Masak Kasim Ikan Talapia Masakan Lagenda

Masak Kasim Ikan Talapia Masakan Lagenda

ASSALAMUALAIKUM 
Salam sejahtera untuk semua nya, se awal jam 9 ni didapur dah beres, dah cuci pinggan mangkok bekas masak-masak, awal kan, hari ni kaknoor nak kongsi menu nostalgia dari kedah iaitu 
Masak Kasim.
Menurut cerita nya, dulu di kedah ada lah seorang hamba ALLAH bernama Kasim, Isteri Kasim balik bersalin kat kampong, jadi lah tinggalkan Kasim sorang dan masak pun ikan bendang lah, ikan puyu masa tu memang banyak lah kat bendang.  Dah masak letak lah kat bawah tudung.  Entah macamana Si Kasim ni kena tembak dan meninggal dunia,  Bila dah meninggal tu orang ramai pun naik lah  keatas rumah Kasim, bila di buka tudung ini lah masakkan yang Kasim tu masak!!!!!
WALLAHUAKLAM tak tau lah cerita ni samaada benar ke tidak!! tapi menurut orang Kampong Sg Baru di Kedah tu macam tu lah ceritanya asal nama masak Kasim tu...





BAHANNYA
1 ekor ikan talapia dibersihkan, perapkan garam dan kunyit dan goreng.
15 biji cili padi merah dan hijau ditumbuk / kisar
5 ulas bawang merah tumbuk / kisar
sedikit belacan dipanggang dan tumbuk
2 keping asam keping
1/2 biji bawang besar hiris bulat
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa.


CARA NYA
1.  Panaskan minyak dan tumis lah bahan tumbuk sehingga beraroma.
2.  Masukkan asam keping, belacan, garam dan gula secukup rasa, kacau rata.
3.  Kalau perlu tambah sedikit air dan masaklah sehingga cili tu semerbak wangi.
4.  Bila dah masak tambahkan bawang besar kacau rata dan curahkan kuah ni di atas ikan.
5.  Boleh jugak di tambah belimbing buluh menggantikan asam keping, selera masing-masing.
6.  Siap untuk di hidangkan bersama nasi panas.




Kalau ada ikan puyu baru betul masakkan Kasim, tapi disini takde ikan puyu jadi ikan talapia pun ok lah tiada rotan akar pun berguna, kata Mr. Karamsingh Valia haha

21 comments:

  1. Replies
    1. kalau dpt ikan sungai mmg takde masakan lain selain dari masak kasim ni je Idzwa

      Delete
  2. sadis cerita kasim tu ye kak....sampai di kenang2 masakan beliau, menyelerakkan pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nasa, entah betul entah tidak cerita tu, orang tua2 pun dah tkde nak confemkan tang masakan dia mmg sedap sngt

      Delete
  3. Yum yum....sedap ni...tengok gambar pun dah ngences... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakcik, biar gambar berbicara kan hahaa confem sedapp ni

      Delete
  4. Salam...makan dengan nasi panas2 yummy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tk payah lauk lain kalau masak kasim, ini je dah cukup Ton..waaalikumuslam lupa lah pulak

      Delete
  5. disebalik masakan ada kisah pembunuhan..

    talapia ikan sungai sejati..yang sedap dan lemak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu yanty kesian kan si kasim tu penat2 masak orang lain makan dan dia pergi buat selama nya

      Delete
  6. singgah n follow back
    keep in touch
    sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks adinda Nur, insya allah sedappp yup keep in touch insya allah

      Delete
  7. Replies
    1. kalau pedas2 mmg ngancam adda mcm masak kasim ni

      Delete
  8. Alahai Kaseeemmm! mati kempunan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah sweetie, kempunan utk selama2nyaaa kesiannnn

      Delete
  9. Replies
    1. boleh try cik yaya mesti bertambah nasik.

      Delete
  10. ada belacan ada cili ada itu ada ini... pehhh belum try lagi dah bole bayangkan sedapnya.... tengkiu sharing

    ReplyDelete
  11. Sedapnya nmpk..kalau buat ni mesti suami sy suka..hihihi

    ReplyDelete
  12. sdapnya..mmg terliur bca bhan2nya..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home