Apam Polkadot Kini Kembali Lagi

Apam Polkadot Kini Kembali Lagi


ASSALAMUALAIKUM, petang ni kaknoor nak kongsikan kuih yang dah lama tak makan, kebetulan ada customer yang order jadi terus lah buat utk makan sekali, apam polkadot best jugak kan makan petang-petang ni.  Resepi apam ni kak noor intai dari blog AZIE, untuk Azie izinkan kaknoor letakkan resepi kat sini jugak ya untuk panduan anak-anak dan kenkawan yang lain, thanks banyak-banyak ya apam nya menjadi gebus gebas..





Apam Dot Dot
Oleh: Azie Kitchen 

3 biji telur sejuk (dari dalam peti ais)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sk baking powder
1  sk ovalette
Filling - ikut suka (coklat nuttella)
Pewarna - ikut suka (merah dan purple) 

Masukkan telur satu persatu ke dalam mixer bersama gula (boleh guna gula pasir je), biar hingga telur benar-benar kembang, baru diikuti dgn ovellete, tepung yg telah bercampur baking powder dan akhir sekali masukkan susu segar. Pukul dengan kelajuan maksima hingga kembang (dlm lebih kurang 8 minit).

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian atau lebih. Titiskan pewarna ke setiap satu mangkuk tersebut menggunakan warna berlainan ikut kesukaan anda. 

Utk buat dot dot, ambil dalam 1/4 cawan dan dibiarkan warna asal. Kemudian masukkan ke dalam piping bag atau plastik biasa. Potong bucu utk kerja kerja membuat dot dot. 

Picitkan/sudukan adunan berwarna ke dalam acuan kertas yang telah disusun dalam acuan lompang utk mengelak acuan dari mengembang ketika dikukus.

Letakkan filling secukupnya dengan menggunakan piping utk memudahkan kerja anda.

Picit lagi adunan berwarna sehingga penuh permukaan acuan kertas itu bagi mendapatkan apam yang montel.

Selepas itu bolehlah membuat kerja dot-dot ke atasnya dgn warna pilihan mengikut kreativiti sendiri.

Pastikan air pengukus betul-betul panas, baru masukkan adunan ke dalam pengukus. 



Ni versi vitamen R lebih sikit jadi macam-macam kaler kat sana tu, pilihan di tangan sendiri kan, kita yang buat dia jadi pandai-pandai lah ya...



Jom ngopi dengan apam ni jom!!! memang sedap ni time hujan-hujan gini..

7 comments:

  1. Rajin kak noor mengapam ap dot dot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin sbb customer order cheqda kalau tak mmg very the malas ahaha

      Delete
  2. lama xmakan apam polka dots ni..byk kwn2 buat apa ni sbagai hantaran sebab cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama jugak disini Nina, ada yg buat hantaran mmg cantik kalau pandai gubah2 sikit dlm hantaran tu macam mahal kann

      Delete
  3. lama xmakan apam polka dots ni..byk kwn2 buat apa ni sbagai hantaran sebab cantik

    ReplyDelete
  4. Apa comel ...sekali ngap hilang dlm mulut.
    Cantik !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha betul tu nieda confem tak cukup sebijik mesti sepiiring ngap baru berbaloiii

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home