Nasi Kerabu Yang Sedap Walaupun Banyak Songeh Nya.

Nasi Kerabu Yang Sedap Walaupun Banyak Songeh Nya.


ASSALAMUALAIKUM
Selamat pagi dan salam sejahtera untuk yang sudi kesini, tak lupa pada silent reader jugak, hari ni kaknoor nak kongsikan resepi nasi kerabu yang sedap dan sihat yang sukar di tolak pada bila-bila masa saja, walaupun banyak kerja sangat untuk menyiapkan nasi kerabu ni, tapi kalau kita sediakan lebih awal insya ALLAH semua nya bisa di bereskan on time.




Nasi
Masak nasi seperti biasa. Ramaskan atau blender bunga telang dan tapis ambilkan air nya, sukatan air bunga telang ni ikut sukatan beras yang kita gunakan ok, boleh ditambah daun limau purut dan serai yang diketuk jika nak wangi sikit sebab bunga takde bau hanya warna saja yang biru, so pandai-pandai lah ya..

Ini lah bunga telah yang kak noor guna untuk masak nasi tu kalau ada yang belum tau!!



Kuah Tumis
2- 3 cawan santan 
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula 
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 

Nota: Kuah tumis biar ada rasa manis masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.


Sambal Kelapa
1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula



Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangus,  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.

Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.


Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh

Hiris halus kesemua ulam ulaman.


Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula 


Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis. 


Lauk pauk
Telur masin 
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar 
Daging goreng atau ayam goreng 
Keropok atau keropok lekor
Solok lada
Atau apa apa jer yang disukai


Cara Menghidang
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.

Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.


Boleh jugak nak short cut buat nasi kerabu ni asalkan ada sambal dan ulaman dan nasi nya biru, jadi lah tu kan, sebab kalau makan ramai baru berbaloii buat nasi kerabu ni kann...



Memang banyak songeh sikit kalau nak buat nasi kerabu ni, banyak penyediaan nya, tapi kalau ada yang nak makan tapi malas nak bersongehan boleh order dari kak noor, pada yang tinggal di Brunei Darussalam lah, kalau di luar Brunei tak dapek kaknoor nak nolong dah..
Boleh wa/msg ke 8739160 tapi order mesti awal seminggu lah sebab banyak kerja tau nasi kerabu ni.


21 comments:

  1. saya sgt suka nasi kerabu... nak buat mmg tk rajin sebb banyak songeh nye tu lah hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersangatlah betul Eny, nak buat nasi kerabu memang bercinta jugak kecuali ramai pelanggan yg nak makan kan

      Delete
  2. Seumur hidup kakak ni belum pernah masak nasi kerabu walaupun suka bukan main. Selalu beli aje di pasar malam. Tiap hari rabu ada yg jual

    Tengok Kak Noor punya ni aduhai betul-betul lengkap dan menggoda selera:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada yg beli mmg kaknoor beli jugak tapi kat sini, rasa nya saya sorang saja yg buat nasi kerabu hahaa camno nak beli kakzakie tepaksa kena buat jugak

      Delete
  3. Assalamualaikum kak noor...terima kasih sdi singah dpur kcik saya yg xsbarapa tu...salam ukhuwah dri bahrain...saya pun kerap sngat duk buat nsi kerabu kat sni...semua suka...tpi xrjin nk hidang cantik mcm kak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam Maz, salam lah dapur kaknoor pun yg ala2 saja pun, tapi dah minat masak hari2 mau masak kan, foto2 pun minat jugak maka nya hidangan nasi kerabu jadi ala2 gitu, mmg kita tinggal bukan di malaysia tak dpt tidak nak makan kena buat sendiri, tkde tempat nak beli kan Maz..

      Delete
  4. semalam makan nasi kerabu di Hartinie.. nak masak sendiri, memang tak akan lah. heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak ramai yg rajin macam kaknoor ni nak buat nasi kerabu azian hahaha angkat bakul lah pulakkkk tpi mmg sbb dia banyak songeh tu orang hanya rajin makan je tak rajin nk buat sndiri

      Delete
  5. Suka jugak nasi kerabu..terutama yg kat Kelantan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pun style kelantan memmet tapi dari brunei darussalam tak tau lah u suka ke tidak kena dtg sini rasa dulu lah

      Delete
  6. Replies
    1. bunga telah mmg cantik eleez tapi takde bau nya, nk wangi nasi mesti kena tambah daun limau purut baru best

      Delete
  7. Nak makan beli jer, alangkah best kalau jiran sebelah tu penjual nasi kerabu, hari2 boleh makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry diana, baru kak noor perasan ur nama is diana hahaha tak perihatin langsung kan kaknoor ni sorry ya
      meh nak belanja nasi kerabu ni

      Delete
  8. sedap sangat normi, anak2 pun suka nsi ni walaupun dulu2 diaorang tak suka ulaman dia

    ReplyDelete
  9. Hihihi..rajin kak noor buat nasi kerabu..cheq da ni jenis tak rajin nk buat tp mkn rajin..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah cheqda best rajin makan, kaknoor ni rajin buat kadang2 sampai takde yang nak makan, paksa anak2 makan hahaha

      Delete
  10. salams kenal kak noor

    sedapnyaaaa:)
    kak bunga biru tu baru dapat benih dari kawan kat kelantan tapi tak sempat lagi nak tanam

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jugak dari kaknoor Miza
      benihnya mudah je tanam Miza just tabur je dan siram, dalam 3-4 hari dah tumbuh sikit lah..

      Delete
  11. mcm mna nak dpt bunga tu..ada jual kat pasar ker..hihi../
    mmg nak bt nasi kerabu tu one day..tak terbuat lgi..sbb lecehkn..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home