Menu Nostalgia Ubikayu Rebus Sambal Sotong

Menu Nostalgia Ubikayu Rebus Sambal Sotong



ASSALAMUALAIKUM
Salam sejahtera untuk semua nya, pagi-pagi sebelum mula kan kerja wajib kena breakfast dulu kan, kalau tak time makan nasi tengahari memang terlajak nasi, jadi jom kita makan menu nostalgia ni, ubi kayu rebus cicah sambal sotong, kalau dulu-dulu di kampong ubikayu makan cicah gula je, tapi sekarang macam-macam dah idea orang moden ni kan cicah sambal lah apa yang suka..








BAHAN SAMBAL SOTONG

5 ekor sotong kering sederhana besar di rendam semalaman
3 ke 4 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar kisar
3 ulas bawang putih kisar
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar air asam jawa pekat
garam, minyak dan perasa secukupnya

CARANYA

1.  Sotong kering yang telah di rendam  di potong kecil dibersihkan dan di toskan.
2.  Panaskan kuali masukan minyak secukupnya dan tumis lah bahan kisar sehingga wangi dan garing masukan sedikit air dan kacau biar rata
3.  Masukan sotong dan masak lah sehingga sotong betul-betul lembut, masukan air asam jawa, garam dan gula merah dan kacau lagi biar rata.
4.  Biarkan sambal sotong ni merenih dengan api yang perlahan supaya pecah minyak dan nampak cantik sambal tu.
5.  Dah masak boleh lah diangkat dan di hidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak

Kali ni sebelum makan dengan nasi sambal sotong ni kebetulan dah ada ubikayu, di rebus di makan dengan sambal sotong, cakap pun tarak guna confem sedap sedap sedap



ALHAMDULILLAH walaupun simple dimple tapi lazat sangat sebab jarang sangat dapat jumpa ubikayu yang gebus telus macam ni, teruja tak adik-adik kaknoor semua!!!

12 comments:

  1. Replies
    1. kaknoor pencinta ubi Liz haha roboih pun sodappp

      Delete
  2. feveret cicah sambal sotong kembang..mak mertu lalu belakang pun tak sedar :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tk sedar yanty mertua lalu sbb mertua duduk umah lain hahahaha

      Delete
  3. Sedapnya...terliur ubi kayu yg colour kuning2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang brunei kata ubi mentega yang kuning tu cheqda sedap gebu ja tau

      Delete
  4. pagi tadi pun sarapan dengan ubi rebus dengan sambal sotong....cam janji jer kak noor, tp bukan sya masaklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisahlah bukan nasa yg masak yg penting sarapan kita sama kannnn

      Delete
  5. memang menggamit selera betul lah kak noor, ubi dan sambal sotong tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama sngt tak makan macam ni rindu lah eny kebetulan ternampak ubi kat tamu kt sini rembatlah

      Delete
  6. Last saya makan ubi pun dah tak ingat bilaaaa. Rinduuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dh lama sngt tu FR kalau sampai tak ingat kann

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home