Good Food



ASSALAMUALAIKUM
Hanya beberapa jam lagi kita akan melangkah ke tahun 2015, yang pasti nya tahun 2014 membawa seribu kenangan pahit dan manis pada kita semua, biar lah yang baik itu jadi tauladan dan yang buruk itu jadi sempadan.  Alhamdulillah sepanjang tahun 2014 kaknoor dapat melawat sanak saudara di kampong di Kedah, pada awal january, kemudian pada september 2014 pulak dapat temankan anak kak Noor yang belajar di UK kerana mengikuti exam nya yang belum langsai, dapatlah abadikan kenangan sekitar di United Kingdom.  Kemudian pada akhir disember baru ni sekali lagi kak noor balik kampong di Kedah kerana menghadiri majlis perkahwinan anak sedara.

ALHAMDULILLAH diatas rezeki yang ALLAH kurniakan dan sekarang dah kembalik semula ke Brunei Darussalam negeri yang sangat aman dan makmor dari segala politik hahaa....













Pagi yang dingin hari ni menambahkan rasa lapar yang amat sangat, godek-godek didapur jadi lah fritters kentang ni kebetulan ada sedikit udang hidup yang telah di buang kulit, lagi senang dan mudah, terus je masuk semua, goreng dan makan panas-panas, memang tak cukup sepiring tu.

Adik-adik semua dah sarapan ke? apa agaknya sarapan adik-adik bloggers hari ni ya...





BAHAN NYA
3 biji kentang di sagat halus
1 biji carrot kecil di sagat halus
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
2 tangkai daun bawang hiris
1 biji cili merah hiris
1 biji telur A
tambah sedikit udang hiris kecil
sedikit garam dan ciliflakes

CARA NYA
1.  Pecahkan telur dan pukul sekejab biar kembang, masukkan semua bahan dan gaul sebati.
2.  Kalau terlalu pekat tambah sedikit susu segar atau air pun ok.
3.  Ciliflakes dan cili tu kalau tak nak pun ok ikut selera sendiri.
4.  Panaskan kuali dengan minyak yang banyak, ambil sesudu masukkan dalam minyak yang panas dan gorenglah sehingga kekuningan dan ranggup.
5.  Buatlah sehingga habis dan sedia untuk dihidangkan.





Sedar tak sedar hari ni dah 31hb disember, esuk dah 1 jan 2015, cepat nya masa berlalu, mudahan mangsa banjir dimana saja akan terus tabah dengan ujian ALLAH NI, semoga tahun 2015 akan membawa sinar baru pada semua nya AAMEEN...


Assalamualaikum dan selamat semua rakan-rakan blogger jugak silent reader yang tak pernah
jemu-jemu kesini.  Just nak kongsi gambar -gambar macaron yang kaknoor ambil dari pinterest, untuk ambil mood supaya lebih kreatif dalam mendeco mararon ni, sebenarnya kalau dah biasa memang tak susah sangat cuma kadang -kadang kehabisan idea, jadi pada adik- adik yang teringin nak buat macaron boleh lah ikut macam ni termasuk warna dah taburan stuff kat atas nya ok..

Resepi nya dah banyak kaknoor letak boleh cari ya, ok selamat pagi dan salam subuh untuk semua.



ASSALAMUALAIKUM
Hari ni di Brunei Darussalam pun dah mula hujan dari pagi tadi hingga kesaat ni masih hujan, supaya tak melaratlah hujan nya, kita hanya mampu berdoa, mudahan ALLAH makbulkan.

TADI ada tengok news kat tv sekarang ni banjir bukan lagi di pantai timur, tapi dah ke kedah perak dan rasa nya banyak negeri dah terjejas dengan banjir, macam-macam spekulasi dan whatsapp yang di terima berikutan banjir ni, apa pun hanya ALLAH yang dapat mengembalikan keadaan seperti sediakala, apa pun mengharapkan keadaan menjadi lebih baik lah selepas ni.




Menu biasa yang selalu di masak kat umah kaknoor seminggu sekali atau 2x, anak-anak suka sangat dengan buttermilk chicken ni, jom resepi pun mudah bangat ni.


