Nasi Goreng Tahai ( Ikan Tamban Salai ) Bersama Acar Buah & Telur Mata

Nasi Goreng Tahai ( Ikan Tamban Salai ) Bersama Acar Buah & Telur Mata


ASSALAMUALAIKUM 
Selamat pagi kamis untuk semuanya, hari ni kak noor nak kongsikan satu resepi nasi goreng yang sedap, yang telah di masak oleh chef Sue Arukin semasa demo masakthon tempohari, sebab tak puas makan disana, maka nya kak noor masak lagi kat rumah, tapi kak noor guna beras biasa je, mengikut chef Sue semasa demo menggunakan beras perang, tak de stok biasa lah kan... dah teringin sangat akak guna je beras biasa dan di ubah suai ikut citarasa family kaknoor.

Resepi nya memang akak copy dari buku bulat-bulat haha kalau ada yang teringin nak buat boleh lah ya, cuma nya maybe disebelah sana takde ikan tahai, kat Borneo ni, terutamanya Brunei memang terkenal banyak ikan tahai ni, tapi boleh lah di gunakan ikan bilis atau tamban masin biasa cuma taklah sewangi ikan tahai ni wangi bau asap menusuk ke kalbu tau!!


Disebabkan masih berbaki acar buah tu jadi kaknoor makan bersama dengan acar, sangat mengancam ada rasa masam-masam manis macam cerita P. Ramlie lah pulak kan..


Kalau chef Sue menggunakan telur hancur bersama dengan nasi, tapi kaknoor guna telur mata, supaya lebih nampak menyerlah kekuningan tu.


Boleh cuba tau adik-adik kaknoor tak susah pun, dengan rasa yang sedappp..


Ini step by step mengikut dalam buku chef Sue Arukin 


Pada orang KL dan khusus di Malaysia boleh lah dapatkan buku ni di book store berhampiran, di popular, mph memang ada lah, don worry, ada banyak lagi jenis nasi dalam buku ni, rugi siapa yang tak beli, kita kan perut nasiiii, kalau tak makan nasi memang terasa sangat kosong walaupun dah masuk macam-macam benda lain kannnn....


8 comments:

  1. kalau nasi goreng..apa jenis pun memang kegemaran anak2 acik kak noor..

    ReplyDelete
  2. sedap nasi goreng... siap telur mata tu yang tak tahannnnnn

    ReplyDelete
  3. Salam K. Noor,

    tengok pun memang dah mengancam, belom makan lagi...

    ReplyDelete
  4. ishh..nk masak nasi goreng lah mlm ni...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Kak Noor.
    Nak rasa sikit? Hihihi

    ReplyDelete
  6. gambarnya saja sudah memikat hati apatah lagi rasanya...hehe...pos kak nor?hehe

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan. Terima kasih buat kak noor kerana sudi follow blog saya. saya pun follow blog akak yer.
    sedapnya ; ) nasi goreng tahai tu

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home