Nasi Goreng Gulung Resepi Ulangan Tak Pernah Jemu

Nasi Goreng Gulung Resepi Ulangan Tak Pernah Jemu


ASSALAMUALAIKUM
Semoga semua nya sihat walafiat hendaknya ya, walaupun hanya makan nasi goreng saja hari ni, asalkan kenyang dan perut tak berbunyi oklah tu.  Hari-hari kaknoor letak resepi yang simple dimple kan, maklum dah tak berapa nak rajin sebenarnya masak yang complicated tunggu angin kus kus datang baru lah ya ya masak haaa...

Kalau ada yang tak tau nak buat nasi goreng tak tau lah kan, resepi sempoii je kat bawah ni..





BAHAN TELUR DADAR
3 biji kuning telur
1 biji telur
3 sudu besar susu segar
serbuk perasa atau garam
sedikit paprika

CARA NYA
Campurkan semua bahan di atas dan kacau, panaskan sedikit minyak didalam kuali tak melekat, masukan telur dengan guna kan api yang perlahan saja, agar tak terlalu hitam di bawah nya.
Dah masak letakkan didalam pinggan dan sedia untuk di gulung bersama nasi goreng.
Jika kita guna lebih telur kuning, telur dadar kita akan lebih cantik dan lebih kuning, tapi kalau sayangkan telur pun tkpe guna telur kuning dan putih macam biasa...


Bukan saja anak-anak yang teringin nak makan, mak anak-anak pun teringin jugak kan kalau nasi goreng macam ni, boleh try untuk bekalan anak-anak ke sekolah ke, picnic ke, selera ditangan sendiri 




Selamat jamu mata ya adinda semua ...

13 comments:

  1. sedap betul nampak nasi goreng bungkus telur ni... sesekali cuba yang lain dr yg lain kan kak noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eny, kalau makan nasi goreng macam ni gerenti licinnnn pinggan sbb takde tulang hahaha, tryyy tau

      Delete
  2. Kak Noor,
    Thank you sedapnya.. heheh ni resepi boleh cuba untuk anak saya Razim pengemar telur.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aula, boleh lah try nanti deco lawa2 mesti ur Razim suka ni..

      Delete
  3. Tak terfikir SS nasi digulung dgn telur... Macam sushi...

    ReplyDelete
  4. betul tu macam sushi SS, sushi orang kampong lah ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe 'sushi orang kampung' yg sangat kreatif :)

      Delete
  5. nasi pattaya nasi goreng dibungkus telur.. ni nasi gulung..rajin mggulung nasi.. kalau pemalas mcm saya mmg letak ja telur atas nasi..nasi selimut telur..haha

    ReplyDelete
  6. biasa mk nasi goreng pattaya je..kena bungkus dan telur..kalau nasi goreng gulung cimei camni rasa syg nk mkn

    ReplyDelete
  7. Good idea letak nasi dlm telur gulung... Boleh tiru ni...

    ReplyDelete
  8. Memancing selera betullah hidangan Kak Noor ni. Gulungan telur tu nampak cantik dan kemas :)

    ReplyDelete
  9. kreatif ttp menarik wlu nasi goreng

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home