BAHAN NYA

  • 1 keping dada ayam dibersihkan dipotong kecil gaulkan sedikit serbuk lada hitam dan perapkan dalam 10 minit
  • 1 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu butter
  • cili padi secukupnya dihiris atau diletak je sebiji-sebiji
  • daun kari pun suka hati nak letak banyak ke sikit
  • * optional capsicum merah,hijau dan kuning dihiris
  • * optional broccoli kalau ada boleh jugak diletak supaya lebih colourful 
  • garam dan gula secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
CARA NYA
  • Ayam yang diperap tadi dicelup dengan telur dan digoreng sampai 3/4 masak
  • Panaskan kuali masukan butter biar cair masukan susu cair dan kacau sehingga mendidih, pelankan api supaya susu tak mudah hangus
  • Bila dah mendidih masukan lah garam dan gula secukupnya ikut selera masing-masing, masukan ayam, cili padi & daun kari.
  • Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas



Hujan-hujan ni makan apa pun sedap ja kan, jom layan lah selagi masih punya selera ni.

ASSALAMUALAIKUM 
Salam sejahtera untuk semua nya
Terus ke resepi hari ni, sambal bermusim ni memang sedap sangat pada yang suka, tapi sayang nya kita tak dapat nak menikmati sebagai menu harian sebab ia nya bermusim jadi kalau musim rambai tu jangan lepaskan peluang ni tau!! memang berbaloiii



 BAHAN NYA
1/2 cawan ikan bilis di bersihkan
10 biji cili padi di hiris kasar nak lebih terpulang lah ya
1 biji bawang bombay di hiris
3 ulas bawang putih di hiris
2 kuntum bunga kantan di hiris kasar
1/2 cawan kulit rambai di hiris kecil
minyak masak secukupnya
sedikit garam dan gula sebagai perasa

CARA NYA
1.   Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan gorenglah ikan bilis sehingga rangup angkat.
2.  Tinggalkan sedikit minyak tumislah bawang bombay sehingga layu, masukkan kulit rambai.
3.  Kacau rata sehingga kulit rambai lembut, masukkan cili hiris, kantan, garam dan gula.
4.  Bila dah secukup rasa tutupkan api sebab kalau terlalu lama di atas api jadi terlalu layu kantan tu.
5.  Taburkan ikan bilis goreng didalam sambal, gaul rata.
5.  Sambal kulit rambai sedia untuk di nikmati bersama dengan nasi panas.





Sampai jumpa lagi di next entry ya, kadang-kadang masa tak mengizinkan untuk kita berlama-lama menghadap laptop ni, terpaksa berebut sekarang ni, bukan dengan anak cucu tapi dengan masa.


Assalamualaikum
Pada kenkawan yang ada masaalah nak masuk blog kaknoor disini kaknoor nak bagitau sekali lagi, lebihkurang 3 minggu lepas blog Bicara Kak Noor ada problem teknikal, jadi utk settlekan anak kaknoor selaku teknisyen nya yang bertanggungjawab buat entri ni, pada semua rakan blogger lama tu please ikut apa yang di sarankan di bawah baru dapat masuk semula blog ni, memang di kesali tapi apa nak buat daripada ramai follower blog lama tu hingga sekarang jadi ciput hahaha redo lah maktok oiii....


Harini anak Kak Noor sedang bersiaran selaku 'mekanik' blog Bicara Kak Noor. Kami telah menerima beberapa aduan mengenai blog Bicara Kak Noor yang telah difollow dan dilistkan di blog beberapa followers, telah bertukar tajuk menjadi 'utk anun test template'. 

Kesilapan teknikal pada tajuk blog

Pertama kali kami ingin meminta maaf kepada semua pihak mengenai kesilapan teknikal ini. InshaAllah tujuan post ini dibuat adalah untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Kami juga ingin berterima kasih kepada blogger Nasa Mulia yang awal-awal sekali membantu dengan menegur kesilapan teknikal ini.
Cara paling mudah untuk atasi problem ini adalah dengan unfollow dan follow balik blog ini.
Untuk yang tidak tahu bagaimana untuk unfollow dan follow blog, di bawah kami ada sediakan sedikit tutorial.

  • Pergi pada sebelah kiri blog, dan scroll ke bawah sehingga jumpa section Followers.
  • Letak mouse pada options, dan perkataan "site settings" akan keluar. Tekan "site settings." 

  • Satu kotak seperti di bawah akan keluar. Pergi ke arah stop following this site, dan tekan link tersebut.


  •  Satu lagi kotak seperti di bawah akan keluar. Tekan stop following.


Dah pun siap!


Kemudian untuk follow balik, cuma tekan  Join This Site  seperti yang di bawah dan ikut instructions yang telah disediakan.



Moga blog post ini bermanfaat buat yang berkenaan.

Wassalam.



ASSALAMUALAIKUM 
Salam hari minggu untuk semua nya semoga kalian sihat walafiat.
Berbalik pada resepi hari minggu ni hanya yang simple dimple sebab lepas ni Insya Allah akan ke majlis kawin, kena awal lah persiapan nya kan, resepi nya mudah sangat.
Jom tengok resepi yuk!!!!







