Crepe Durian !!! Dimana Nak Cari Durian Masa Ni....

Crepe Durian !!! Dimana Nak Cari Durian Masa Ni....


ASSALAMUALAIKUM dan selamat bersantai semua adik-adik blogger, tiba-tiba teringin nak makan crepe durian lah pulak, tapi masa ni dimana nak cari durian? Ini masa sedang mewah durian musim buah baru ni, tapi sekarang ni adoiii, sayang tak beli banyak-banyak time durian bermusim, simpan frezer bila teringin nak makan kan ke senang kan. Jamu mata saja ok dengan gambar lama ni untuk hilangkan ketagih haha...kalau sesiapa ada durian boleh lah try buat crepe ni tau, resepi ada kat bawah..





BAHAN CREPE

20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastard
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40 ml susu cair
150ml air
pewarna kuning
perisa durian 


CARA NYA

1.  Masukkan semua bahan kedalam mangkuk besar.
2.  Sebatikan dengan whisk dan tapis supaya tak berketul.
3.  Ambil sesenduk adunan, tuangkan dalam kuali non stick.
4.  Lenggangkan supaya adunan sekata di atas api yang kecil.
5.  Sebelum masukkan adunan panaskan dulu kuali tau!!!
    Penting ni supaya crepe tak melekat di kuali, wajib kena panaskan dulu.
6.  Masak hingga crepe macam dah jernih dalam 1-2 minit.
7.  Buatlah sehingga habis adunan.


FILLING

150ml fresh cream diputar hingga kental

(boleh mix sekali dengan 2 sudu isi durian)
isi durian secukupnya

CARA NYA

letakkan fresh cream letak isi durian dan letak lagi fresh cream di atasnya.
lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.

siap simpan kejab dalam frezer atau petiais untuk sejukkan.
lepas ni dah boleh santap.




Teruja tak tengok crepe ni dengan isi durian yang adoiiii cakap pun tak guna



Kena sabo je banyak-banyak siapa yang hantu crepe durian ni ya, yang kaknoor buat ni memang agak besar sebab untuk makan sendiri, tapi pada yang dah order memang saiz ni jugak sebab rasa nya sangat lambat kalau buat saiz kecil, hahaha pemalas jugak makcik ni..


34 comments:

  1. Replies
    1. tersangat lah gebus Alezzz mcm tuan yg buat ni haha

      Delete
  2. Warna kulit crepe tu sangatlah cantik. Mesti sedap dan yummy hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Nur alhamdulillah tidak menghampakan yummylicious..

      Delete
  3. Replies
    1. yesss Scdha sebab tulah my crepe ssedappp heheee angkat bakul ni

      Delete
  4. Replies
    1. thanks Nurul peminat durian mmg tak kanlepaskan peluang hehe

      Delete
  5. Sedapnya.. Musm-musim macam ni durian ada juga di jual kat bahagian buah kat JJ atau pun tesco.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks PMDR masaalah nya kaknoor tinggal kat brunei takde tesco or JJ tu tkpe bersabar lah

      Delete
  6. Sedapnya crepe durian...
    Pernah makan masa adik2 buat...
    Kat sini beli durian frozen jer... Jadi lah utk hilang rindu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ke durian frozen kat sana tu Nur, best jugak kan janji dpt makan ok lah tu asalkan ada wangi durian hehe

      Delete
  7. Cakap pon memang tak guna kak..selagi belum ada lambakan durian di musim dia..hahaha..kalau luar musim macam berchintaa sket nak beli sbb mahal, boh sikit tak berasa..banyak2 kang kiok lak kita nak kaver modal..haha
    Ada sorang reg.custemer saya, dr zaman dia pregnant sampai dah anak umo 3/ 4 bulan masih mengharapkan crepe duyan saya..haha..sian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sesangat tokeh neo Anna, kena tunggu lambakan durian baru murah dan berbaloii, nak puaskan hati orang memang susah, semua nya salah boh sikit kah banyak kah, wah salute lah pada ur regular customer tu, dulu kini dan selama nya lah tu alhamdulillah Anna kannn

      Delete
  8. Nampak berlambak2 kat pasar malam kat KK.... tp x bli pun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kak Rose, awat tak habaq nak pi ambik dgn lori taya 10 ni haha

      Delete
  9. hadoi la kak noor ni, pepagi da buat saya terliur durian haha
    mmg susah nak jmpa durian sekarang ni, blom musim kot (kat tempat sy la).
    sy suka makan durian begitu sahaja, sbb tak rajin dan tak reti nak ber-crepe bagai hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syahida, kt sini pung tak nampak kulit durian pun, confirm bukan musim lah tu, kena tunggu durian thailand lah tu kot, belajar lah bercrepe Sya mesti nak mkn lagiiiii

      Delete
  10. wah, memang best sangat kalau dapat durian time ni..teringin jugak nak try buat durian crepe..adoi terliur la pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wana, kat tempat wana ada tak durian ni boleh kaknoor terjah ni

      Delete
  11. time durian banyak baru ly makan durian crepe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Fiza, skrg tukang buat kueh ni takut nak buat sbb durian mahaiiii

      Delete
  12. Dah brapa kali salin resepi crepe durian ini, tapi cam confius jer resepi tu ada filling kastard lah bagai...last tak buat, resepi akak ini cam mudah, nanti nak try guna yang ini tapi kena tunggu ss2 banjir durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diana,kalau buat resepi ni pasti tak menghampakan, walaupun dia banyak jenis tepung, berbaloii sedap dan crepe nya senang nak gulung tak pecah, filling pun sedapp tau

      Delete
  13. cobaan..cobaan...cobaan...huhuhu...menjejeh air liur yan ..kak :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabo je yanty lap dulu yg menjejeh tu ya hehe

      Delete
  14. As salam. Salam kenal Noor. Mashaa Allah... meriahnyerr blog ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslam Nor, alhamdulillah sbb tercium wangi durian tu kot kan hehee

      Delete
  15. asyik telan air liur je nih..rasanya tak terbuat JM walau dh ada resipi camni

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home