Lagi Tempahan Rainbow Cookies Awal 2015

Lagi Tempahan Rainbow Cookies Awal 2015



ASSALAMUALAIKUM 
Selamat pagi untuk semua nya, ceria kan hari ni dengan kaler-kaler rainbow yang menarik ni, walaupun reality nya kalau ada rainbow memang hujan panas kan, tapi untuk cookies ni berbeza sangat, kalau ada rainbow mesti bergumbira gitu dengan warna warni yang pastinya menarik selera nak makan terutama nya anak-anak, hari ni kaknoor sambong lagi tempahan rainbow cookies ni setelah dua hari coti-coti, untuk yang nak buat sendiri boleh lah tengok resepi kat bawah, dan pada yang malas nak buat tunggu nak mamam je  boleh whatsapp kak noor untuk tempahan, tapi mesti lah awal seminggu ke dari hari nak guna tau!! sebab lately memang tempahan alhamdulillahhh...






Biskut  Lidah Kucing Rainbow

Bahan
 250 gm Butter
175 gm gula Kastor
100 ml putih telur
200gm Tepung Gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu emplex (perangup biskut)

Warna : Unggu, Biru, Hijau, Kuning, Oren dan Merah




CARA


1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex dan ketepikan.

2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukkan telur sedikit demi sikit hingga 
    sebati.

3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi didalam adunan dan pukul sebati.

4. Bahagikan adunan  kepada 6 bahagian dan warnakan mengikut warna rainbow

5. Masukkan kedalam piping bag yang telah di letakkan nozel no 8 

6. Panaskan Oven 150C dan bakarlah selama 15 minit atau sehingga masak dan ranggup.

7. Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.




Untuk orang Brunei yang nak menempah bolehlah whatsapp kak Noor 
8739160  penghantaran akan di buat kalau cukup quota ok..
Apa-apa pun msg or wa lah pada yang berminat.


7 comments:

  1. Replies
    1. biskut paling laris tahun 2014 kat brunei Normi mesti cuba ni rangup tau

      Delete
  2. banyaknya dulang biskut ni..bila lah ataknya dapat merasa air tangan kak noor ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yanti, itu pun belum habis dulang di gambo sbb bila di timbang mmg sikit je dek oiii lagipun biskut ni nipisss

      Delete
  3. macam sedap jer heheh
    salam kenal boleh jadi kawan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sangat danish aurora, boleh takde salah nya nk berkawan kannn

      Delete
  4. salam kak nor ,
    saya memang tabik hormat pada sesiapa yg mampu ambil tempahan biskut ini.
    pernah tangan saya kejang kejung sehingga tak mampu genggam
    hihihi
    cantik dilihat n dimkn tapi nak buat boleh sakit urat dibuatnya

    silent reader..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home