BAHAN NYA
350 gm ubi kentang di lenyek 
250 gm tepung gandum di ayak
2 biji telur * resepi asal 4 - 5 biji
serbuk lada sulah * kak noor tambah lada hitam cikit
cheese cheddar di potong dadu
serbuk roti secukupnya
sedikit garam

CARANYA
1.  Campurkan semua bahan-bahan kecuali  serbuk roti dan telur.
2.  Gaul sehingga sebati.
3.  Gentelkan ikut besar yang di ingini, jangan terlalu besar pulak,  masukan inti cheese,         dan tutup semula.
4.  Golekkan di atas serbuk roti dan telur, serbuk roti lagi sekali dan telur.
5.  Tujuannya supaya lebih tebal serbuk roti masa goreng tak mudah pecah.
6.  Buat lah sehingga habis adunan dan gorenglah sehingga kekuningan.
7.  Angkat dan tos kan boleh lah di hidangkan.




SELAMAT BERHARI MINGGU / LIBUR YA 


ASSALAMUALAIKUM dan salam sabtu untuk semua nya, resepi hari ni gara-gara lebihan lopes semalam, disebab hanya sorang je yang makan, memang terlebih pulut tu, kaknoor godek-godek buat sedikit serunding ayam, sebab anak-anak kalau yang masin dan pedas memang suka, sangat tak suka yang manis-manis, kebetulan pulak resepi pulut serunding atau pulut inti ni pun sama dengan cara buat lopes yang beza satu manis dan satu masin, bila dah jadi macam ni siap berbungkus dengan daun nyirik ni laju je habis pulut, tak kisah lah tu kan janji habissss je...

Resepi Serunding kaknoor sekodeng dari blog AlongRoz, thanks along ya kaknoor nak kongsi pulak resepi tu kat blog akak ya.



By: AlongRoz@Homekreation
BAHAN2:
1 ketul Dada Ayam
1 batang Serai - ketuk 
15 ulas Bwg Merah*
3 btg Serai*
Segenggam Cili Kering* (* blend) 
5 helai Daun Limau Purut**
1 helai Daun Kunyit** (** hiris halus) 
1 st Serbuk Kunyit
1 sb Serbuk Kari
1 mangkuk Santan Pekat 
1" Gula Kabung
Garam

CARA2:
1. Rebus dada ayam dgn serai yg di ketuk & garam sehingga empuk.
Angkat dada ayam & carik2 isi nya.
2. Tumis sesenduk minyak & tumis bhn2 blend* sehingga pecah minyak dan wangi.
Masukkan isi ayam, santan dan kesemua bhn2 yg lain.
Kacau dgn api sederhana perlahan sehingga betul2 kering seperti dlm gambar.
3. Hidangkan dengan nasi/pulut/ketupat. 

TIP: Untuk melapis pulut, boleh lah di blend sedikit atau di potong2 supaya senang di makan.Untuk makan sebagai cicah, Along lebih suka yg panjang2 sebab lebih mengasyikkan.



Dua hari berturut-turut makan pulut, mata pun layu je kan, tak kisahlah janji happy dan puas hati dapat makan makanan idaman hahaha best jugak pulut tu kan warna hijo lagiiii



ASSALAMUALAIKUM 
Selamat petang untuk semua nya, sebenarnya dah lama sangat teringin nak makan kuih lopes ni, disebabkan hanya tukang masak yang teringin, yang lain agak kureng suka, jadi masa untuk membuat lopes asyik dok postpone je sehingga lah ke hari ni, kaknoor rajinkan diri, tak sihat sebenarnya selsema dan batuk tapi macam mengidam lah pulak nak makan macam-macam, nak beli lopes ni memang takde jual,jadi dah barang semua ada berkuntau lah kaknoor didapur usangku hari ni.
ALHAMDULILLAH dah dapat makan baru lah hilang rasa kempunan tu haha adoiii macam-macam saja perut ni kan..

Tak lupa kaknoor ucapkan ribuan terimakasih pada blog INTAI DAPUR dimana kaknoor dapat resepi lopes ni sebab ini lah pertama kali kaknoor buat lopes se umur hidup, dan untuk LIZA izinkan kaknoor letak di blog kaknoor jugak ya






RESEPI KUIH LOPES

Bhn2:

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

  • Cara-cara

    1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
    2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
    3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
    4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula

    Untuk resepi ni kaknoor letakkan pulut di satu tray, tekan-tekan kan, kemudian taburkan kelapa parut di atasnya dan gulung, biar kemas dan padat. Kemudian letakkan sekejab dalam petiais supaya senang untuk memotong, jadi ala sushi lah sikit kan..kita yang buat dia kan terpulanglah nak cara mana, ikut kreativiti masing-masing .





