Butter Prawn Resepi Selepas Holiday Yang Enak Bangat

Butter Prawn Resepi Selepas Holiday Yang Enak Bangat


ASSALAMUALAIKUM 
Salam sejahtera untuk semua yang sudi singgah ke blog kak noor meninggalkan komen-komen indah kat sini, hari kak noor dah sampai semula ke Brunei Darussalam, dan resepi udang ni adalah resepi semasa bertolak keKuala Lumpur baru ni, tak sempat nak buat entry, so malam ni kesempatan yang ada kak Noor masukkan dalam blog ni, memang menjadi kalau siapa yang buat, terpulang kalau nak banyak floss lebihkan telur kuning..





Butter Prawn

Floss
2 biji kuning telur
sesenduk butter/margerin
secawan minyak

Bahan –bahannya
12 ekor udang saiz besar dibersihkan
sedikit garam  
sedikit lada sulah
minyak untuk menggoreng

3 ulas bawang putih cincang
8 biji cilipadi dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
sedikit butter / margerin untuk menumis
sedikit serbuk lada hitam/putih jika suka
sedikit garam

Cara memasaknya
1.  Pukul ringan telur, boleh gandakan kata Shiela nak lebih floss tu, tapi kaknoor pun takut tak jadi guna ikut sifu gak.
2.  Panaskan butter dan minyak, guna senduk bulat dan pusing2kan senduk tu laju2 buat bulatan.
3.  Baru tuangkan telur sedikit2 kalau boleh agak tinggi supaya jatuhnya halus, terus pusingkan senduk kita tu tau.
4.  Buat sampai  habis telur dan berwarna kekuningan boleh lah di toskan dan penapis santan ke atau apa2 penapis yg ada lah ya.
5.  Goreng udang yg telah digaul dgn lada sulah dan garam dengan minyak panas sehingga kekuningan dan angkat.
6.  Panaskan butter dan tumislah bawang putih, cilipadi dan daun kari sehingga wangi.
7.  Masukan susu cair dan masak sekejab dan masukkan udang dan gaul sebati.
8.  Masa nak hidangkan taburkan floss yang telah goreng awal tadi, sedappp di ratah atau dimakan dengan nasi putih.


JOM jamu mata dengan udang yang tergolek ni, walaupun ada yang kecik beso udang ni tapi tetap sedappp, sekilo pun kalau meratah sekejab je licin ni...

3 comments:

  1. resepi sheila mmg trbaikkk kali ni menjadi2 lah besttt

    ReplyDelete
  2. tergolek2 udangnya Kak Noor, terlioq cek hehehe

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home