Nasi Dagang Menu Dihari Minggu

Nasi Dagang Menu Dihari Minggu


ASSALAMUALAIKUM 
Semoga sihat sejahtera hendaknya adik-adik kaknoor di hari ni ya.
Tak lah special sangat hidangan hari ni hanya nasi dagang biasa je, bersama the gang lah, gulai ikan tongkol, acar timun, ayam goreng dan telur rebus.  Sepatut nya kalau nk sedap lagi gulai nya eloklah di buat sehari awal supaya lebih mesra dan bila kita selalu panaskan gulai kita akan lebih merah menyala gitu, dan sedap mata memandang kan..

Orang terengganu dan kelantan mesti dah expert kan buat nasi dagang, tapi bagi orang kedah yang tinggal "berdagang" di tempat orang ni boleh lah seadanya saja, takle sehebat orang asal nya, tapi kenyang tu alhamdulillahh...






GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-bahannya

1 ekor ikan tongkol sederhana besar di bersihkan, di potong dan di rebus.
Simpan air rebusan ikan.
3 sudu rempah nasi dagang
3 cawan santan
2 keping gula Melaka
3 keping asam keping
10 biji cili padi
Garam secukupnya rasa
Minyak untuk menumis


Bahan kisar

15 biji cili kering
2 batang serai
1 inci lengkuas
½ inci halia
4 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah

Cara memasaknya
1.    Panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan kisar sehingga wangi dan layu.
2.    Masukan bancuhan rempah nasi dagang dan kacau sebati, masak sehingga mendidih dan pecah minyak.
3.    Masukan air rebusan ikan,  asam keping dan gula Melaka dan masak lah dengan menggunakan api yang perlahan sehingga betul-betul pekat.
4.    Bila dah pekat masukan santan, ikan, cili padi dan garam
5.    Agak lama untuk menghasilkan gulai yang cantik dan berminyak, seeloknya masak sehari sebelum makan, di panaskan bila nak makan baru sedap dan mesra rasa nya.
6.    Gulai nasi dagang siap untuk di hidangkan.







NASI DAGANG
BAHAN NYA
4 cawan beras basmathi
4 - 5  cawan santan
sedikit halba
garam secukup rasa
bawang merah secukupnya dihiris
halia secukupnya dihiris


CARA NYA
Sebenarnya dalam rajin-rajin kadang-kadang jadi malas jugak kan, jadi nasi dagang kali ni kaknoor hanya masak macam nasi lemak biasa, satu kan semua, masuk dalam rice cooker dan on je, habis cerita, jangan ikut macam ni tau, ni versi orang malas haha, cara nak makan pun terpulang lah, disini kaknoor makan dengan, gulai ikan tongkol tu wajib ada kan, ayam goreng kunyit biasa je, dan acar timun bersama telur rebus.







Kalau ada yang nak tumpang makan meh sementara masik ada stok ni hehe..
Alhamdulillah kenyang sampai ke petang kalau makan nasi dagang ni..


10 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah Nieza lama tak makan best ni

      Delete
  2. salam singgah kak noor ..dah lama tak buat nasi dagang ni.. merah menyala gulainya .. original cam nasi dagang kelate hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke wani, rasa nya belum tau tu kalau orang kelate rase mesti banyak komplain haha

      Delete
  3. ya Allah, dah la hari ni saya puasa...
    mahu buka puasa kang cari nasi dagang..huhu...

    ReplyDelete
  4. nasi dagang mmg sedap...kari kak noor mmg x mnghampakan..cantik je warnanya

    ReplyDelete
  5. ni yg terasa nak jd jiran sebelah kak noor..boleh tadah mangkuk hahaha
    teringat ms makan ns dagang kat teganu..mak aihh nikmat! :)

    ReplyDelete
  6. waduhhh nasi dagang kak nor.. mmg feveret ni kak..

    ReplyDelete
  7. yelah kan mayamg waduh sdpp banggat ni..nti nak buat boleh godek2 lgi kat sini..tq Noor

    ReplyDelete
  8. sedap nyaa.. terasa nak cedok cedok nasi tu heheheh

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home