Lopes Ubikayu Atau Poli Ubikayu

Lopes Ubikayu Atau Poli Ubikayu


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya, ni resepi petang semalam, ternampak ubikayu kat kedai terus beli, teringatkan lopes kat blog KAKWAN, kaknoor memang fav sangat dengan segala menu ubikayu, apa pun boleh makan asalkan daripad ubikayu, lopes ni first time buat, biasa lopes guna pulut kan, yang ni guna ubikayu pun sedapp macam pulut jugak, disini kaknoor tambah sedikit gula dalam adunan untuk memantopkan lagi rasa nya.

THANKS KAK WAN diatas resepi nya ya, dan disini saya kongsikan jugak bersama rakan-rakan lain dan anak-anak saya ya..



Lopes Ubikayu

BAHAN NYA
1 kilo ubikayu di parut
1 1/2 cawan air pandan (5-6 helai dikisar bersama air )
1 sudu besar gula putih
sedikit garam
secukupnya kelapa parut di gaul sedikit garam
secukupnya daun pisang untuk membungkus


CARA NYA
1.  Parut ubikayu dan toskan dalam penapis didalam sebuah bekas.
2.  Buang air jernih di permukaan bekas dan ambik pati nya ubikayu.
3.  Campurkan ubikayu dengan air pandan, garam dan gula, gaul sebati.
4.  Ambil daun pisang buatkan bentuk kon dan masukkan sesudu adunan dan lipatlah.
5.  Buat sehingga habis adunan dan kukus selama 15 - 20 minit pada kukusan yg telah panas.
6.  Gaulkan dengan kelapa parut dan hidangkan dengan sirap gula melaka.

UNTUK SIRAP GULA MELAKA
Masak 1/2 cawan air bersama 100 gm gula melaka dan 2 sudu gula putih, masukan daun pandan, masak sehingga mendidih, tapis, simpan semalaman untuk memekatkan sirap ni.





INI versi terlupa nak letak kelapa, tapi ada sorang anak kaknoor tak suka makan kelapa parut begitu saja, jadi memang sesuai lah untuk dia ni kan, asalkan happy tak kisah lah kan...


17 comments:

  1. wah selera kita sama lah SS suka ubikayu hehe kalau jiran leh bagi cikit

    ReplyDelete
  2. Kak Noor, ni first time saya jumpa lopes ubi kayu.. mmg unik. Selalu mkn lopes pulut je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pencinta ubikayu kaknoor ni tau Eny hahaha memang sedap boleh try lepas ni

      Delete
  3. kak noor, 'langkah kanan' sy blogwalk hari ni..jumpa kuih lopes kegemaran kat sini. tak dapat jamah, cuci mata pun jadilah haha.alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai mai syahida jgn malu kita pekena lopes ubikayu ni langkah kanan kan..

      Delete
  4. first time jmpa resepi ni..blk kmpg nk cri ubi kat belakang rmh..blh mntk mak buatkan.. haha..aip jgn kata apa2 ek, saya tlg juga.. mak.chef utama..hihi

    ReplyDelete
  5. QA, tak kata apa2 don worry bagus lah tolong mak kan, sagat ubi ke, tolong perah ubi ke, rajin lagi tolong korek ubi lagi gud girl anak mak lah tu..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. sedappp Yanty kaknoor fav ubikayu
      apa pun soda je

      Delete
  7. Menarik ni! Saya tak pernah rasa lopes ubi kayu. Nanti ada ubi boleh cuba buat. Thanks, Kak Noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishh..x sabar nk tahu versi Farrah pulak :-)

      Delete
  8. Salam Kak Noor, my feveret, tapi biasa makan yg pulut, yg ubi kayu tak penah rasa, sedap ek kak... hurm.. org mengandung ni semuanye teringin..hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti dah makan kan masa ni lopes ubikayu nii Emme

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home