Krepek Ubikayu Dari Safest Mandoline Krup Krap Krup Krap Bunyi Dia

Krepek Ubikayu Dari Safest Mandoline Krup Krap Krup Krap Bunyi Dia


Assalamualaikum kepada yang sudi singgah di blog kaknoor samaada silent reader atau yang sudi meninggalkan jejak disini, hari ni kaknoor nak kongsikan resepi krepek ubikayu yang sangat mudah untuk menyediakan nya dengan menggunakan SAFEST MANDOLINE ni, tak tau samaada di Malaysia ada jual ke tidak, tapi kak noor beli ni masa kaknoor melawat anak kaknoor kat Uk bulan september baru ni, tapi kat buku ni ada address boleh visit di


Kak noor rasa boleh beli online, jadi siapa yang berminat boleh lah layari lakeland tu ya, memang geram kalau kita masuk kat kedai lakeland ni, rasa nak hangkut je semua benda disini, tapi apa kan daya, kita takde kilo yang banyak untuk dibawa balik, jadi kena tahan lah nafsu nafsin tu haha



Untuk membuat kerepek ni tak susah pun, ubi yang telah di slice nipis tu di gaulkan dengan sedikit garam, kunyit, serbuk cili dan sedikit gula, perap sekejab dalam 15 minit ke, lepas tu goreng lah dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan dan ranggup.  Memang sedap makan selepas digoreng ni krup krap krup krap bunyi dia tau....




Kak noor gandingkan dengan air kelapa muda waduhhh memang terangkat ni, jangan marah hah.. bawa bersabar tau...



Ini lah dia safest mandoline tu, memang safety lah tak caya mesti dapatkan satu benda ni baru tau, dan kegunaan nya banyak sangat, cer tengok gambar kat bawah tu ya



Cemana ada tak yang berminat dengan mandoline ni, kaknoor first time tengok benda ni kat kedai memang terus jatuh cintan cintun, takpe tak beli benda lain asalkan dapat benda ni hehe..

4 comments:

  1. kerepek ubi mmg legend...sedap makan masa tengok tv...

    pertama kali tengok sagat ubi macam tu...

    ReplyDelete
  2. keropek ubi memang sedap . nak pula yg pedas memanglah tak perasan habis sebalang

    ReplyDelete
  3. kerepek air kelapa muda mmg sedappp!

    ReplyDelete
  4. Wah KakNoor tengok krup krap kerepek ubi kayu ni rasa rajin pula nak pergi gali ubi kayu dekat belakang rumah tu.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home