Kerabu Kacang Botor & Ikan Tamban Tahai

Kerabu Kacang Botor & Ikan Tamban Tahai


ASSALAMUALAIKUM dan salam selasa untuk semua nya.  Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi yang jarang jugak kaknoor masak sebab big boss tak suka makan kacang, jadi apa saja yang kacang-kacang memang jarang masak, kalau masak pun memang ada sayur lain lah untuk big boss ni.  Hari ni bini big boss nak makan kerabu kacang botor yang dari hasil tanam sendiri, jadi boss kena tengok je lah tau haha, Ni ikut cara kaknoor lah yg agak simple, tak mau campur belacan segala, just campur ikan tahai je.  Kalau ada nak tau ikan tahai adalah ikan tamban yang telah di salai, boleh  makan begitu saja, di buat sup, di goreng, di buat sambal tumis dan macam-macam ni.





BAHAN NYA
15 biji kacang botor di hiris kecil
1/4 cawan kelapa parut
5 biji cili padi di tumbuk
2 biji cili besar di hiris
2 batang serai dihiris
1 biji bawang besar hiris nipis
2 biji buah tomato dihiris kecil
5-6 ekor ikan tamban tahai buang tulang dan tumbuk kasar
4-5 biji limau kasturi
sedikit garam dan gula.


CARA NYA
Di dalam kuali masukkan kelapa parut, cili tumbuk dan serai.  Masak lah sehingga kelapa agak-agak kering boleh lah ditutup api dan biarkan sejuk.  Campurkan semua bahan hiris dan bahan tumbuk dan gaul rata, tambahkan dengan garam dan sedikit gula bersama air limau kasturi, dah secukup rasa boleh lah di hidangkan bersama nasi panas, atau di ratah pun sedapp.



Terjadi menu ni sebab dah terlampau banyak sangat kacang botor kat rumah, dah tak larat nak tumis -tumis, tak laku sangat pun kalau tumis, tapi bila di kerabu kan kacang botor ni memang laris, siapa yang belum ada menu sayur utk hari ni boleh lah cuba ni ya, tak tau lah selera masing-masing kan, pada yang suka boleh lah try lah..

Diana Tukang Kebun mesti kena try ni sebab selalu akak tengok banyak kacang botor yang Diana tuai hari-hari kan hehee...



17 comments:

  1. Assalam kak noor..ratah pun sodap neh..

    ReplyDelete
  2. mesti sedap ni kak nor,,sungguh enak dimakan begitu saja,, hihi

    ReplyDelete
  3. kalau singgah blog kak noor ni mmg meleleh la air liur saya...semua resepi kak noor menawan hati saya...TQSM 4 sharing kak.

    ReplyDelete
  4. aduh kak..kalau singgah kat blok akak nie kena perut kenyang dulu..kalau tidak mahu meronta ronta minta makan...huhuhu..

    ReplyDelete
  5. Selain dari buat ulam dan kerabu kacang botor ni saya suka masak lemak cili padi dgn ikan bilis kak Noor.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya, Kak Noor. Ni makan dengan nasi panas, tak de lauk lain pun tak apa ni :)

    ReplyDelete
  7. alahai...sedapnya lah hai...terliur tgk...ni kalau ratah saja pun sedap ni kak...

    ReplyDelete
  8. SEDAP KERABU KACANG BOTOR MUDA CAMPUR IKAN NI RANGUP NGUNYAHNYA...

    ReplyDelete
  9. Sedapnya kak noor.. makan dgn nasi panas ni terangkat habis

    ReplyDelete
  10. Sedapnya kak noor.. makan dgn nasi panas ni terangkat habis

    ReplyDelete
  11. waahhh...meriahnyerrr kerabu ni kak....heheheeh

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home