Asam Pedas Kepala Ikan Kak Noor Style

Asam Pedas Kepala Ikan Kak Noor Style



ASSALAMUALAIKUM 
TERUS ke resepi hari ni ya, sebab ni yang semalam punya, kak noor hari ni tersangatlah busy nya dengan cucunda di rumah ni, tapi masak itu wajib, jadi apa yang ada saja lah, seadanya saja asam pedas kaknoor hari ni takde bendi, hanya ada cili hijau je hahaha gantikan warna hijau untuk bendi, tapi rasa nya tetap rasa cili, bukan rasa bendi.  Asam pedas ni rasa sangat wangi sebab ada jintan putih didalam asam pedas, jadi kalau adik-adik nak try memang sedap dan terangkat lah.



Bahannya
Beberapa keping kepala ikan dibersihkan 
3 sudu besar air asam
1 sudu kecil jintan putih serbuk
1 sudu kecil lada hitam serbuk
beberapa biji cili besar hijau dan merah
sedikit daun kesum 
sekuntum bunga kantan
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula

Bahan kisar
15 biji cili kering
2 batang serai 
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 inci kunyit hidup 
1 biji buah tomato 


Cara nya
1.   Panaskan kuali masukan sedikit minyak dan tumislah bahan kisar sehingga wangi. 
2.   Kalau terlalu pekat masukan sedikit air dan masaklah sehingga cili betul-betul masak. 
3.   Kemudian masukan serbuk jintan, serbuk lada hitam, asam jawa,  kacau rata.
4.   Masukkan daun kesum dan bunga kantan dan  masaklah sehingga kuah pekat dan keluar minyak.
5.   Tambahkan dengan garam dan gula secukup rasa. kalau suka berkuah tambah lah air secukupnya.
6.   Lepas tu masukan kepala ikan  dan cili besar masaklah sehingga mendidih dan ikan lembut.
7.   Tutup api bila dah secukup rasa.



Boleh cuba ya pada yang sudi, nak kurang dan nak tambah apa-apa ikut selera family masing-masing lah, nak kurangkan pedas boleh kurangkan cili tu, tapi bagi family kak noor memang suka pedas so takde masaalah lah..


12 comments:

  1. terimakasih kak noor singgah blog saya hihi..
    wahh sedapnya asam pedas..saya pandai makan yg mak masak je..bile buat sndiri ada je yg fail, serbaserbi kurang hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome Imm, fav se isi rumah ni asam pedas, senang je Imm cer ikut resepi ni hehee

      Delete
  2. mengancam kepala ikan dengan mata terjojol keluar....sodap tu mata ikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang korek mata dulu diana sebelum makan yg lain hahaha hantu mata ikan ni

      Delete
  3. menggoda betul kari kepala ikan kak noor ni..!

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. merah kan berani !!! yanty mesti lah kena lebih merah menyala supaya lebih berani haha

      Delete
  5. pergghhh.. teringin nk rasa air tangan kanda Noor..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home