Ikan Merah Goreng Sos Epal Hijau

Ikan Merah Goreng Sos Epal Hijau




ASSALAMULAIKUM dan salam sejahtera pada semua yang masih sudi berkunjung kesini.
Menu simple kaknoor nak kongsikan disini, ikan merah goreng je, jom tengok resepi, Kalau bahan dah ada boleh lah try ni untuk menu tenghari ya..





BAHAN PERAP IKAN
1 ekor ikan merah sederhana besar di bersihkan
3 sudu besar  tepung jagung
sedikit kunyit serbuk
sedikit lada hitam tumbuk
garam secukup rasa.
minyak untuk menggoreng

BAHAN SOS
1 biji epal hijau di hiris memanjang kecil
2 biji tomato di hiris panjang
2 ulas bawang putih di cincang
3 biji cili padi dicincang
3 sudu sos cili
garam dan gula secukup rasa.


CARA NYA
1.  Gaulkan ikan dengan bahan perapan dan biarkan 15 minit dan goreng sehingga garing.
2.  Panaskan kuali masukkan sedikit minyak, tumislah bawang putih sehingga layu, masukkan cili cincang, sos cili dan tomato.
3.  Kacau rata, masukkan garam dan gula secukup rasa.
4.  Akhir sekali masukkan potongan epal, gaul rata dan curahkan di atas ikan goreng.
5.  Sedap di makan begitu saja atau dimakan bersama dengan nasi macam sweet and sour lah rasa nya.



SELAMAT MENCUBA
Alhamdulillah pastinya tidak menghampakan rasa,nya apa lagi tengok kepala yang tergolek tu memang nak ngap sja kan, kaknoor hantu kepala ikan, itulah sebab nya mudah lupa kot kan hahaha.
Tapi betul ke mkan kepala ikan mudah lupa??

10 comments:

  1. Replies
    1. jgn tak cuba Eny mesti lebih sedap kalau U buat kan

      Delete
  2. Terliur sudah tengok Kak Noor... boleh dicuba ni.. sedap jer tengok tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahan pun mmg dah selalu ad akat dlm frezer yatie wajib cuba ni kan haha

      Delete
  3. salivating!! interesting too with the addition of apple

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup Nammi, you must try it coz green apple make the dish very yummy hehe..

      Delete
  4. Dear Nooriah,
    what a wonderful recipe, I love this taste and spices!!! Thank you for sharing!
    All my best from Austria and a happy happy happy New Year
    Elisabeth

    ReplyDelete
  5. thanks dear Elisabeth
    for reading my blog and love my recipe
    sadly my writting in Malay
    sorry my dear

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home