    ASSALAMUALAIKUM dan salam jumaat untuk semua nya.
    Walau apa pun cuaca nya hari ni makan tetap kena makan, resepi simple hari ni, lagiiii masakan kampong yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek ujan, Patin Masak Kuning, pada yang suka memang the best in the world lah, tapi pada yang tak suka pandang-pandang saja lah ya.







    Patin Masak Tempoyak
    Bahan-bahan:

    §  1 ekor ikan patin dibersih kan dan dipotong
    §  1 batang serai diketuk
    §  1 kuntum bunga kantan dibelah empat
          secukupnya daun pegaga dan terung ulam
    §  1 senduk tempoyak
    §  2-3 asam keeping
    §  3 cawan air atau secukupnya
    §  Garam dan sedikit gula

    Bahan A
    §  1 inci kunyit hidup
    §  10 biji cili padi
    §  3 biji cili hidup
    §  1 inci halia

    Cara membuat:

    1.    Kesemua bahan A di blender kasar
    2.    Masukan bahan A dalam periuk dan masukan setengah daripada air dan masak biar mendidih
    3.    Masukan asam keping, garam dan air biarkan mendidih sekali lagi
    4.    Sudah mendidih barulah dimasukan bunga kantan, terung, serai dan tempoyak
    5.    Masukan ikan kacau perlahan-lahan supaya ikan tak mudah pecah dan hancur
    6.  Akhir sekali boleh lah masukkan pegaga salutkan dengan ikan dan tutup api.
    6.    Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas



    Sebenarnya apa yang kita masak di rumah itu lah yang terbaik sebab kita tau prosesnya dan semestinya kita nak yang bersih-bersih sahaja untuk family kita makan kan, jadi pada adik-adik kaknoor rajin-rajin lah memasak ya walaupun sekadar goreng telur dan goreng ikan  lebih selamat dan berkat daripada di luar betul tak???




    ASSALAMUALAIKUM 
    Hari ni 25 disember, hari cuti awam, semoga kenkawan semua sihat dan walafiat hendaknya, sedih mengenangkan mangsa-mangsa banjir di pantai timur kan, tapi apa lah daya kita sebagai insan ini, hanya mampu berdoa semoga ALLAH lenyapkanlah air yang melimpah ruah disana sini tu, mudahan ALLAH mendengar segala doa-doa kita.

    Berbalik pada resepi hari ni, ekoran dari kaknoor balik kampong di Kedah baru-baru ni untuk majlis kawin anak sedara, yang menu utamanya ialah gulai daging dengan batang pisang, tapi biasa lah selaku tuan rumah jugak memang sangat terhad masa makan dan nak bersantai-santai dengan gulai batang pisang ni, maka nya hari ni kaknoor masak lagi sekali kebetulan hanya ada kambing dalam frezer jadi kambing pun kambing lah kan, janji ada batang pisang muda hahaha, jom tengok resepi jom!!!






    BAHAN NYA

    A      1 kg daging kambing
             dipotong dan dicuci bersih tos kan.
             

    B      5  biji bawang merah kisar
             4 biji bawang putih kisar
             1 biji bawang besar kisar
             1 inci halia kisar
             1 inci lengkus kisar
             2 batang serai kisar
             1 inci kunyit hidup kisar
             2 sudu besar cili kering kisar

             5  kuntum bunga cengkih/lawang
             3  batang kulit kayu manis
             10 biji buah pelaga
             1/4 cawan minyak untuk menumis
    C      3 cawan santan cair + 1 cawan santan pekat
             garam dan gula
             sedikit air asam jawa
             1 batang pisang yang agak muda supaya banyak batang yang lembut dipotong dan 
             direbus kejab 

    D      2  bungkus serbuk kari daging cap O (jenama Kedah mari )dibancuh dengan air
             panas


    CARA NYA
    1.   Panaskan kuali masukkan minyak dan tumis lah bahan B sehingga wangi dan 
         beraroma.
    2.  Masukkan bahan D dan kacau lagi sehingga pecah minyak.
    3.  Masukkan bahan A kacau rata biarkan air dari kambing tu mengering dan kambing
         lembut.
    4.  Masukkan bahan C dengan menggunakan api perlahan masaklah sehingga mendidih
         dan santan pekat.
    5.  Sedia dihidangkan bersama nasi putih.




