Pretzel Brownies Insya ALLAH Sedap

Pretzel Brownies Insya ALLAH Sedap


ASSALAMUALAIKUM 
Hari ni isnin dah start lagi sessi sekolah untuk tahun 2015, dan bertambah lah sibuk lagi tugasan surirumah yang sedia maklum memang very busy kan, tapi takpe selagi kita redo Insya ALLAH pahala akan mengiringi kita, SUBHANALLAH apa lagi kalau kita menghidangkan keluarga kita dengan makanan yang sedap-sedap hasil titik peluh kita sendiri.

Berbalik resepi hari ni jom semak ya tak susah pun kalau rajin haha...







BAHAN NYA
(loyang 10 inci x 8 inci)

110g chocolate bar - dipotong kecil
1/2 cawan butter
1 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1/4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan pretzel yg dihancurkan kasar
beberapa pretzel utk dibubuh atas brownies




CARA CARA
1. Gunakan kaedah double boiler, cairkan coklat dan butter didalam mangkuk tahan haba. Bila dah cair, alihkan daripada double boiler dan biarkan sejuk disuhu bilik.
2. Masukkan gula dan vanilla kedalam adunan coklat. Kacau sebati. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.
3. Tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam hendaklah diayak sekali. Kemudian, masukkan kedalam adunan coklat dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula pretzel yang dihancurkan tadi kedalam adunan dan gaul sebati.
4. Tuang kedalam loyang dan ratakan. Susun pretzel diatas adunan dan tekan sedikit pretzel tersebut. Bakar didalam oven 180c selama 30 minit atau sehingga pretzel masak. Bila dicucuk dengan lidi, tiada adunan yang basah melekat pada lidi tersebut.
5. Sejukkan sepenuhnya disuhu bilik barulah dipotong.



SELAMAT MENCUBA YA PASTI TAK MENGHAMPA KAN.


18 comments:

  1. Salam Kak Noor,


    Boleh cuba nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam Honey, apa kabar lama tak nampak kat blog ni, sila lah try mesti sedappp

      Delete
  2. Sedap nampak tu kak noor.. teringin juga nak mencuba.. dah lama tak membaking ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yati cuti sekolah mesti nak cuti baking jugak kan tkpe lepas ni dah boleh baking semula ya

      Delete
  3. Salam kak nor. terima kasih dtg follow blog liz. Ya Rabbi seronok nya masuk dlm blog kak nor ni. bnyk resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmuslam Liz, kak noor thanks jugak Liz sudi singgah kat blog kaknoor, dah hobi masak Liz nak buat cemana jaid banyak lah respi kat sini hehe

      Delete
  4. sedapnyer...nnti nk try jugak lah hihihihi

    done follow back #61 (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks deanna ya follow kaknoor sure sedap mesti try tau

      Delete
  5. Assalamualaikum kak..
    Sedap nih, izinkan ya kita nak cuba bila ada masa terluang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslam JC, dah lama izin ni sila mudahan lah JC ada banyak masa terluang nanti hehee

      Delete
  6. kat malaysia masih lagi dilanjutkan cuti sekolah kak noor..isnin depan baru start.. ^_^

    fuh, menariknya rupa pretzel brownies akak tu..mesti sedap ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks wana menarikss ke ni?? di brunei hari ni dah start mmg busy nak masuk ofis ni langsung tk jadi dari tadi

      Delete
  7. nampak sedap. saya pasti kombinasi rasa brownies yg manis dan pretzel yg masin tu akan menjadi sgt sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eny, of course kombinasi masin n manis memang menggoda jiwa kan jgn lama2 mesti try tau

      Delete
  8. menarik ni kanda Noor.. thanks for the idea

    ReplyDelete
    Replies
    1. lahaiiii chef sudi singgah sini hehee, sbb banyak pretzel maka nyaaaa sheila beli tak sedaq diri smpai tak tau nak buat apa haha

      Delete
  9. Menarik ni, kak. Jadi brownies nya gooey + crunchy lah kan. Pretzel kat atas tu rangup krup krap krup krap.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home