Double Choc Strawberry Lazattt Ala Zebra

Double Choc Strawberry Lazattt Ala Zebra


Assalamualaikum dan selamat petang, hari ni kaknoor nak kongsikan resepi yang sangat mudah untuk di cuba oleh adik-adik yang agak - agak kurang ada masa untuk ke dapur tapi nak yang sedap, jom kita tengok resepi ni sangat mudah dan sedap asalkan ada buat strawberry dan coklat, kalau tak nak double coklat tu boleh di letakkan samada choklat putih saja or chocolate biasa tu saja, selera ditangan masing-masing kan...






Resepi nya sangat mudah
Kita hanya perlukan

Buah strawberry secukupnya
Coklat putih 
Coklat bar biasa
Pencucuk yang sesuai

Cara nya
Cairkan coklat bar secara double boil, agak-agak je berapa banyak strawberry yang kita ada lah, kemudian celupkan pada strawberry yang telah di cucuk dengan pencucuk yang sesuai supaya senang kita pegang.  Cucukkan di gabus dan biarkan coklat kering sekejab, kemudian cairkan pulak coklat putih, bila lapisan coklat dah kering, lorekkan ikut kreativiti sendiri coklat putih pada strawberry coklat tadi dan biarkan kering. Masukan dalam petiais untuk lebih sedap.
MUDAH KAN !!!



Kalau ada yang teruja boleh try ni segera boleh makan ni choc ni cepat mengeras, memang lazat sangat pada pencinta chocolate dan strawberry.

2 comments:

  1. ingat apa lah tadi..hehe..memang mudah kak noor...cantik je belangnya..

    ReplyDelete
  2. cantik belang belang tu Kak Noor. Mengundang selera...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home