    Ada tak yang tergoda dengan gulai kambing ni memang terangkat U belum makan lagi dah ratah semangkok gulai ni hahaha adoiii cakap pun tak guna, hari ni off day diet hehe






    Selamat petang untuk semua nya, Alhamdulillah akhir nya setelah berhari-hari membuat macaron ni akhirnya petang ni dah boleh santai sikit, memang agak rumit buat macaron ni, mula nya buat macaron, kemudian letak filling, filling pun semua nya homemade, sebab itu lah macaron ni walaupun kecil tapi rumit, ada kala nya kalau salah adunan tak mau berkaki, dan kalau terlebih bakar kaler dah jadi tak cantik,, Alhamduillah untuk majlis nikah esuk kaknoor dah dapat siapkan macaron tower ni, walaupun agak lama tapi hati puas sebab menjadi hehehee...




    UNTUK Bruneian yang ingin menempah boleh lah pm kak noor ya, sebab ujung tahun ni sampai ke awal tahun depan memang banyak orang kawin kan...



    Selamat bercuti untuk semua nya ya....

    ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi untuk semua nya.
    Menu apa agak nya hari ni ya, di musim hujan ni menu apa pun memang lajak je kan, walaupun sesimple menu ikan pindang ni mesti tak dapat nak gostan kalau dah kena dengan nasi panas, sesekali biarlah menu kosong macam ni takde santan kerisik segala, di tambah epal sebiji insya ALLAH dengan izin ALLAH sihat lah tu kan..

    IKUT cara kaknoor memang simple habis ni jom tengok resepi :)




    BAHAN

    2 ekor ikan kembong dibersihkan
    1 batang serai di ketuk
    3 ke 4 helai daun kesum
    2 keping asam keping


    BAHAN TUMBUK

    1/2 inci halia
    4 biji cili padi
    2 ulas bawang putih
    1/2 biji bawang besar
    1 inci kunyit hidup
    garam dan perasa secukup nya


    CARA

    Masukan bahan tumbuk dalam periuk bersama air secukupnya, tambahkan asam keping dan serai jugak garam dan perasa dan biarkan mendidih.  Dah cukup rasa masam pedas masin tu boleh lah masukan ikan dan daun kesum golek2kan je ikan sebab kalau lama2 nanti hancur pulak
    Pindang kita dah siapppp boleh lah makan dengan nasi putih yang panas wow...

    SEDAPPP.



    Kalau dulu-dulu menu ni memang jadi kegemaran mak mak kita kan, tapi sekarang ni kita yang dah jadi mak mak jugak turut suka dengan menu ni, menu fav se isi keluarga mesti di coba pada yang belum pernah buat ya.
     


    ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi untuk semua nya ya, semoga sihat sejahtera hendaknya rakan-rakan blogger, atau sesiapa saja yang sudi singgah disini, pagi ni kak noor nak kongsikan resepi yang terhangat di pasaran masa ni iaitu pisang goreng cheese, resepi ni kaknoor intai dari blog MASAM MANIS, terimakasih ITA sudi kongsikan resepi ni, dan izinkan jugak kaknoor letak di blog kaknoor untuk panduan anak-anak dan rakan-rakan lain ya, memang sedap dan lazat lah pisang goreng ni, lemak manis masin semua nya ada kat sini, kena pandai control lah makan ala kadar je heheehee...




    PISANG GORENG CHEESE
    Resepi Oleh : Fiza

    Pisang Goreng

    Sesikat pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus kaknoor guna pisang tanduk di potong bulat kecil
    2 cawan tepung beras
    1 cawan tepung gandum
    1 sudu besar baking powder
    5 sudu besar santan ganti kan dengan susu segar
    sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
    secubit garam
    1 sudu besar margerin
    1 biji telur 

    Cairkan mentega
    Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur
    Kacau rata
    Tuangkan margerin cair
    Kacau sebati
    Masukkan pisang
    Panaskan minyak dalam kuali
    Goreng pisang hingga kuning keemasan
    Angkat dan toskan minyaknya

    Bahan Sos dan Topping

    1 sudu besar butter
    1 sudu besar susu pekat manis
    Keju Cheedar ~ di sagat halus
    Choc Rise atau parutan coklat masakan


    Dalam kuali yang bersih, cairkan butter.
    Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju
    Kacau rata
    Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi
    Gaul rata
    Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai
    Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan
    Enak di makan ketika masih hangat.




    SELAMAT mencuba pada yang belum pernah buat, dan yang dah buat mesti nak buat lagi dan lagi, enak di makan ketika panas, confirm tak cukup satu keping...

    Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home