Telur Ikan Terubok Masin Masak Lemak Kuning

Telur Ikan Terubok Masin Masak Lemak Kuning


Selamat petang untuk semua nya, hari ni kak noor nak kongsi menu yang jarang kita jumpa, iaitu telur ikan terubuk masin ni, telur ni kaknoor dapat dari Kucing masa anakanda akak kesana, dah diaorang tanya nak pesan apa, memang telur ikan lah sebab kat Brunei ni memang payah jugak nak dapat telur ni, dok terperap dalam petiais tak ingat langsung nak masak, hari ni hari telur agak nya, Memang terbaik lah telur ini sebab itu lah mahai bebeno kalau nak beli padan lah dengan harga dia tu sebab memang sedappp....

Jom tengok resepi mudah je kalau ikut cara kak noor.




BAHAN NYA
  • 1 kotak kecil santan 
  • 7 biji cili padi hijau kisar
  • 3 biji cili padi merah di kisar
  • 1 inci kunyit hidup kisar
  • 3 ulas bawang merah kisar
  • 2 keping asam keping
  • 1 batang serai di titik
  • secukupnya telur ikan terubuk di rendam dulu
  • daun selasih secukupnya
  • garam dan sedikit gula
CARA NYA
  •   Masukan santan, serai dan asam keping dalam periuk, tambahkan bahan tumbuk dan kacau selalu supaya tak pecah minyak
  • Bila  santan mendidih masukan telur ikan.
  • Masaklah dengan api yang perlahan sehingga mendidih dan telur lembut
  • Akhirnya boleh lah masukan daun selasih
  • Tambah garam dan sedikit gula ikut selera sendiri
  • Lepas tu boleh lah ditutup api dan sediakan nasi panas - panas memang terangkatSANGAT !!!!

Sapa nak tumpang jamu selera meh cepat masih ada dua ketoii ni hahaha, kalau lambat boliawww lah jawabnyaaa...


13 comments:

  1. kuah tuh peaktnya...nyum nyum nyum

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak, saya penggemar telur ikan....kalau beli terubuk masin dari kuching takdenya telur, agaknya dah dikeluarkan dan dijual asing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Nasa telur nya diaorang dah keluarkan buat masin mahaiiii ooooo sepasang dekat $30 hengget ttapi sbb susah nak dpt pejam mata je makan haha

      Delete
  3. subhanallah
    terus lapar tgok lauk ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pasti nasi tambah 2x adinda KM hahaha

      Delete
  4. Salam kak noor.. sedap ye telur ikan terubuk nih.. tun xberapa suka mkn telur ikan, sbb kecik2 dulu bila makan telur ikan mesti rasa mcm pahit2 sikit.. tp tu telur ikan yg kecik2 la, kdg2 beli ikan ada telur kat dlm.. dh besar2 ni blom try lg masak telur ikan. ye la, selera dh bertukar, ntah2 bila dh try jd hantu telur ikan pulakkan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam Tun,menang betul lah tu Tun telur ni ada sikit pahit tapi pada yg suka mmg dah tak rasa pahit dah, apa lagi ditambah dengn cilipadi jadi lemak2 sedap gitu, rugi tau Tun tak makan telur ni

      Delete
  5. alah dah terlambat check in...mesti dah habis lah ni.. :'-C ..yan suka telur ikan..warna lemak tu mengoda..kuning cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah habis la yanty itu lah lain kai chek in awal sikit tau hahahaa

      Delete
  6. Memang mahallah rega teloq ikan terubok ni Kak Noor.... apapun terliur tengok masak lemak kakak tu,.... adeeehhh bubuh daun selasih lagi tu... mesti main petik aje daunnya kat taman herba kakak ye... he hehhehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah Mie lagi best bubuh daun selasih ni lagi banyak lagi wangi, tapi anak2 tk suka wangi jadi ala kadar je bubuh kalau ikut hati tua ni memang nak sepokok selasih tu haha

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home